3 days and Alhamdulillah :)

Alhamdulillah,dah 3 hari kita berpuasa. Apa macam, okey-okey je ke puasa korang. Ke ade yang dah tak larat macam da dekat 30 hari.Hehe, takpe, perut mesti macam terkejut lagi kan.Tetibe je kurang makanan masuk :). Well, for me, Alhamdulillah dah 3 hari ni puasa di Puncak Alam nie berjalan dengan lancar. 

Setakat nie,masih mampu la nak meneruskan rutin biasa which is mendaki tangga maut. Oh yeah! Biasa-biasa je rasa even sekarang bulan puasa. Semua berkat da latih diri puasa naik tangga. So far tak pernah pun denga lagi student Palam nie melepek or pengsan bila daki tangga time bulan puasa. So mari ramai-ramai kita naik tangga. Tengok bulan-bulan puasa nie,makin sesak bus stand tu. Hee :)

Well, puasa kat Palam ni mengajar diri jadi lebih berdikari.Eceh,ayat nak best je kan. But, memang betul pun. Yelah, sekarang kat sini dah takde mak nak kejutkan bangun sahur. Dah takde makcik Dewan Makan or badar yang tekan loceng lama-lama sebab nak kejut bangun sahur.Takde wehh. Kat sini kalau nak bangun sahur, semua kene sendiri. Set alarm clock pun sampai 4 5 different masa sebab takut tak terbangun. 

Bangun sahur pun awal je. Sebabnya semua nak kene prepare sendiri. Takde nye dah bangun basuh muka sarung tudung pergi DM tadah pinggan or takde nye bangun-bangun tengok meja makan dah penuh sebab mak dah prepare semua. 5 years lalu bende nie so memang rasa lain sangat .Tetibe rasa macam dah besar sikit sebab kene bangun awal-awal pagi untuk sahur.
Semangat terawikh. Hujan pun sanggup diredah
Terawikh kat sini pun rasa best jugak. Tak pernah weh semayang terawikh dalam kuantiti orang yang sangat ramai. Paling-paling dulu kat sekolah pun 6 7 ratus je,sekarang ribu-ribu. Feel die rasa lain macam. Lagi best. And imam yang best buat teringat pulak ustaz-ustaz kat sekolah sebab imam nie speaking utara laa ;p
Ramai kann 
Banyak jugak pengalaman baru yang dapat.Dilema nak beli makanan ape untuk sahur and berbuka di samping menahan nafsu yang membuak-buak nak beli bermacam-macam jenis lauk dan kuih. Tu pun rasa bersyukur sangat sebab ade bukak bazar ramadhan kat puncak alam nie. Walaupun harga kat bazaar ramadhan tu amcam tak boley nak mahal lagi ke?? Tapi terpaksa la jugak sebab no choice, tu je sumber makanan yang ade.

Its different bila berbuka ngan family yang of course lebih super duper best, rasa bila berbuka dengan dormmate back in school dulu,ramai-ramai berbuka kat DM and its feel very different when berbuka ramai-ramai dengan housemate.Well,pengalaman sume tu. Nasib dapat housemate yang memang sume jenis bangun sahur and makan ramai-ramai tanpa muka lesu malah sempat bergelak ketawa lagi.

3 hari baru tapi macam-macam jadi, nasi nak makan sahur mentah la, buat air mangga kononnya untuk berbuka dah letak kordial dengan air tapi tak kacau la.Haish, macam-macam. Habis kantoi sorang-sorang punya the other side.Hehe :) Well, kita belajar dari kesilapan kan. Baru 3 hari, banyak lagi masa yang ada untuk tingkatkan ibadat dibulan yang mulia ini :P

                        p/s: takde gamba makanan pun kan..tak sempat snap picture
 da makan macam takde hari esok.Hehe



Comments

mya..ko bgn sahur??hehe..aku sahur roti je..sob3..
luvly mya said…
aisyah: asal kau sahur roti je.ahaha..kesiannye
iemaZAIMAH said…
makcik makcik makcik

hujan ye..sian dye ;P
Syafrizal said…
semoga awak dapat teruskan menjalani ibadah puasa dengan cergas hehe

Popular Posts