Day 6 | What do you miss about your childhood?

Ape yang dirindui bila zaman kanak-kanak. Heh, kalau nak ikut every single things waktu masih jadi kanak-kanak yang comel (ececeh) tu. Senang kata rindu nak jadi budak kecik balik. Buat ape pun boleh. Tak yah nak pikir masalah berat-berat. Tak payah susah-susah sangat nak jaga hati orang, sedangkan hati sendiri pun tak terjaga lagi. :)

Tapi, takkan kita nak stay to be a child je kan. Hidup ni bagaikan satu cycle. Nak tak nak kita kene jugak melalui segala fasa-fasa kehidupan tu. Dari baby, jadi kanak-kanak, then teenage and dewasa kemudian jadi tua. InsyaAllah kalau umur dipanjangkan oleh DIA.
tengok! kecik-kecik lagi dah pakai tudung. hik3
Banyak la saat-saat yang dirindukan dulu. Lagi-lagi sebagai anak first dalam family. Best je tau. Rindu nak makan abah ngan mama yang suapkan. Hehe, dah besar-besar nie takkan nak makan bersuap lagi kan. Aish, macam buruk je rupanya. Tapi selalu je suruh abah or mama suapkan jugak. Hihihi.

Well, susah jugak aku nak ingatkan balik momen-momen indah masa zaman kecik-keci dulu. Entah kenapa.Mungkin kenangan-kenangan tu otak aku rasa tak perlu sangat nak simpan lama-lama sebab banyak lagi fakta-fkta bio,chemistry,physic yang nak disimpan. Woah. Bajet je lah.
Find me! sape betul die terel :)
Rindu nak main macam kecik-kecik dulu. Main anak ayam ngan musang la. Teng-teng la, batu seremban. Tak lupa jugak main pondok-pondok, main kahwin-kahwin. Haa, sape tak pernah main kawin-kawin time kecik-kecik dulu die bohong. Mesti pernah jugak. Lepas tu ade pulak sesi masak-masak dengan daun ngan air la kan. Jangan cakap tak pernah buat. Haip! HAHA

Rindu kawan-kawan time kecik-kecik dulu. Bila pindah dah berpisah lama semua dah macam lupa kan. Kalau terjumpa balik pun sekarang macam malu-malu dah nak tegur. Ye ar. Dulu masing-masing selebet, comot je. Hingus meleleh pun main kesat-kesat jengan baju.Gigi pun macam pagar tak cukup.Sekarang, wah, masing-masing dah segak ye. Pandai dah melawa. Hehe

Senang kata, i miss the moment being a chlild!

Comments

ayem said…
yg pgang bunga wrna kuning tu ke
luvly mya said…
haha. yela tu kot :)

Popular Posts