Friday, December 31, 2010

Selamat tinggal 2010. Selamat datang 2011

Hari nie adalah hari terakir di tahun 2010. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang terjadi tahun 2010 nie.Kalau nak list pun tak terlist semuanya. Apa yang pasti yang manis kita simpan elok-elok dalam lipatan kenangan. Yang pahit kita ambil pengajaran dan jadikan pedoman.

from tumblr
Macam biasa bila tiba tahun baru semua orang nak set-up azam tahun baru. Dalam pada nak buat azam tahun baru tu, fikir balik sempurna ke azam kita tahun nie. Kalau tak sempurna, maka salah satu azam tahun baru kita adalah memperbaharui azam tahun ini. 

Aku pun ada jugak buat azam tahun baru. Kebiasaannya azam-azam tu mesti sama setiap tahun. Nak jadi pelajar yang lebih rajin, be a better person,nak kurus, bla bla bla. Tipikal kan. Tapi jujurnya kebanyakan azam-azam tu tak berapa nak tercapai. HAHA. Bila buat azam tapi takde usaha yang bersungguh-sungguh nak melaksanakannya macam mana nak tercapai kan. 

So, selamat tinggal tahun 2010. Selamat datang tahun 2011. Moga tahun baru nie membawa lebih banyak memori-memori indah. Membawa lebih banyak kejayaan dan kebahagian :) Mari sama-sama kita bina hidup baru dengan semangat dan azam yang baru. 
from deviantart
Selamat tahun baru! 

p/s: apa azam tahun baru aku?biarlah aku aje yang tahu :)

Monday, December 27, 2010

It feels good to be at home ♥

Ho yeah! Sekarang nie sedang berada dirumah dengan family tercinta. Perasaan tu tak dapat nak ditafsirkan camne. Gembira to infinity. HAHA. Baru perasan dengan diri sendiri. Bila makin besar macam nie makin senang rasa homesick rindu family. Why eh? Hee

Sekarang tengah cuti mid-sem. Cuti seminggu. Hoyeah-hoyeah. Tapi sebenarnya tak boleh nak hoyeah-hoyeah sangat laaa. UiTM saje je tau buat lepas cuti sem nie ade Test 1. Warghhh. So maknanya tak boleh lah nak enjoy sangat. Kena lah study untuk test kan? ( hopefully) Walaupun dalam kepala otak nie banyak je merangka benda yang nak dibuat tym cuti nie. Aish +_+
Mood happy nak cuti mid-sem :)
Well, sekarang nie aku tengah pening nak isi borang UPU macam mana. Back to my entry before nie aku dah cakap kan aku pening nak buat kos ape sume. Aish. Fenin la fenin! Benci betul bila berada dalam dilema nie. HAHA

Aku pun dah taktau nak cakap apa lagi nie. Blank pulak tiba-tiba. Hee~ Apa-apa pun to all asasian puncak alam, enjoy your holiday kay. Holiday-holiday jugak study jangan lupa.wakkaka, (pesanan untuk diri sendiri).   Jangan berbelanja lebih-lebih sangat. Mentang-mentang elaun dah masuk kan. :)

Wednesday, December 22, 2010

DIA sentiasa ada

When you are having difficulties,
When you think that you are lonely and nobody to talk to
When you feel that your life are miserable
When you feel that you are too stressfull

Remember. HE is always be there :)

source : tumblr
He always is. I am very sure  :)

p/s : how i miss the old times :(

Tuesday, December 21, 2010

Susahnya jadi orang besar

Hello, apa khabar semua :) Hehe, macam biskut betul aku nie kan. Sat ade sat takdak. Aish, biasala orang busy memang macam nie. Hak-hak. Tapi minggu nie memang hectic.Busy gila with all the presentation, tutorial yang berlambak. Stress! Tu yang update blog nie.Hihi

Bila fikir-fikir balik penat jugak jadi orang besar nie kan. Bukan orang besar yang berbadan besar tau, tapi besar dari segi umur. Hihi. Nak kata matang macam tak kene je sebab still ade jugak sifat keanak-anakan tu. Apahal la yang aku tetibe cakap pasal nie kan. Sebenarnya aku tengah pening memikirkan hala tuju hidup. Ceh
Kui-kui besarnyee die
Well minggu lepas kat puncak alam nie ada lah buat macam education fair or nama dia Memilih Menara Gading untuk pelajar-pelajar asasi kat puncak alam nie. Bertempat kat Pavillion. Fuyoo, puncak alam yang dalam hutan nie pun ada Pavi tau. Apa ingat kat KL je ada Pavi? Hehe

Tujuan karnival tu diadakan macam nak tunjuk jalan kat bebudak asasi nie hala tuju yang boleh diambil lepas asasi nie. Time degree nie nak buat ape semua kan. Nak tunjuk la bukan dalam dunia nie ada kerja doktor,engineer,lawyer,lecturer je. Banyak lagi bidang yang boleh ambil. So, macam yang dah rasa-rasa taktau nak buat ape degree nanti sebab macam pointer sem 1 nie dah tak berapa nak gempak gila-gila(macam aku) bolehlah nak rancang hala tuju masing-masing.

Banyak la booth yang dibukak and mostly mestilah booth UiTM. Dah nama pun sekarang nie memang dalam UiTM dah kan. Bila jenguk satu demi satu booth, dengar briefing pasal kos-kos yang ade tetibe aku jadi pening. Terlalu banyak sangat pilihan yang ada sampai dah taktau nak memilih.Bukan aku je, kawan-kawan aku pun sama tau. Yelah, tetibe rasa taktau nak pilih kos ape untuk sambung degree nanti. Lagi-lagi bila dengar kenyataan yang ramai sangat orang pandai-pandai. HAHA
Walaupun gusar tetap berikan senyuman termanis :)
Ye,aku tau lama lagi nak buat pilihan. Banyak masa lagi untuk berfikir. Asasi pun tak habis lagi,sem 2 pun baru start sebulan. Tapi kita kene gak merancang masa depan kan. Bila fikir-fikir tu memang buat serabut otak. Tu kata susah jadi orang besar sebab pilihan tu ada kat tangan kita. Kan best jadi budak kecik yang semua parents dah aturkan. Sekarang nie kita yang kene membuat pilihan dan parents pulak bagi advice :)

Aku memang tak suka betul bila kene buat pilihan macam nie. Susah jugak weh. Lagi susah macam nak buat pilihan after SPM dulu. Susah bukan sebab apa tapi susah sebab takut end up apa yang kita pilih tu salah :(
Ini bukan sakit rumah tapi rumah sakit. Teehee :)
By the way, dah tak sabar nak cuti krismas nie. ``Sakit rumah`` :P. Sejak bila tah dah pandai nak sakit-sakit rumah nie.

Monday, December 13, 2010

Aktiviti mengintai gajah mandi

Hello-hello. Apa khabar semua. Hee~ Rasa macam dah lama sangat je tak update blog ye. Macam dah hampir-hampir lupa pulak yang aku nie ade blog. Bukan ape, sibuk belajar lah katakan. Wakakaka, tak payah la nak percaya. Sebenarnya rutin harian yang sama menyebabkan dah takde idea nak tulis dalam blog nie. Takkan nak update hari-hari mandi,makan,pergi kelas, bla bla bla. Boring~

Cuti baru nie balik kampung sebab dah macam rindu nyee nak jumpa family. Never felt like this before okey. Sedangkan dulu sebulan x balik pun okay je. Mesti sebab macam dekat lagi cepat rindu kot. HAHA. Weekend aritu balik kampung kat Temerloh then tetibe merancang nak pergi Kuala Gandah. Tau tak Kuala Gandah tu tempat ape? Hee~
Welcome to Kuala Gandah
Kuala Gandah nie adalah tempat perlindungan Gajah Kebangsaan. Kat sini kira datang untuk tengok gajah jela. Aktiviti yang menarik kat sini adalah tengok gajah mandi dan mandi bersama gajah.Tengok gajah mandi?Auww,,tak malu betul kan nak usha gajah mandi. Hehe Mandi bersama gajah? Euww, tak busuk and geli ke? HAHA. Tu apa yang aku fikir. Tapi ramai je yang rela hati malah beratur panjang lagi untuk take turn mandi dengan gajah nie.
Ramainya nak intai gajah mandi. Tak malu betul. Hee~
Gajah yang mendengar kata
Mari kita simbah gajah ramai-ramai.
Kalau taknak mandi dengan gajah pun takpe. Lagipun tiket masuk die macam ade dua. Satu untuk yang boleh mandi sekali dengan gajah and another one yang boleh melawat je. Yang untuk mandi and ride gajah tu limited je for each day.Time kitorang sampai tu dah habis dah tiket tu. Nak ride pun tak boleh. Maka kita bergambar jelah dengan gajah yang macam comel gila. Bila tuan die kata duduk, die duduk. Bangun pun die bangun. Aish, siap angguk-angguk kepala lagi. Comell betul!
Percubaan menjadi comel. Hasilnya gagal

After dah puas tengok gajah mandi semua kitorang gerak pulak ke Deerland. Tempat nie macam dekat-dekat je. Kira kalau dah datang Kuala Gandah tak pergi Deerland rugi ahh. Tapi Deerland nie kene bayar. Rm6 for dewasa and RM3 for kanak-kanak. Okaylah tu kan. Oh ye, masuk Kuala Gandah tadi free ye! 
Comelnye rusa-rusa nie
Mari-mari makan.
Dekat deerland nie of course lah tengok rusa kan. Yang besntnye kita dapat bagi rusa makan. Best-best! Pengalaman baru tau. Selain rusa ade jugak la binatang lain. Nak tau tak. Hihi, waktu nak amik gamba binatang-binatang lain tu kan, semua tengah buat projek. HAHA. Burung tengah kissing-kissing. Kucing pun sama. Sekarang nie memang tengah musim mengawan eh? Hee
Haishh, tak malu laa. Hee
Kat sini baru dapat tau yang rupa-rupanya everytime tanduk-tanduk rusa tu panjang sikit, tanduk tu akan dipotong. Ouch, kedengaran macam kesian kan. Tanduk-tanduk tu pulak digunakan untuk tujuan perubatan. Setiap sesuatu tu semua ada kegunaannya kan. Erm, at least cuti-cuti nie dapat jugak maklumat terbaru kan.

Last but not least( macam buat karangan dah), meh nak tunjuk keberanian sikit. HAHA. Gua pegang ular derr. Aish, nampak ganas tak bila cakap macam tu. HAHA. Actually nie second tym pegang ular macam nie. First time kat Langkawi dulu. Cool betul rasa bila ada gamba letak ular kat leher camnie.
Cool x? Hehe
Sape takut nak tengok ular tu jangan lah terus tekan butang pangkah tauu. Tutup mata sudehh. Hii~ Okaylah, sampai sini je dulu kali nie. Till we meet again :)


Sunday, December 5, 2010

Bersama rakan-rakan zealous di Sunway

Hello :)

Akhirnya semalam berjaya jugak aku keluar dari puncak alam nie. Dalam post nie kan aku dah menyatakan(?) betapa bosan nya berhujung minggu di puncak alam. Haha, time-time  xberapa nak busy nie bolehlah nak kata bosan kalau duduk puncak alam je takde ape nak buat. Bila dah busy nanti agaknya nak turun makanan kat kafe pun dah rasa macam membuang masa :)
Christmas eve decoration at Sunway
Sume pakat amik gambar. ehehe :)
Semalam konon-kononnya budak batch aku nak buat reunion. Reunion kecil-kecilan lah kononnya. Lepas tu memang kecil-kecilan sungguh la sebab yang datang nye adalah dlam 11 orang. Sikit sangat tu kan. Tapi okaylah dari sorang dua je yang datang. Hehe. Yang ramai datang pun budak palam jugak. Yelaa, sebab buat kat sunway kan. Dekat dengan puncak alam. *dekat ke masalahnya?
Ramai sangat kann
Memandangkan sekarang ni kan Narnia dah kuar kan. Aku punya lah excited nya nak tengok wayang. Tapi yang lain taknak pulak tengok. Wuwuwuwuw, kecewa tau! Sentap je dengan korang. Lepas tu konon-konon nak main ice-skating tapi bila tengok orang ramai sangat terus cancel. Baru teringat yang hari tu hari sabtu, tambah-tambah  tengah cuti sekolah kan.Memang la ramai. Agak-agaknya nak meluncur sikit pun dah boleh terlanggar orang lain.
Mari tengok skill masing-masing +_+
Last-last aktiviti kitorang main bowling jela. Okaylah jugak sebab dah lama x main. Last main bulan 4 aritu agaknya. Lama kannn. Maka segala skill telah hilang. Yang kekal hanyalah skill masuk longkang tanpa perlu berlatih sangat. Main bowling pun sampai hari ni rasa tangan lebam-lebam. Kononnya nak kata lane kat sunway mega lane tu licin sangat. So, main ah bola saiz 12,11,10 sedangkan selalunya main bola saiz 8,9,10 je. Mana tak bengkak tangan tu kan. Huhu

Yang tak tahan sekarang nie kan dah YES. So macam banyak gila SALE.Grr geram gak ah aku tengok sale-sale semua tu.Biasalah pompuan kan.HAHA Tapi hanya mampu tengok jelah. Duit takdak! Macam tau-tau je orang KPT tak nak masukkan elaun lagi. Mesti takut kami joli ye?Apa-apa pun best jugak la dapat keluar macam tu semalam. At least hilang jugak kebosanan aku.

p/s: kenapa lately rasa macam hati x tenteram je +_+

Thursday, December 2, 2010

Empat Jam

Hello, apa khabar semua ;)

Boleh tak bayangkan macam mana perasaan duduk dalam lecture hall untuk belajar satu subjek selama empat jam berturut-turut. Ye! Highlight sikit yee. Empat jam berturut-turut. Penat wehhh.

Al-kisahnye sepatutnya hari nie lecture chem 2 jam then straighta after that lecture physic pulak. Tapi disebabkan nak ganti kelas so, the whole four hours ade lecture chemistry je. First time pulak straight belajar one subjek je selama empat jam macam nie. Rasa macam emm taktau nak kata.
Terasa seperti semua benda berebut-rebut nak mendapat tempat dalam otak
For the first two hours okay lagi la. Walaupun sudah nampak tanda-tanda hampir kecundang tu. Hihi. Tapi bila dah nak masuk jam ketiga dan seterusnya tu rasa macam dah tak boleh nak terima tau. Otak pun rasa macam dah full je nak terima masuk lagi chemistry tu.

Boleh lah nak diumpamakan macam nak isi coco crunch dalam tupperware. Tupperware tu dah penuh tapi still push nak isi lagi. Sesak laa. *boleh ke umpamakan macam tu? HAHAHA. Walaupun Lecturer tu ajar macam best dah, faham dah tapi otak macam dah tak mampu nak terima benda yang sama buat 4 jam berturut-turut.
Hampir terbaring keletihan seperti ini
Lecturer ni pun sangat bagus. Walaupun dia dah memberi sinar harapan nak lepas kitorang awal tapi die still punctual. Tetap kelas tu habis pukul 6 petang. Tu pun dah nyaris-nyaris die nak sambung lagi. Oh no! Hampir habis satu chapter tau hari ni je. Harapnya lepas nie takde lagi kelas straight empat jam macam nie. Tak kisah la subjek ape pun. Tak mampu +_+

Sekarang nie letak buku chemistry jauh-jauh. Rasa pening kepala tengok! HAHA.

p/s: tak baik betul kan merungut pasal ilmu. Hee :P