Ucapan raya

Seperti yang kita tau, esok hari jumaat bersamaan dengan 10 september 2010 adalah 1 syawal. Ape perasaan anda semua? Overexcited ke sebab dapat nak bergaya dengan baju baru,kasut baru segala-galanya baru,dapat melantak sepuas hati. Tak pun sedih sebab Ramadhan yang dah nak tinggalkan kita. Bukan selalu dapat bertemu dengan Ramadhan. Mungkinkah ini Ramadhan kita yang terakhir?Who knows kan

Macam mana amalan kita sepanjang bulan Ramadhan tahun nie?Makin bagus dan bertambah ke takde beza dengan tahun-tahun sebelumnya. Sedih sikit rasanya sebab tahun nie rasa macam kurag je amalan.*Sigh

Maka di kesempatan ini, nak ambil peluang untuk memohon maaf bagi semua yang mengenali diri ini. To all readers( eceh,bajet banyak readers),sorry if ade antara entry-entry yang pernah ditulis dalam blog nie ade yang mengguris hati,perasaan atau menyentuh sensitiviti korang semua. Pada yang pernah `ter`dikutuk dalam nie maaf banyak-banyak.Hehe

Buat rakan-rakan juga,sorry semua salah silap yang pernah dilakukan secara sengaja atau tak sengaja. Terkasar bahasa,terguris hati,terkutuk yang tak perasan, dan apa-apa jelah yang mengundang rasa tak senang,sepuluh jari disusun memohon maaf :)

Pada yang memandu tu pandu dengan berhati-hati,ingatah orang yang tersayang. Main mercun raya-raya macam nie memang best tapi jangan sampai jadi bala pulak, Karang kudung sana-sini tak pasal-pasal jadi OKU.Jemput-jemputlah datang beraya kat rumah.Hehe.

Pesanan khas buat pelajar asasi, raya-raya jugak study jangan lupa.After raya terus final exam tuu..Kih3 (spoil mood betol kan )

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

P/S: Rasa tak macam entry ucapan hari raya nie skema semacam je..Adoii ;)

At the time time tulis entry nie,satu mesej raya pun takde lagi.Semua trend wat ucapan kat fb je. Kad raya lagi harapanlah nak dapat kan. urghh,, tak best betul macam nie

Comments

Annyss said…
yo mya!
selamat hari raye!
jgn lupe study!
xD
*haha annoyed gle dpt komen cmni :B*
luvly mya said…
HAHA, do i care? malasnye nak pegang buku malam raya.kui3
Kyuubi_85 said…
xpe, takde manusia yang sempurna pun.. :D
Slmt menyambut hari Raya! :D

Popular Posts