Bersantai di Janda Baik

Sebab semalam kita semua cuti umum kan, so i decide to balik rumah after kelas. Isnin aku kelas sampai pukul 12 je. Hehe. Saja la nak balik rumah. Tak sangka pulak yang family aku da plan nak pergi bersantai-santai kat Janda Baik. Nasib baik balik rumah tau kalau tak duduk jelah diam-diam kat Puncak tu. *tak sedar test dah nak dekat.


Aku ada sedara kat sana so, sampai-sampai pergi dulu melawat sedara-mara. Sampai-sampai pun dah tengah hari. So, we all masak-masak dulu untuk makan tengah hari semua. Makan ramai-ramai dengan suasana yang sejuk-sejuk tu memang best sangat. Dapat pulak makan ikan talapia sambal. Perghhh, memang perut rasa kenyang jelah kan.

Lepas makan harus lah kita serbu air kan. Berendam lepas makan. Aishh, heaven! Mula-mula nak masuk air memang ketaq wehh. Sejuk gila air macam dah mandi ais pulak. Sedangkan before ni tak pernah pulak rasa sesejuk tu. Memang ambil masa gak ah nak mandi betul-betul.
Jeram yang sangat deras.
Hurm, layan gambar jela sebab tiba-tiba rasa macam taktau nak cerita apa. Haha. Buat apa je lagi kan. Berendam dan mandi jela. Hehe




Apahal laa duduk sensorang kat hujung tu kan. HAHA
Lepas mandi confirm-confirm lapar kan. Habis mandi semua carik makanan. Kih3.Lepas perut pun dah kenyang,badan dah penat bermain air, apa lagi. Masing-masing dalam kereta semua terbongkang tidur. Hehe.  Tapi memang best bercuti bersama family kat situ. Kalau nak tidur sana pun banyak je tempat-tempat yang menarik dan affordable. One of them is Sakinah Riverlodge. Betul-betul depan tempat kitorang mandi tu. A very nice place.

Favourite picture

Walaupun cuti ni sepatutnya study sebab test and final nak dekat tapi aku ambik kesempatan tu untuk bersenang-senang dan merehatkan otak dan minda. Ecehhh. Tak boleh belah je. Okaylah bai nak study. Hik3


Comments

Ninie said…
amboi3.. ehh best gak jnde baik ni. sesuai sgt lh utk aku yg tgh jnde skrg ni T___T
luvly mya said…
ninie : haha. best3 weh. ermm kau jadi janda yg baik tau. teheee :P

Popular Posts