Kampung budaya Sarawak. Menarik!

Pintu masuk ke Kampung Budaya:)


Sambungan dari entry 3 hari 2 malam di Kuching,Sarawak. Hehe, macam entry tu dah panjang sangat. Nak cite pasal kat kampung budaya ni pulak panjangg sangat. So,kene buat entry lain. HEHE. Time dah sampai kat Kuching, malam tu bukak TV. Then ade rancangan ape tah yang macam travel lah kan. Kebetulan pulak tempat percutian tu kat Kuching and pengacara tu cakap Kampung budaya ni salah satu tempat yang WAJIB pergi bila datang kuching.

WAJIB tu,tak pergi kang dosa ke?HAHA! Kitorang memang dah plan dari awal nak pergi sini. Perjalanan dari bandar Kuching adela dekat sejam kot. Sebab i siap sempat tido lagi. Teehee.Bayaran masuk pulak RM60 for dewasa and RM30 untuk kanak-kanak. Bagi rakyat Sarawak lak ade diskaun RM25. Mahal kan, but worth it la. Siap dapat passport lagi tau untuk cop-cop. Aha, macam comel. Sama sistem macam Taman Tamadun Islam la pulak. :)
Bersama orang penan. HEHE. Tapi moden da nie pakai bermuda

Tempat nie memang best. Ada rumah-rumah rakyat Sarawak nie yang kita boley lawat. Antaranya, amcam Rumah Iban,Rumah Panjang,Rumah Melanau,Rumah Bidayuh and Rumah Penan. Banyak lagi rumah-rumahnya semuanya berbeza-beza. Kat setiap rumah nie kita kene cop kat passport tu. Konon macam nak tunjuk yang kita dah melawat rumah tula. HAHA! Adek I ekcited gila bila sampai turn nak cop passport tue ;) Kat setiap rumah tu ditunjukkan la budaya-budaya kaum -kaum kat serawak tu. Contohnya macam kat rumah iban tunjuk budaya iban.
AHAHAHA!

Kat dalam nie gak boley sewa costume iban die. Sewa just RM10 for full costume with acessories and RM5 without acessories. Why not mencuba kan? Bila lagi la pulak nak pakai baju kebudayaan orang iban nie kan. Banyak jugak aktiviti-aktiviti lain yang boley dibuat kat dalam kampung budaya nie. I siap try main gasing lagi.Heh, bukan gasing plastik 50 sen tu tau. Ni yang original punya gasing macam orang dulu-dulu. And, memang gasing tu tak berpusing pun +_+. Kene jugak ade teknik kan baru berpusing,
Dapat tengok orang pakai cawat!!haha
Kitorang pergi pagi sebab nak kejar show kebudayaan die. Kitorang catch-up show pagi yang start pukul 11.30. Well,show die memang sharp start on the time. Show-show dia pulak sume menarik.Siap boely tengok orang menari Tarian gigit lesung. Berat oii lesung tu. Angkat sambil menari-nari guna gigi je.Heh, a big applause la.Salute!Overall, persembahan kebudayaan nie memang best. Dancer nye pun sume cantik-cantik and hensem.Ecrewahh,,haha

♥Memang best!!kalau datang Kuching worth pergi♥

Comments

iema_z said…
nak g jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

sob3 =(

Popular Posts