Tak semua benda yang kita nak kita akan dapat.

Betul tak penyataan tu. Tak semua dalam dunia nie apa yang kita nak kita akan dapat. Sebab kalau ape je yang kita nak kita akan dapat kita takkan ade semangat nak berusaha dapatkan sesuatu tu.

Kadang-kadang kita selalu merungut,mengenang nasib diri.Kenapa hidup kita ni tak sebaik orang lain.Kenapa kita takde ape yang die ade.Kenapa kita tak boley nak jadi macam dia.Tapi pernah tak kita terfikir yang setiap kejadian tuhan tu ade keistimewaannya yang tersendiri.Memang payah kalau kita nak dapat semua ape yang kita nak.Kalau kita da dapat semuanya.Itu dah macam mencapai satu kesempurnaan dalam hidup.Hey, nobody is perfect right.
Contohnya,kita tengok ada orang yang dilimpahi dengan kemewahan tapi dia tak cukup kasih sayang.Seseorang tu takkan dapat segala-galanya dalam hidup die.Ade jugak yang kita nampak hidup die serba serbi sempurna,ade kemewaha,cukup kasih sayang tapi mesti ade jugak yang missing dalam hidup die.Hanya sekadar contoh la.Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.Kerana apa yang diberikan oleh Allah tu adalah yang terbaik buat kita.

“Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Bukan nak cakap pasal kasih sayang dan kemewahan je.Tapi dari segala aspek la.Kadang kala apa yang kita rasakan terbaik untuk kita tu tak cukup baik untuk kita.Tapi kadang-kadang apa yang kita rasa tak baik untuk kita tu.Ade baiknya untuk kita.

♥Sekadar mencoret pandangan♥

Comments

iema_z said…
kekurangan itu kadangkala adalah kesempurnaan...

cm pnh dgr je ayat tu kn? =P
betul ckp awk.. x sume yg kiter nk akan dapat...
dpt nk uat cam ne..
jnji kiter dah usaha kan...
n then redha je la ngan ketentuanNya...
heheh
Jannah J said…
betul la tu,kadang kadang redha je la dengan apa yang ada.:)
luvly mya said…
iema: haha..tagline semerah cinta stilletto..

ayem: ;p

natakafisha: yep, betul tu..setuju sgt ;p
fiD said…
benda ni dah jadi falsafah dlm hiduoku, hehe
luvly mya said…
jannah: yep..kita kene redha..hehe ;p

fid: hha...bagus ah gitu..kih3
alhamdulillah... seronok baca blog mcm ni..
luvly mya said…
imran: thanx..amik yg baik abaikan yg buruk..hehe..bukan semua post macam nie ;p

Popular Posts