Rakan-rakan

Friday, February 10, 2012

Celaru

Beberapa hari ni aku banyak fikir. Cukup ke apa yang aku dah buat. Betul ke tindakan aku. Sampai satu saat aku rasa aku kena ubah diri aku. Jadi lebih peka dengan orang sekeliling. Belajar kenal perasaan orang lain. Bukan hanya pentingkan perasaan diri sendiri. Dan bila aku makin sedar, aku ditegur. Terima kasih untuk teguran itu.

Benda yang dah lepas memang takkan boleh ubah. Dah tak boleh nak baiki jadi baik. Aku ambil sebagai pengajaran. Kurang-kurang aku memang dah niat nak ubah diri aku. Betul. Ada orang cakap buat apa nak ubah diri sendiri semata-mata untuk puaskan hati orang lain. Pada aku kalau nak berubah ke arah yang lebih baik, untuk orang-orang yang kita sayang. Takkan pernah salah.

Entahlah, mungkin aku rasa aku cukup baik. Apa yang aku buat tu dah cukup untuk buat orang lain gembira jugak. Macam aku. Tapi aku silap. Aku ni ignorance ke?. Aku pentingkan kebahagiaan, gelak tawa sampai aku lupa sisi lain yang patut aku ambil berat. Benda yang lebih penting?

Tak, bukan aku tak pernah ambil kisah tapi aku akui kadang-kadang bila aku terlalu rasa gembira, bahagia aku jadi lupa semua benda yang buruk-buruk. Dan aku buat andaian sendiri bahawa orang lain pun sama. Bila gembira memang luar dalam gembira.Tak pernah nak tepikir yang sama ada dalam hati tu sebenarnya rasanya apa. Heh. Kene kawal diri sendiri. Kegembiraan bukan tiket untuk jadi seseorang yang pentingkan diri. Ingat tu.

Jujur, aku rasa bercelaru.Sebab sebenarnya apa yang aku buat selama ni tak betul. Aku silap langkah. I am at my lowest state. Aku rasa teruk bila buat orang hilang harapan dengan aku. Dan ini buat aku rasa rendah diri dengan kelemahan aku. Bila rendah diri menguasai, aku jadi insecure. Paranoid. Takut. Entahlah. Aku tau tak patut dan aku tak pernah nak salahkan siapapun.Teruk betul. Salah aku sendiri. Sedih.

Maaf.

Wednesday, February 8, 2012

Wordless wednesday #8 - A great escape

A very nice view kan?

The different side of lives

Just came back from holiday. Will update the story pretty soon. :D Hoyeahhh. A very tiring journey but unforgetable :)

Friday, February 3, 2012

Page 33 of 366 - :)

Hello and Assalamualaikum :)

Hey its already February. Time flies too fast isnt it? Haihh. Sekejap je dah habis sebulan. Alhamdulillah. bulan Januari berlalu dengan baik. Hope Februari pun be good to me? I want to create moree good memories. :)

Well,hari-hari aku duk berjalan area bangi je. Malas nak pergi jauh-jauh. Tapi semalam naik jugak KL. Sekali sekala ye dak? Lagipun memang nak cari barang sikit. Hahaha. But as usual la kann. Kalau naik KTM selalu mencabar kesabaran aku yang tak berapa nak banyak ni. Pheww. Lama benor nak tunggu satu-satu train.

Plan memang nak tegok wayang, tapi takde plan nak tengok cerita apa. Time dekat wayang tu sekali nampak poster Azura dah start tayang semalam. Apa lagi tengok la cerita Azura sebab takat yang digembar-gemburkan macam best je kan. Mula-mula macam lawak-lawak jugak la nak tengok cerita Azura ni.
Neelofa cantikk. Hhahaha
For me the movie was nice. Bolehlah nak pergi tengok. Romantik, ada jugak adegan yang lawak. Dalam wayang tadi pun 9 orang je yg ada tapi gelak dia bergegar jugak la hall tu. Lagi-lagi part Shahjazle nyanyikan lagu Azura. Kehehe. Yang pasti Neelofa cantiks gilerssss. Aku yang pompuan ni pun ha, duk berbuih mulut puji Neelofa cantik, Neelofa cantik. Kehehehe.

Kerja keluar makann je banyak. Wahhh. I likeee. Before tengok wayang makan. After tengok wayang makan lagi. Konon la macam eh kenyang la tapi masing-masing makan macam tak makan lansung lagi hari tu. Ekekekekeke.

Motif letak tiket wayang celah-celah makanan?
Lepas dah cari-cari barang apa yang patut. Melepak pulak kat Borders. Misi menghabiskan baucer buku RM50. Plan nak gune RM50 je sebab the left overs nak simpan untuk beli buku. Buku mahal wehh. Walaupun nafsu membuak-buak tengok banyak gila novel yang best-best dekat Borders tu tapi tahan. Kalau ikut hati memang aku habiskan je semua baucer tu beli novel sebab dekat Borders takde limitation berapa novel.As long as u spend RM10 and below untuk beli stationary. Dapat la rembat dua novel. Jyeahh. Im a happy kid \0/

Bukan senang rupanya nak dpaatkan benda free. Nak kene beli something yang cukup-cukup or hampir sangat dengan RM50. Bila aku cakap bia je rugi beberapa ringgit tu, diorang suruh habiskan jugak. Pening oiii. Dahla bukan senang nak cari barang. Sebelah cari barang, sebelah tangan lagi pegang fon kira harga. Keh3. Gasak la. Nak benda free punya pasal kan. Banyak habis masa kat situ je.
Muka seronok dapat novel! :D
Settle semua aku pun balik. Maka bermualalah waktu perit bagiku. Haha. Balik time orang balik kerja memang sesak gila la. Takyah kata KTM, LRT pun sesak sangat. Dahla dah lama tak menempuhi kenderaan awam macam ni kan. Haihh. Lemah aku. Tunggu KTM dahla lama gila, bila dah sampai aku terpaksa berundur diri tanpa mahu mencuba. Gila punya sesak.

Agak-agaknya selit jari pun tak muat. Kali kedua train sampai after sejam lebih menunggu aku rempuh je. Tak pikir orang dah time tu. Fikir nak cepat sampau rumah je.Tak best kot KTM yang baru eh yang ada satu pintu je kat hujung. Pintu kecik. Dah takde pintu kat tengah-tengah. Perghhh. Macam apa je. Susah bagi orang yang kat tengah nak keluar dengan padatnya lagi. Gila betull. Aku da macam sardin marina dalam tin. Muehehe.

Walaupun penat gilaaa but it was a best day. Hehe. Okaylaaa aku da penat nak membebel ni.Sepatutnya aku packing baju sebab nak pergi holiday kejap lagi. Nak gerak pukul 1 lebih japgi tapi aku tak start packing langsung lagi. Tahniah Amira. Tahniah.. Urghhh. I should move now. Haha. Have a good day and Happy Holiday. Cuti lama kan. Teehee :)
Related Posts with Thumbnails