Jasamu dikenang wahai guru ;)

Lama x update blog. Ceh, lama la sangat. Baru je recover dari demam. Yep, mya nie memang suka demam. Heh!

Jika hari ini,seorang doktor pakar ternama...jika hari ini,seorang peguam menang bicara..jika hari ini,seorang arkitek masyur menyelia...dan jika hari ini,seorang penyelidik marine yang terkemuka....sedarlah,semuanya bermula dari seorang pendidik yang luar biasa bakatnya...terima kasih guru,jasamu tetep dikenang sehingga ke akhir hayatku...

Yeah, selamat hari guru buat semua warga pendidik SKSC,SKB,SMKJ4 dan SMSAH. Jasa cikgu-cikgu sekalian takkan pernah dapat dilupakan. Tanpa ajaran cikgu-cikgu semua, tak mungkin saya nie dapat jadi orang. Tak mungkin dapat membaca , tak mungkin dapat menulis lagikan nak menaip blog macam nie. HEHE. Tak lupa jugak kepada the greatest teacher which is our parents yang merupakan cikgu pertama dalam hidup kita. Yang mengajar sebut mama, abah. Thank you cikgu ;)

Tetibe teringat kenangan-kenangan time sekolah dulu. Hesh, I memang nakal sikit. Erk, nakal ke. Taktau la nak kata nakal ke tak. But, I memang suka tido dalam kelas+_+. Huhu, taktau kenapa. Budak-budak asrama memang suka tido dalam kelas kot.Tak semua, tapi ramai.HAHA and I am one of them. Wondering jugak, kenapa eh. Apa yang menyebabkan jadi macam tue?Hurm..
Bersama Cikgu Bio tersayang di kelas Bio terakhir ;)
I memang hardcore lah, lagi-lagi dalam kelas sejarah time lower form. Sorry cikgu Ariffin. Heh, cakap je ape yang tak pernah kene. Kene baling speck?kene baling ngan marker. Yep..sume penah. wakaka! Okey, memang teruk budak nie.+_+.Cikgu nie memang garang okey. Gerun-gerun pun tido jugak dalam kelas.Ehehe, jangan tiru ye adik-adik.

Time F3, and F4 pun, selalu tido dalam kelas add math ngan math. I really like this subject but memang tak dapat tahan dari termengantuk. Keh3. Siap ade geng lagi nak gilir2 tersengguk kan ;) Sampai cikgu pun da tak larat nak panggil nama. Disebabkan taknak cikgu marah-marah. Berusaha buat latihan addmath,math and try nak dapat A selalu. Wakaka ;P Sorry cikgu. Tapi inilah cikgu yang baik. Kejutkan anak-anak murid die yang ketiduran. Kalau ikut cikgu tak rugi apa-apapun kalau kita tido kan.

Apa-apa pun terima kasih tak terhingga buat cikgu-cikgu yang banyak mencurahkan ilmu. Bukan setakat ilmu yang ada dalam buku je, but meluas. Segala ilmu-ilmu tenang kehidupan nie, nasihat-nasihat yang diberikan. InsyaAllah akan sentiasa tersemat dalam jiwa. Selamat hari guru juga buat mama tersayang ;)

Err, tetibe rasa macam dah terreveal perangai buruk kat sekolah dulu. HAHA! Takpe, bukan I sorang je yang  suka tido dalam kelas. Tapi pelik lah, kenapa budak sekolah asrama nie memang suka tido dalam kelas? Teehee. Nak kene siasat nie.
♥Malu la pulak ;) haha♥

Comments

iema_z said…
selalu tiso eh syg?tiso je kejenye...tiso xckup eh??ehehehehe

tiso kuat la u..g cr kt ur entry..ad tiso2..ahahaha!

*sje je usik mya ;P
luvly mya said…
muahaha,typo la syg ;)
da betulkan

Popular Posts