Nasi Arab Damsyik

Hello semua :) Hari nie nak buat segmen jalan-jalan cari makan. HAHA. Dah lama rasanya tak buat entry pasal makanan nie. Hee :P


Destinasi jalan-jalan cari makan kali ni ialah Restoran Nasi Arab Damsyik. Restoran ni terletak dekat Senawang, Seremban. Oh! lupa alamat penuh dia. Puas carik resit nak tengok alamat die. Hee :P. Restoran ni bukan macam kedai-kedai makan biasa. Kedai nie adalah sebuah rumah yang di renovate jadi restoran. Restoran nie terletak tepi jalan and dekat-dekat la jugak dengan Pusat Islam Senawang.

Dah nama pun restoran ni Nasi Arab Damsyik kan so, for sure la makanan dia suma berasaskan macam makanan arab-arab kan. Decoration dalam kedai tu pun macam arab-arab sikit. Bahagian dalam rumah tu konsep macam duduk bersila. Ada jugak meja yang untuk duduk dengan kerusi sekali tapi kat bahagian luar. Aku haritu of-course lah pilih duduk bersila kat dalam kan. Duduk kerusi macam dah biasa sangat kan :)




Well, nice lah jugak decoration die even macam biasa-biasa je. Nak lagi membangkitkan mood macam kat negara arab tu sepanjang duduk kat kedai makan tu memang lagu arab je yang berkumandang. Wah! Boleh feeling macam padang pasir sikit.Hehe

Okay asyik cakap pasal kedai je kan. Bila pulak nak cakap pasal makanannya. Ha, meh-meh tengok aku makan apa aritu. Haritu aku pergi ngan family and kami ber 5. So, inilah apa yang kitorang makan.
Nasi Ayam Kambing
RM 45
Sebenarnya ni kalau ikut untuk makan 3 orang. Tapi kuantiti sebanyak ni pun dah more than enough untuk kitorang. Seriously makan sampai sengkak perut wokey. Hee, ayam tu separuh tau. Jangan ingat tu je lauk die. Angkat je ayam tu, haa amik kau kambing yang besar punya. Hihi. Yang dalam mangkuk kecik-kecik tu ada sambal and kuah putih yang nama dia tiru x silap. Tak sure apa sebenarnya tu tapi sedap wehh!!!

Mangga lassie
RM 18 Sejag
Air ni pun sedap sangat!! Puas hati la makan kat sini. Banyak pun banyak. Sedap pun sedap. Kenyang sampai ke malam tau. Haha. Berbaloi-baloi sangat la kalau nak bawak family or kawan-kawan makan kat sini. Yang special nya kat sini kalau kita nak makan dalam dulang pun boleh. Sunnah Rasulullah S.A.W tu. Secara tak langsung boleh mengeratkan perhubungan sesama keluarga kan,

gemuk!!asyik sumbat makanan je mana taknya. HAHA
Ish, berkumandang keroncong dalam perut aku bila cakap pasal makanan nie. Hehe. :P Puas hati makan. Sampai lepas makan rasa nak bangun pun memerlukan bantuan. Ye arr duduk bersila kan. Hahaha *buruk betul perangai. So, bolehlah siapa-siapa yang nak merasa nasi arab damsyik nie bolehlah pergi. Further information boleh tengok facebook Nasi Arab Damsyik ni kat sini. Oh ye, kedai ni bukak setiap hari kecuali hari Selasa. Perghh aku buat entry dah macam promote pulak kan. Wakaka.

Comments

fiDooo said…
biar betul seketul ayam tu, wow!!!!!
tapi nampak menarik.
luvly mya said…
fidooo : yup.ayam tu seketul.haha, separuh je :P sedap!!!
cplud miera said…
alar..tutup selasa ker??? baru plan nk g arini. aduyaaai. ktne lg kedai ns arab kt negeri9 ni yer??

Popular Posts