Kelebihan surah Al-Mulk

Selamat hari Jumaat ;) Sempena hari jumaat nie, kita buat entry tazkirah sikit.HEHE! Jarang-jarang nie. Well, seperti yang kita tahu la kan,surah Al-Mulk nie banyak sangat fadhilat dan kelebihannya if kita amalkan.

Dulu, time kat sekolah setiap kali lepas isyak mesti ramai-ramai kumpul kat dom baca surah nie same-same. Waktu tu, percaya yang surah nie dapat melindungi dari makhlus halus and etc. Sebenarnya banyak lagi kelebihan die. Tapi, bila dah duduk rumah nie jarang-jarang la nak baca kan+_+. Taklah setiap malam macam kat sekolah dulu. (dulu pun suka skip)isk. nakal nie..haha

Surah Al-Mulk nie dikenali sebagai surah Tabarak al-Ladhi.Tabarak-al-ladhi nie adalah surah-surah yang dapat memberi syafaat kepada para pembacanya. Syafaat nie adalah bantuan. Sekiranya kita amalkan surah al-mulk nie sebagai amalan wirid,kita akan dibantu ketika azab datang kepada kita.
Sesungguhnya ada satu surah yang berjumlah tiga puluh ayat yang memberikan syafa’at kepada yang menghafalkannya sampai ia diampuni, itu adalah Surat at Tabarak (Al Mulk).” (1)

Surah Al-Mulk nie jugak dapat melindungi kita dari azab kubur jika kita membacanya setiap malam. InsyaAllah.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapamembaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalamkuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar dan Nakir.

Surah Al-Mulk dan surah yasin adalah salah satu surah yang banyak mempunyai kelebihan dan rahsia-rahsia. Barangsiapa yang mengamalkannya selalu, nescaya dia akan menjadi hebat dan dikasihi semua manusia dan menjadi hebat pada pandangan makhluk.

Dalam novel Hlovate pun banyak cerita pasal watak dia yang selalu amalkan surah Al-Mulk nie if dia dalam kesusahan or ade masalah. Jomlah kita sama-sama amalkan. Hesh, dah lama gak tak amalkan nie.. hehe, Biasalah manusia senang alpa ;P. Ni pun peringatan untuk diri sendiri jugak.

♥Renung2kan dan selamat beramal.wahaha♥
sumber:sini dan sini

Comments

iema_z said…
balek umah dh lme wo0 xbce surah ni..ades =|
luvly mya said…
haha..tau xpe ima..dulu kat skola siap hafal.skrg da stat lupe +_+

Popular Posts