24102010

Hello-hello. Lama pulak menghilangkan diri. Eceh. Macam ade orang kisah sangat. Hua-hua. Tengokla sebab dah lama sangat tak type entry baru sampai tak boleh fikir nak letak tajuk entry ape. Last-last tajuk entry tulis tarikh hari nie je. Okay enough merepek. Hehe.

Alhamdulillah, dah okay sikit dari haritu. Takyah makan ubat dah. Yeay. Sedangkan memang kene makan lagi tapi bila dah okay je mula lah lupa ubat tu. Oh! Itu perangai normal saya. Hua3. Satu lagi sebab kenapa lama tak update sebab kegemaran online ialah sambil meniarap. Itulah paling best kalau on9. Tapi bila sakit tak boleh nak meniarap lama-lama. Maka tak dapatla nak update.

Aktiviti hari ini ialah melihat dunia luar. Sangat gembira okay dapat melihat dunia luar, dapat hidup udara segar selain daripada udara dalam rumah. Isk, inilah nasib orang yang tak tahu nak menghabiskan cuti die macam mana. Last-last end up dengan duduk je dalam rumah diam-diam. Agak membosankan okeyh. Siap buat rekod seharian tak keluar langsung dari pintu rumah.

Lama teringin nak makan Big Apple :)
Tengoklah apa je aktiviti yang dibuat. Aktiviti makan memang tak pernah tinggal ye. Haha. Lama pulak teringin nak makan Big Apple. Yes! Dah dapat da :)
:)
Gambar tak senonoh. Haha
HAHA, Cuba tengok gambar atas nie. Kalau tengok nampak macam aku takde gigi sebatang kan. Wakaka. Best pulak tengok gambar macam nie. Nampak comel jugak bila takde gigi sebatang *muntah*. Dah-dah jangan nak lari taknak kawan pulak sebab aku dah takde gigi depan sebatang tau. Tu coklat je. Jangan risau. Biasalah, bila nak bergambar ada coklat lekat kat gigi bukan nak perasan lagi dah. Jarang-jarang okayy ada gambar macam nie, Hehe

p/s : Sepatutnya enty nie tajuk Big Apple kot :P

Comments

Syafrizal said…
seronoknya dia berjalan :)
Linglung said…
kecur liur gua! haih!
luvly mya said…
syafrizal : memang best ;) eheheh
luvly mya said…
Linglung : lu jangan la nak kecur-kcur air liur sangat. haha

Popular Posts