Tuesday, October 19, 2010

Resipi | Aiskrim vanilla homemade

Hello. Hari nie nak tukar mood ala-ala chef sikit. HAHA. Tiba-tiba je blog nie ade segmen resipi pulak kan. Best pulak nak main masak-masak nie. Sebabnya dah kebosana kat rumah taktau nak buat ape.Maka kita main masak-masak ye. Hari nie nak kongsi-kongsi macam mana nak buat aiskrim.

Ha, ni bukannya buat aiskrim yang ubuh dalam plastik macam aiskrim Malaysia tu. Ala,yang aiskrim perisa Milo la, Bandung la. Bukan yang tu yee. Kali ni jom kita buat aiskrim standard sikit. Aiskrim Vanilla. :) Actually, tau camne nak buat nie masa tertengok rancangan apa tah kat tv3 Ahad baru nie. Dia ajar cara nak buat aiskrim yang sangat-sangat simple. Tak sampai sepuluh minit dah boleh siap. Tak caya?

Okay, firstly meh kita tengok bahan-bahan die dulu ye. Bahan-bahan die simple je. You all perlukan coffee mate, gula kastor,susu segar,esen vanilla dan blender ye. Kalau susu segar nie I guna susu segar dutch lady tu je senang sikit. Tapi boleh je mana-mana ikut selera masing-masing. Ada yang suka susu segar Marigold lah ape lah kan.
Curik kat google
Kuantiti pulak I main buat ikut sesedap rasa la. Disebabkan I guna susu segar dutch lady yang kotak keci tu, so I guna 1/3 mangkuk coffee mate and gula kastor. Agak-agak la sebab tym dalam tv tu die takde pulak bagi exact amount. Kalau boleh coffee mate dengan gula tu sama banyak la. Tapi kalau yang tak suka manis tu kurangkanlah sikit gula. Aiskrim kalau tawar-tawar sangat tak sedap jugak kan.

Kemudian, masukkan semua bahan-bahan tu dalam blender. Kalu boleh jangan lah guna blender yang baru lepas blend cili tu. Mau dapat asikrim vanilla perisa cili nanti kan. Hehe. Blend sume bahan tu dalam 3 ke 4 minit. Agak-agakla kan. Then, masukkan pulak esen vanilla dalam satu sudu kecil. Kemudian blend sekali lagi dalam 2 minit ke kan. Bagi die nampak macam gebu-gebu sikit. Eceh

Lepas tu siap dah la aiskrim korang. Tinggal nak bekukan jelah kan. Ha, kan dah cakap tak sampai 10 minit. Hehe. Tapi untuk bekukan and nak dapatkan macam aiskrim lama sikitla masa perlu diambil kan. Paling-paling bekukan selama 8 jam ataupun semalaman. Tapi kalau bekukan semalaman nampak lagi cantik la.
Aiskrim yang dicampur dengan serbuk oreo
Kalau nak buat aiskrim vanilla oreo pulak, korang boleh tumbuk biskut oreo yang telah dibuang krim die then just gaulkan sekali dengan bahan-bahan tadi. Dan bekukan. See, easy and simple right.Oh ye, biskut oreo tu jangan di blend sekali pulak. Nanti x crunchy sangat lah kan tak sedap lah pulak.
Sebelah kanan : Aiskrim Vanilla Oreo
Sebelah kiri : Aiskrim Vanilla

Well kalau tanya rasa die cam mana. Sedap ke tak? Memang sedap. Lebih kurang sama je dengan rasa aiskrim vanilla kat kedai tu. Hihi. Try la. Sekali cuba pasti nak lagi. Selamat mencuba ye :)

8 comments:

honey amour said...

woweee..nak try..nak try...

luvly mya said...

try la try la. Eh2 ter ekcited pulak :P

tulisan kemas said...

MESTI . mesti try jugakk .. ehehe ^.^

luvly mya said...

ouch, jangan malu-malu nak try ye :P

cEro said...

arrrgghh!!!
sedapnye nampak...

luvly mya said...

sedap sedap!! :)

mimi mn said...

there you go! buat lah resepi masak banyak-banyak lagi..hee seronok buat seronok cuba seronok makan :)

luvly mya said...

hoyeah! memang suka buat tapi xberapa suka nak makan.camne nie? HEHE