Susahnya jadi orang besar

Hello, apa khabar semua :) Hehe, macam biskut betul aku nie kan. Sat ade sat takdak. Aish, biasala orang busy memang macam nie. Hak-hak. Tapi minggu nie memang hectic.Busy gila with all the presentation, tutorial yang berlambak. Stress! Tu yang update blog nie.Hihi

Bila fikir-fikir balik penat jugak jadi orang besar nie kan. Bukan orang besar yang berbadan besar tau, tapi besar dari segi umur. Hihi. Nak kata matang macam tak kene je sebab still ade jugak sifat keanak-anakan tu. Apahal la yang aku tetibe cakap pasal nie kan. Sebenarnya aku tengah pening memikirkan hala tuju hidup. Ceh
Kui-kui besarnyee die
Well minggu lepas kat puncak alam nie ada lah buat macam education fair or nama dia Memilih Menara Gading untuk pelajar-pelajar asasi kat puncak alam nie. Bertempat kat Pavillion. Fuyoo, puncak alam yang dalam hutan nie pun ada Pavi tau. Apa ingat kat KL je ada Pavi? Hehe

Tujuan karnival tu diadakan macam nak tunjuk jalan kat bebudak asasi nie hala tuju yang boleh diambil lepas asasi nie. Time degree nie nak buat ape semua kan. Nak tunjuk la bukan dalam dunia nie ada kerja doktor,engineer,lawyer,lecturer je. Banyak lagi bidang yang boleh ambil. So, macam yang dah rasa-rasa taktau nak buat ape degree nanti sebab macam pointer sem 1 nie dah tak berapa nak gempak gila-gila(macam aku) bolehlah nak rancang hala tuju masing-masing.

Banyak la booth yang dibukak and mostly mestilah booth UiTM. Dah nama pun sekarang nie memang dalam UiTM dah kan. Bila jenguk satu demi satu booth, dengar briefing pasal kos-kos yang ade tetibe aku jadi pening. Terlalu banyak sangat pilihan yang ada sampai dah taktau nak memilih.Bukan aku je, kawan-kawan aku pun sama tau. Yelah, tetibe rasa taktau nak pilih kos ape untuk sambung degree nanti. Lagi-lagi bila dengar kenyataan yang ramai sangat orang pandai-pandai. HAHA
Walaupun gusar tetap berikan senyuman termanis :)
Ye,aku tau lama lagi nak buat pilihan. Banyak masa lagi untuk berfikir. Asasi pun tak habis lagi,sem 2 pun baru start sebulan. Tapi kita kene gak merancang masa depan kan. Bila fikir-fikir tu memang buat serabut otak. Tu kata susah jadi orang besar sebab pilihan tu ada kat tangan kita. Kan best jadi budak kecik yang semua parents dah aturkan. Sekarang nie kita yang kene membuat pilihan dan parents pulak bagi advice :)

Aku memang tak suka betul bila kene buat pilihan macam nie. Susah jugak weh. Lagi susah macam nak buat pilihan after SPM dulu. Susah bukan sebab apa tapi susah sebab takut end up apa yang kita pilih tu salah :(
Ini bukan sakit rumah tapi rumah sakit. Teehee :)
By the way, dah tak sabar nak cuti krismas nie. ``Sakit rumah`` :P. Sejak bila tah dah pandai nak sakit-sakit rumah nie.

Comments

intankuterpilih said…
buatlah pilihan yang tepat key...jgn nanti bila dah pilih, menyesal lak...
Ninie said…
aku pun xtau nak jd ape :(
luvly mya said…
intankuterpilih : itu yang dirisaukan +_+
luvly mya said…
ninie : kan3..sob3
Ajie Mohd Tahir said…
same.smpy skg tak tau nk pilih ape.XD
Kipas lipas said…
kene pilih serupa dgn karakter anda,br nmpk halatuju...o_0
khalida said…
sme as me la mya.although dh amek engneerg ad lg kne pleh,adeh..tape2,wat istikharah eh.*bunyi mcm bdk bek kn?* :)
Mknace said…
:) :) :)
terbaeekkk!!!
luvly mya said…
ajie : dilema kan macam nie :(
luvly mya said…
kipas lipas : kadang-kadang nak pilih dengan karakter tu yang payah, bercanggah dengan minat dan kebolehan
luvly mya said…
khalida : tula, istikharah yg penting kan. tapi xde choice langsung how nak istikharah? hehe
luvly mya said…
mknace : terbaik? hehe
khalida said…
if i'm not mistaken, bkn awk nk amek QS ke? that's an option what?hehe
luvly mya said…
tula yang pening dah tu, tetibe takut tk boleh carry, tak yakin la, tengok lebih banyak kos lain yg boleh diambil tapi kene seiringkan dengan pointer yang gempak. aish +_+ haha

Popular Posts