Marhaban Ya Ramadhan

Nama saya syaaban,saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan telah datang mengunjungi anda bersama-sama isterinya iaitu rezeki dan kedua-dua anak nya iaitu sahur dan iftaar. Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Hargailah mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda. InsyaAllah J

Comel kan cara olahan tu.HAHA. Sumber dari message yang kawan-kawan hantar. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu dari puasa tahun lepas da masuk pulak puasa tahun nie. So,nak ambik kesempatan ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga ramadhan tahun ini membawa lebih banayak keberkatan dan rahmat daripada Allah berbanding ramadhan tahun-tahun lepas.

Kurangkan perkara-perkara lagha(kalau boleh hentikan terus) and tingkatkanlah amalan. Mana tau ramadhan nie mungkin ramdhan yang terakhir buat kita kan. Pesanan untuk diri sendiri jugak nie. Aishh. Haha, jangan ad a pulak yang puasa yang yok pagi-pagi bukak periuk yee :P

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa” [Al Baqarah:183]

Dah-dah,jom pegi tarawikh :)

Comments

iemaZAIMAH said…
oh syg!slmt menyambut ramadhan! :))
Syafrizal said…
selamat berpuasa ye..
semoga bertambah amalan dan pahala..
makan berpada2 ye dan makan yang halal

Popular Posts