Ringkasan seminggu.

What a long time! Heh, sekarang tengah cuti mid sem,or should i say pengakhiran cuti mid sem. HAHA, Ahad nie dah nak kene balik Palam balik. Punya la banyak perancangan yang dalam kepala otak nak buat time cuti, but boleh kata takde yang berjaya. Antaranya ialah, konon-konon nak update blog lebih kerap sebab cuti kan,kat umah je, banyak masa, tapi... Harini baru dapat update setelah 7 hari bercuti.

Memang banyak sangat plan yang dirancang tapi xde satu pun yang berjalan. Konon nak hang out ngan kawan-kawan tapi semua kawan takde yang free. Yelahh, kita cuti dorang x cuti pulak kan. How i wish that i have license now, so that boleh gak ah nak pergi usha kawan-kawan yg xcuti tu kan. Huh! Tu la, time test JPJ aritu xnak buat elok-elok. HAHA, time nie la baru rasa nak menyesal gila.

Nak retest lesen time cuti nie pun xsempat, sebab macam short sangat masa yanga de, so kene jugak tunggu cuti final sem nanti, Haih, lama lagi tu. Sorry guys aku xdpt nak muncul jumpe korang, Next time okey bebeh :) Salah satu sebab lain yang buatkan cuti kali nie macam xproduktif gila sebab assignment banyak gilaa. Banyak gile yang macam nie lah kerja-kerja terakhir. Bayangkan, tengah-tengah sedap cuti and semangat sebab assignment macam dah nak siap, so tercapai la azam konon nak siapkan semua assignment time cuti.

Tiba-tiba, ade je yang post kat facebook pasal ade assignment terbaru. Ya!! terbaru okey. Disebabkan semua assignment dalam web je no excuse la kan nak kata tak dapat kertas ke ape ke. Haih, kadang-kadang teknologi ni mernyusahkan jugak kan.HAHA.

Tetibe rasa macam entry kebelakangan nie macam banyak emrungut tentang hidup. Heh, no no, i`m very grateful with my life, but biasa la manusia kadang-kadang memang suka mengeluh kan.Kadang-kadang ke?HAHA. Pasnie i`ll try to ceriakan entry-entry di blog nie. Sebab i rasa makin lama blog ni makin membosankan, apatah lagi kalau orang lain yang rasa kan. Hee ;)

Ade jugak yang menggembirakan berlaku time cuti nie, dapat shopping baik punya semalam. HAHA, Kan da kata shopping is the best teraphy for women. Haha, nanti mesti mama kata mama je yang tak rasa happy sebab duit mama habis kan. Hee, takpe ma, sekali sekala. Love u ma ♥♥

Comments

Popular Posts