Mata bengkak :(

Dah dua hari mata bengkak. Semuanya sebab salah makan ubat. Bila salah makan ubat mata jadi bengkak sebab allergic. * sigh.. Susah jugak bila jadi macam nie.

First day mata membengkak memang teruk gila sebab tak boley nak bukak mata langsung. Ape pun x nampak. Time tu la baru nak rasa bersyukur sebab ade nikmat mata selama nie. Bersyukur sebab dapat lihat dunia yang serba indah nie. Bengkak di mata tu sampai nak bukak mata pun xlarat. Rasa berat sangat. Kalau bukak pun yang termampu cuma begitu kecik je. Boley bayangkan tak?

Pergi klinik pun pakai shade. Malu weyy. Yela karang kalau orang lain ternampak mau diorang lari bertempiaran ingat hantu sebab macam muka yang takde mata.Pergi klinik ape lagi kene injection lah kann and injection tu pun memang tak sakit lahh kann. Huu~ 

Yang bestnye boleh je pembantu kat klinik tu tengok muka I then die terkejut. Pastu boleh die pegi bagitau dekat pembantu klinik yang lain and diorang pun mengintai-intai tengok muka I kat bilik doctor tu. Hesh, even mata bengkak i boleh nampak tau. Aishh. Ingat lawak sangat ke muka bila mata bengkak niee +_+

Ingat dapat injection tu mata boleh terus lega and surut bengkak die, tapi xde nye. Tak pernah lagi mata bengkak lama sangat macam nie. Ini da masuk dua hari and mata still bengkak. Ye,ade surut sikit. Sikit je. Tapi kira ok la sebab mampu tulis blog nie kann. 

Cepatla okay wahai mata!! Rasa sangat tak selesa.Nak tengok gamba mata I bengkak? Tak payah laa. Karang ade yang terus report and flag blog nie sebab letak gamba yang menakutkan. Hak3 :p

Comments

saya_arief said…
kami dari jabatan perhilitan..
biar kami periksa mata kamu..
:D
luvly mya said…
whoa,,,ape kaitan dengan jabatan perhilitan.HAHA
Annyss said…
miaa lekas pulang!

Popular Posts