Selamat tinggal 2010. Selamat datang 2011

Hari nie adalah hari terakir di tahun 2010. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang terjadi tahun 2010 nie.Kalau nak list pun tak terlist semuanya. Apa yang pasti yang manis kita simpan elok-elok dalam lipatan kenangan. Yang pahit kita ambil pengajaran dan jadikan pedoman.

from tumblr
Macam biasa bila tiba tahun baru semua orang nak set-up azam tahun baru. Dalam pada nak buat azam tahun baru tu, fikir balik sempurna ke azam kita tahun nie. Kalau tak sempurna, maka salah satu azam tahun baru kita adalah memperbaharui azam tahun ini. 

Aku pun ada jugak buat azam tahun baru. Kebiasaannya azam-azam tu mesti sama setiap tahun. Nak jadi pelajar yang lebih rajin, be a better person,nak kurus, bla bla bla. Tipikal kan. Tapi jujurnya kebanyakan azam-azam tu tak berapa nak tercapai. HAHA. Bila buat azam tapi takde usaha yang bersungguh-sungguh nak melaksanakannya macam mana nak tercapai kan. 

So, selamat tinggal tahun 2010. Selamat datang tahun 2011. Moga tahun baru nie membawa lebih banyak memori-memori indah. Membawa lebih banyak kejayaan dan kebahagian :) Mari sama-sama kita bina hidup baru dengan semangat dan azam yang baru. 
from deviantart
Selamat tahun baru! 

p/s: apa azam tahun baru aku?biarlah aku aje yang tahu :)

Comments

khalida said…
selamat tahun baru!
NaF said…
epi new year! :D

Popular Posts