3 hari 2 malam di Kuching. Miaw2 ;)

Aha, baru nak update pasal holiday ke Kuching. Busy sikit dengan UPU bagai kan. Hehe, I baru je balik dari holiday kat Kuching. Pergi dari Jumaat haritu sampai hari Ahad. This is my first time la pergi Kuching. Dulu, family pergi I kene tinggal sebab masuk asrama. So,kira nie macam payback la kan. Pergi 3 hari je, sekejap. So,macam tak berapa sempat nak jalan-jalan banyak tempat sangat.


Sampai-sampai da dekat malam sebab kat sana kan masa macam cepat sikit.Macam kat sabah la jugak. Malam tu pergi jalan-jalan kat waterfront sebab tidur hotel kat area-area situ. Kat situ jugak,mall-mall besar pun pukul 9 da tutup. Mungkin sebab masa dorg awal kan. Pukul 9 pun dah terasa macam pukul 12 malam.
Second day,pagi-pagi pergi Kampung Budaya. Lama spend masa kat sini sebab memang tempat die besaar sangat. Hari pun panas. Berpeluh-peluh oww.. sampai basah-basah baju dek peluh.Wakaka. . Pasal nie cite dalam entry lain.Panjang sangat nak story.Hehe. Then,petangnya ingat nak ke Sarikin nak shopping-shopping.Tapi jauh,tak sempat.And tempat tu pun tutup pukul 5.Kalau pergi jugak tolong tutup kedai la :) Then terus balik hotel.Memang bergelimpang tido sume.Penat ouh

Last-last merasa jugak makan laksa sarawak.Memang lain dari laksa lain and sedapp. Try jugak makan Mee Satok. Sedap and rasa die lebih kurang macam maggi goreng. Just ade tambah tauge, daging and sup. First time rase. Pastu macam nak makan lagi.Nak lagi. Rasa jugak ayam penyet kat sini.Ahaa,,sedap-sedap. Macam makan je kan.Hak3
Tengok kek-kek depan tu.Sume untuk dirasa ;)

Last day sempat gi jalan-jalan kat waterfront and rushing gi Pasar Satok.Kitorang jugak pergi beli ikan terubuk masin and kek lapis sarawak. It a must kan datang sini beli 2 bende tu. Beli kek lapis kat Kek lapis dayang salhah. Macam popular kot tempat nie. Masuk-masuk ade berderet kek lapis pelbagai jenis untuk dirasa FOC tanpa sekatan. Heaven.Memang macam eh,nak bersila kat meja.Makan semua. Wakak. Perangai buruk. Kek die sedap-sedap and harga berpatutan.

Overall,trip to Kuching kali nie memang best. Orang kuching nie pun baik-baik. Yang bestnya,kenderaan awam kat sini murah. Van untuk bawak ke bandar seringgit je. Murah kan. Budak-budak tak dikira. Diorang pun peramah dan senang membantu. Ingat lagi pakcik taxi tu sanggup tunggu kitorang shopping kat pasar satok and on the way ke airport hantar and tunggu kitorang makan. Tak tambah pun bayaran taxi. Ingat dulu time sekolah suh pak cik taxi tunggu nak kuar duit kat bank pun kene bayar extra.
Tengah tunggu bot nak gi seberang sungai

Satu bende yang I perasan kat Kuching nie, banyak sangat fast food punya gerai. Macam selang-selang bangunan sikit eh,ade jumpa McD,KFC. KFC memang tersangat banyak. Jalan sikit KFC,jalan sikit KFC. Memang orang Kuching suka makan fast food eh.Ahaha.Memang sumpah banyak.
♥Kuching best.Miaw!haha♥

Comments

Cik Guli said…
wow mieya dah fly oversea b4 suma orang. hahaha
luvly mya said…
kau baru tau?haha
emma said…
kuching memang best! belum lagi pegi tpt lain..btw, rsnya org kat sna xla slu mkn fast food..cuma maybe chinese kot yang rmi serbu..hehe..rugi awk xsmpt g serikin..nti ade ms awk g sna plak..:)
izan salleh said…
ole2 tak de ke??
HEHEHE
ni yg jeles ni,haha

hav fun !:D
luvly mya said…
emma: tula..rugi je..haha

izan: ole2 eh.hurm..meh dtg umah kita makan kek lapis same2 ;)

keyna: haha..jgn jles2 yang ;p
wawahhhhhhhhhhhh ! becuti sblm futher stdy ye myaa ? haha
iema_z said…
syoknye!

org tapenah lg g sne taw..huhu

lps ni nk kmpul duit g ngan kwn2 la..mya mau ikut? =P
luvly mya said…
mai: haha,aah bagi rehat2 minda.ceit.bape lama da rehat

ima: haha.jom2..best lagi g ngn kawan2 ;)
Sky8Men said…
o0o0..p sarawak..bez2... ^_^

Popular Posts