Broga Hill yang menarik!

Hari Jumaat hari tu di mana orang-orang yang menyambut Deepavali bangun seawal pagi mungkin sebab nak bersiap cantik-cantik kitorang pun bangun awal jugak. Esh, bukan bermakna aku pun nak sambut deepavali tapi sebab nak pergi Broga Hill. Bangun pagi-pagi siapkan sandwich sebagai bekalan. Niat nye nak naik Broga kot-kot dapat tengok sunrise. Tapi kalau macam tu at least pukul 6 dah kene mendaki. Nak subuh kat mana?Atas bukit? Hua3
1.7 km je? HAHA
Sunrise ke nie?HAHA
Kitorang start mendaki pukul 7. Time tu pun ladang kelapa sawit tu pun dah penuh dengan kereta. Yelah,hari cuti kan. Mestilah ramai gila orang.Tu tak kira yang dah ade kat atas bukit tu and yang dah turun punya lah ramai orang.Disebabkan punya lah lama dah tak excersice maka pendakian itu menjadi terlebih-lebih mencabar. Huwaa, tercungap-cungap lah jugak nak sampai salah satu peak die. Starting je yang mencabar tak ingat tapi bila dah sampai perhentian kat atas tu penat lelah semua hilang okeyh.
Pendakian bermula. See, ramai kan orang
Nice!
Lot of people.Sampai kene take turn nak naik atas
Nak sampai ke atas puncak tu, peluh memang mencurah-curah la kan.Tapi puas weh!View dari atas tu tengok kat bawah memang la tak lawa sangat. Yelah, apa lah yang ada sangat kat Semenyih tu kan. Nampak kilang-kilang je. Tapi, keadaan dan pemandangan atas bukit tu sendiri yang buat lawa. No doubt la Dr.Sheikh dengan Dr, Halina pun buat pre-wed photoshoot kat atas nie kan. Dari aku berceloteh lebih-lebih baiklah korang usha je gambo-gambo nie.

Silau sangat kene cahaya matahari pagi

Di Puncak!
Bukti sampai puncak broga okeh.
*aku yang amek gamba*HAHA
Naik atas bukit nie kalau korang tak nampak orang usung DSLR memang tak sah la kan. Satu group tu kalau takde satu dslr x sah. Tu tak kira yang satu group sume ada satu dslr tergantung kat leher masing-masing. Cool habis lah tu. Tapi, yang paling tak boleh lupa ade sorang mamat nie dslr die terjatuh dari atas bukit tu bergolek-golek ke bawah. Dslr weh!! Kalau kamera digital yang biasa-biasa tu jatuh pun dah rasa macam nak nangis ini kan pulak Dslr. Boleh nampak duit ribu-ribu melayang.Mamat tu hanya mampu tersenyum tapi,dalam hati siapa yang tau kan.


Lagi yang tak boleh blah, boleh nampak ade orang nie lepak kat salah satu peak tu sambil makan spagetti meatball. Uiks,nangis wokeh tengok. Kami hanya mampu sediakan and makan sandwinch je. Bila pikir-pikir balik gigih betul orang nie mendaki bukit dengan bawak spagetti yang berkuah-kuah tu. Haha, macam-macam ragam manusia kan.

Kepuasan yang tak terkata bila berjaya sampai ke puncak broga tu. Tapi cabaran yang lebih besar menunggu bila nak turun. Bukit ni sangat curam tau. Tak sah la jugak kalau tak slide jatuh ke bawah kan. Lagi penat bila nak turun sebab nak kene brek dari terlanggar orang. Balik rumah habis satu badan sakit-sakit macam kene lanyak dengan apa. Lagi sadis demam sampai hari nie. Hua3. Orang kata demam urat. Ni la akibat nye bila xde langsung preparation awal.

Muka penat +puas

Comments

wani said…
hohohohoh
kak awin dh plan lma dh tp belom pegi lagi
hessh
msa mencemburui * tb2 jd skema*
besnye naek ngn kawan2.
luvly mya said…
kak awin kene pergi, ni pun setelah sekian lama plan tau.HAHA. Best2 :P
Admiral Hafiz said…
wahhh
bestnye
jeles2



Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy
luvly mya said…
admiral: ouh, memang best niee :)
waniawin said…
gilak sadis org yg terjatuh dslr tuh
uissh
dslr kot
cnfem hati dy menanges berdarah weh
hahaha

insyaallah
ahad ne pegi kot
tu pn klu dh abes stdy
:DD
luvly mya said…
Tau xpe.kalau org da nangis menitik2 air mata da.die boleh senyup lagi.haha..lens pecah kita nampak.hati die [ecah kite taktau.kih3.oh nak g ahad nie eh.amik gamba bnyk2, tgok terer da amik gmbr tu.hehe

Popular Posts