Aktiviti mengintai gajah mandi

Hello-hello. Apa khabar semua. Hee~ Rasa macam dah lama sangat je tak update blog ye. Macam dah hampir-hampir lupa pulak yang aku nie ade blog. Bukan ape, sibuk belajar lah katakan. Wakakaka, tak payah la nak percaya. Sebenarnya rutin harian yang sama menyebabkan dah takde idea nak tulis dalam blog nie. Takkan nak update hari-hari mandi,makan,pergi kelas, bla bla bla. Boring~

Cuti baru nie balik kampung sebab dah macam rindu nyee nak jumpa family. Never felt like this before okey. Sedangkan dulu sebulan x balik pun okay je. Mesti sebab macam dekat lagi cepat rindu kot. HAHA. Weekend aritu balik kampung kat Temerloh then tetibe merancang nak pergi Kuala Gandah. Tau tak Kuala Gandah tu tempat ape? Hee~
Welcome to Kuala Gandah
Kuala Gandah nie adalah tempat perlindungan Gajah Kebangsaan. Kat sini kira datang untuk tengok gajah jela. Aktiviti yang menarik kat sini adalah tengok gajah mandi dan mandi bersama gajah.Tengok gajah mandi?Auww,,tak malu betul kan nak usha gajah mandi. Hehe Mandi bersama gajah? Euww, tak busuk and geli ke? HAHA. Tu apa yang aku fikir. Tapi ramai je yang rela hati malah beratur panjang lagi untuk take turn mandi dengan gajah nie.
Ramainya nak intai gajah mandi. Tak malu betul. Hee~
Gajah yang mendengar kata
Mari kita simbah gajah ramai-ramai.
Kalau taknak mandi dengan gajah pun takpe. Lagipun tiket masuk die macam ade dua. Satu untuk yang boleh mandi sekali dengan gajah and another one yang boleh melawat je. Yang untuk mandi and ride gajah tu limited je for each day.Time kitorang sampai tu dah habis dah tiket tu. Nak ride pun tak boleh. Maka kita bergambar jelah dengan gajah yang macam comel gila. Bila tuan die kata duduk, die duduk. Bangun pun die bangun. Aish, siap angguk-angguk kepala lagi. Comell betul!
Percubaan menjadi comel. Hasilnya gagal

After dah puas tengok gajah mandi semua kitorang gerak pulak ke Deerland. Tempat nie macam dekat-dekat je. Kira kalau dah datang Kuala Gandah tak pergi Deerland rugi ahh. Tapi Deerland nie kene bayar. Rm6 for dewasa and RM3 for kanak-kanak. Okaylah tu kan. Oh ye, masuk Kuala Gandah tadi free ye! 
Comelnye rusa-rusa nie
Mari-mari makan.
Dekat deerland nie of course lah tengok rusa kan. Yang besntnye kita dapat bagi rusa makan. Best-best! Pengalaman baru tau. Selain rusa ade jugak la binatang lain. Nak tau tak. Hihi, waktu nak amik gamba binatang-binatang lain tu kan, semua tengah buat projek. HAHA. Burung tengah kissing-kissing. Kucing pun sama. Sekarang nie memang tengah musim mengawan eh? Hee
Haishh, tak malu laa. Hee
Kat sini baru dapat tau yang rupa-rupanya everytime tanduk-tanduk rusa tu panjang sikit, tanduk tu akan dipotong. Ouch, kedengaran macam kesian kan. Tanduk-tanduk tu pulak digunakan untuk tujuan perubatan. Setiap sesuatu tu semua ada kegunaannya kan. Erm, at least cuti-cuti nie dapat jugak maklumat terbaru kan.

Last but not least( macam buat karangan dah), meh nak tunjuk keberanian sikit. HAHA. Gua pegang ular derr. Aish, nampak ganas tak bila cakap macam tu. HAHA. Actually nie second tym pegang ular macam nie. First time kat Langkawi dulu. Cool betul rasa bila ada gamba letak ular kat leher camnie.
Cool x? Hehe
Sape takut nak tengok ular tu jangan lah terus tekan butang pangkah tauu. Tutup mata sudehh. Hii~ Okaylah, sampai sini je dulu kali nie. Till we meet again :)


Comments

Asyraf Kamarul said…
intai gajah mandi...
wah teringin nk jd kn hobi satu hari nanti...hahaha
luvly mya said…
haha, silalah jadikan hobi :P kih3
oh...mne stu gajah mne stu mya?hehe :P

p/s:nice pics..i'm ur p.a 8)
Ninie said…
mya ade hobi baru, intai gajah mandi :B
Kipas lipas said…
gajah tu mcm x ikhlas je mandi...o_0
luvly mya said…
uiks, sampai dah takleh beza orang ngan gajah ke. huu.. ahaha

u are my p.a?means?haha
luvly mya said…
ninie : kau nak join tak hobi baru aku nie?
luvly mya said…
kipas lipas : camne leh nampak die ikhlas ke tak? +_+ HAHA
cEro said…
aku selalu gi sane wat projek utk thesis...
hahahaha
luvly mya said…
cero : oh yeke?dah geng la ek ngan gajah2 nie? haha

Popular Posts