Skodeng orang di TTC.

Semalam time reunion tengah lepak-lepak dekat TTC. Ada adegan-adegan yang tak berapa sedap mata memandang.Well, kalau nak tau dulu TTC nie selalu je kuar mastika pasal kes-kes macam nie.Alahai,orang2 bangi taula kot macam mana keadaan kat sini.Cukup meriah dengan pasangan belangkas yang miang-miang.

Time kata ngan my mom nak pegi situ pun, dah kene pesan awal-awal. Kalau duk situ jangan berdua-dua pulak.Sebab karang tak pasal-pasal kene tangkap basah di tengah panas terik.Ahaha. Punyala banyak kes kat situ tau. Bahaya betoll..

Time tengah sembang-sembang ramai-ramai. Tetibe ade satu pasangan. Yang perempuannya budak sekolah, pakai baju sekolah lagi. Yang lelakinya tak tau la sebab pakai baju biasa.Datang naik motor.Dengan berpakaian sekolahnye,beg skola pun sandang ag pegi berdua-duaan ngan mamat tu.Hailah,haha, maksiat betol.
Kami yang ade nie macam bising gak.`woi!woi! public kot!` bising-bising ah saje nak bikin kacau kan.Tapi maintain je dia. Memula duduk,pastu baring-baring.Pastu tangan pulak start merayap-rayap.Hahaha. Tak pasal kami-kami nie dapat dosa sekali sebab tak mencegah.Kan3. I hanya mampu mencegah dalam hati je.HAHA

Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya), sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah mengubahnya dengan lidahnya (teguran/nasihat) dan sekiranya tidak mampu maka hendaklah mengubahnya dengan hatinya (membenci kemungkaran dalam hati), itulah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim)

Haila, budak sekolah kot lagi tu. Balik sekolah pergi la buat homework ke,study ke.Ekeke. Ye2 je I nie. Tapi yelah kan. Maca tak sedap je tengok.Agaknya tak selesa kene skodeng diorang blah.Pastu ade pulak lagi satu pasangan yang girlnye budak sekolah jugak dtg situ.Isk3.Nauzubillahiminzalik.Mintak-mintak dijauhkanla dari terjebak nak buat bende-bende macam tu gak.Takut la jugak kan.Astaghfirullah.

♥sebagai pengajaran je.tak mengaibkan kan.♥

Comments

Miss Annaz said…
entah apa nak jadi budak2 sekolah sekarang ni...suka buat benda x tak senonoh..klu dah ter....nyesal tak sudah...
Adibah Sharudin said…
tu jenis ta taw malu.. isk2...
ida said…
np x rakam??..wah gatal lak aku ni..gurau je..bdk skang bese la..terlalu maju..
iema_z said…
korg baik!sbb cegah maksiat..ima kuar hr tu buat maksiat..ahahahhaa!

curik gmbr org..mya dh tgk kn gmbrnye??hehe
iema_z said…
tataw komen b4 ni ad ke x..ahahah

komen lg sekali..

korg bgus cegah maksiat!ahhah

ima lak kuar wat maksiat..curik gmbr org..hoho

mya dh tgk kn gmbrnye?
luvly mya said…
miss annaz: tula pasal.dah la budak sekolah.isk3

adibah: haha,tau xpe.aiyak.

ida: kalau boley memang nak rakam.yade kamera yg boley rakam je.haha..nasib

iema:haha..sudey..tu dia tayang sgt sape suh,wakaka
shapikapikabon said…
Tasek Chempaka mmg macam tu.tu yang malas nak pegi tu.kalau pegi pun,pagi je.nak jogging boleh lah.kalau masuk petang ke malam.huh!buat semak mata.

mmg non of our business,tapi menyampah tengok.macam orang laen takde bf je kan?haha.

tapi chempaka mmg pusat penangkapan basah.tak serik-serik lagi lepak situ.takpe la.nak kawen free kot. ;)
luvly mya said…
kak pika: tula..pagi2 boley tahan la..masuk tgh hari pun da stat da.isk3.meremang je mata tengok..nyanpah kan. tu yg buat bertambah kes buang anak nnt tu,

Popular Posts