Pengalaman menaiki ladies coach

Sempat jugak nak merasa naik ladies coach nie sebelum masuk belajar. Before nie kan ladies coach nie ade kat laluan klang je kan. Tak tau pulak yang da start beroperasi kat laluan Seremban-Rawang. So,semalam waktu tunggu komuter tengok semua wanita-wanita berkumpul kat satu tempat. Rupa-rupanya dah ade ruang menunggu untuk perempuan nie.
Bila komuter sampai, ade lah pulak pekerja KTM yang ditugaskan jaga ladies coach nie. Kerja diorang adalah pi perambat semua lelaki-lelaki yang duduk dalam ladies coach nie. Time tu terfikir jugak, diorang nie tak pandai baca ke, atau memang jenis buat muka tebal main duduk je dalam koc tu. Ke, diorang tak perasan yang koc tu untuk wanita sahaja. Okey-okey positive ;) Tapi, bagus la jugak sebab pekerja KTM halau semua lelaki dan pastikan koc tu untuk wanita sahaja.

Duduk dalam koc wanita tu rasa memang best gila. Tempat duduk for sure la ade kan. Rasa wanita-wanita yang lain amcam santau je duk dalam koc yang semuanya wanita. Diorang dah tak segan silu nak tidur tanpa perlu takut terlrntok atas bahu lelaki ke, ade yang siap sempat buat assignment lagi dalam komuter.Ada yang membaca, nasib tinggal takde yang nak menjahit je dalam tu. Adeke?hahaPerghh,, memang santai gila. Hehe.
sumber gambar: kosmo

Time balik waktu petang pun, dah risau sebab selalu kan memang waktu-waktu petang nie, komuter packed gila sebab orang baru balik kerja kan. Bila nampak komuter datang dah mengeluh da sebab tengok orang pun dah melekat-lekat kat pintu. Menunjukkan betapa ramainya orang. Tapi, bila sampai kat koc wanita rasa tersenyum lebar ;)Rasa lega sebab tak payah berebut-rebut ngan lelaki. Kadang-kadang diorang nie main tolak-tolak je tanpa belas kasihan.

Tak ramai sangat orang. Still kene berdiri but ade ruang yang luas. Tak perlu berhimpit-himpit dengan lelaki-lelaki lain. Dengan macam nie, takdelah kes perempuan kene raba didalam kesesakan komuter. Heh, memang ade okey orang-orang pompuan yang kene raba. Mentang-mentangla time penuh tu berhimpit-himpit kan. Tetibe rasa dihargai sebagai kaum wanita. Bagus betul KTM buat macam nie.

Tapi, yang kelakarnya, bila da semua perempuan je dalam komuter tu. Start la ade mak cik-mak cik yang nak bukak ketupat dalam tu. Yelah, semua perempuan kan. Nak sembang macam mane pun ape kisah. Lagipun dengan suasana yang sangat santai. Kalau sebelum nie, jangan cakap nak berborak ke ape ke, nak bernafas pun payah sebab ramai sangat orang. HEHE!

♥perempuan tak perlu risau lagi berasak-asak dalam komuter ;)♥

Comments

h a n i e said…
hehehe..dah xde rasa tercabul lg kalo time pagi2..kan..
♥CIK SHA♥ said…
best eh??nnt turun KL nak try la..ehehe..
::ienafazlyna:: said…
besh..mesti rasa sangat istimewa kan ada tempat khas.. i belum penah nek lagi ladies coach nie...

Cik Puan Ienafazlyna Suite
luvly mya said…
hanie: hehe,tercabul..kih3..betul3..rase safe skit ;)

cik sha: ye2..turun2..hehe..besttt!
Syafrizal said…
Dulu saya kene raba dgn pencopet
tapi tu dalam LRT...
kan bagus wanita diasingkan..
sebab takde la nanti macam2 kes keluar
luvly mya said…
ienafazlyna: rasa dihargai sebagai perempuan.ehehe.. kene try tu ;)

syafrizal: uiks, bahaya betul kan.
memang rasa selamat sikit bila wanita diasingkan ;p
Zura said…
mesti bestkan...xkesempatan lg lah nk rase
luvly mya said…
best..sebab sume pompuan kan ;)
iema_z said…
xpnh naik lrt xpnh naik lrt xpnh naik lrt xpnh naik lrt xpnh naik lrt

sile kesian..hehe
luvly mya said…
iema: takpe2,,nnt da duk uniten boley la try2 naik wokeh ;)
Anonymous said…
kalo korang tak cantik...orang laki tak nak raba pun...lagi geli ada lah...hahahahaha

Popular Posts