Malu giler weh harini!!

Hari nie perkara yang memalukan dah terjadi! HAHA!! Before nie ade jugak pernah gelakkan kawan-kawan sebab diorang pernah mengalami bende yang memalukan nie. Lastly, jadi kat I pulak. Hee~ malu sampai rasa muka macam da merah-merah, tebal 2 3 inci. Hak3.. Auww.. please-please nak sorok muka.


Dah tau malu nak gi citer kat blog pulak kan? haha, lagilah ramai orang baca, tapi takpe-takpe.. cool saje ;)
Hari nie ade lecture petang. Start pukul 4 habis kul 6. Haish! nasib baik la lecture math taw. At least takdela rasa macam nak berzikir je sambil angguk-angguk kepala dalam lecture hall tu. After habis kelas jee terus la mendaki tangga kesayangan tu untuk balik hostel. Macam biasa la kalau naik tangga tu, penat tak hingat! Tambah-tambah pulak time tu dah pukul 6 lebih. Lesu!!

Time da sampai depan kolej, nampak lif da terbukak. Ape lagi cepat-cepat la lari pegi lif tu sebab dah tak larat nak naik tangga. My house is kat tingkat 3 tau. Then, time tu dah ade orang tekan. Tetibe rasa macam dalam lif tu semua kawan-kawan sekuliah. Dalam hati dah berkata da..laa, diorang ni satu blok ke,satu tingkat lak tu.

Disebabkan keterujaan tu terus tegur sorang kawan ni, ``Eh,kau R1 jugak eyy``. Sambil buat muka ekcited. Tapi die macam takde respon plus muka blur-blur. Okeyla,maybe penat kan. Pastu bila sampai tingkat 3 bagi orang lain keluar dulua and I keluar last sekali. Tetibe same je arah yang kitorang tuju. Dalam hati cakap lagi. Laa..berjiran depan umah ke selama nie. Tetibe bila sampai depan rumah yang number rumah same macam number rumah I ade kawan tu masuk. Ehh, sejak bila pulak die jadi housemate nie.

Time tu, cepat-cepat pusing belakang sebelum diorang nampak kehadiran I disitu. Dag terasa macam salah tingkat ke salah blok aku nie. Tengok betollah tingkat 3. Haa sudahh!! Aku dah salah naik blok weh. I gi naik blok lain.I naik blok R2, sedangkan I punya blok R1!!! +_+ Tekan lif nak turun bawah, tetibe rasa macam hesh, xboley. Kalau ade orang dalam lif mesti pelik budak mana nie muka xfamiliar kat lif blok nie. Hesh,tidak2. Cecepat turun tangga okeh.

Balik blok sendiri dengan perasaan malu teramat even takde orang tegur. Malu sendiri wokey. Jalan pun tunduk je.HAHA!! Malu!! balik-balik terus ah pegi cite dengan housemate tau.Terus terkeluar cerita yang diorang pun same. Perghh,,pandai korang simpan rahsia kejap-kejap ek. Masing-masing pernah salah naik blok jugak. Same macam ape yang berlaku kat I. But,diorang da siap masuk rumah dan bilik.! ahaha. Funny.

Inilah akibat bila badan dah penat and otak da pening. Sebab before tu lecture math! haha,, Nasib baik tak salah masuk kolej laki,kalau tak, mampus gue. HAHA! Macam la lalu kolej laki. Tetieb rasa malu nak g kelas next week. Arghh..haha ;) Ni semua tangga maut tu punya pasal. ahaha..apasal tangga pulak salah tah ;p

Iema,nanti kita buat ur tag ye sayang ;p

Comments

iemaZAIMAH said…
u know what dear..i pun pnh slh2 msuk ni taw..mse tu kt samura..ad pertandingan..kiteorg slh naik blok jgk arh..siap dh bg slm nk msuk lg..ahahaha!malu gileeee
Cik Guli said…
muahahahahaaa. kan best kalau aku ada situ. bulih aku gelakkn ang kaw2 punya. hahahahaa
Syafrizal said…
dulu saya siap salah masuk kelas lagi
lagi la orang semua pandang

Popular Posts