Cinta dan Kasih sayang.

Cinta dan kasih sayang adalah rahmat dan anugerah daripada Allah S.W.T maka hendaklah kita menjaga rahmat tersebut supaya tidak terkeluar dari landasannya.

Haha, jarang-jarang aku nak tulis pasal topik ni dalam blog. Mentang-mentang dah nak dekat Valentine Day tiba-tiba nak buat entry macam ni. No, i`m not going to tell you that Vday is haram yada yada. Semua orang tahu kot kan. Aku pun bukan nak tulis tazkirah ke apa. Aku hanya nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang aku dapat masa pergi ``Forum 18+++`` malam tadi. Tajuk forum memang catchy. ``Anda ada masalah dengan cinta? Keliru dengan cinta``. Aku yang takde masalah cinta pun berminat nak dengar. Tajuk cinta-cinta ni memang menarik kan? HAHA
source : google
Antara ahli forum dia adalah Ustazah Kamariah from CITU UiTM Puncak Alam and Abang Zul, seorang Mechanical Engineer (ex-stud UiTM). Both of them punya penerangan best dan menarik. Tak delah boring sangat sampai aku boleh buat forum sendiri kat belakang. HAHA

Abang Zul cakap Cinta itu adalah fitrah. Sesiapa yang melawan cinta dia akan kalah. Yup, siapa yang boleh nak melawan cinta kan? Tapi sebenarnya kita kene bukak luas minda kita bahawa skop cinta itu luas.Bukan hanya berkisar antara cinta lelaki dan perempuan. Cinta kepada ibu bapa, kepada rakan-rakan, guru, barang, mahupun nikmat. Semua itu adalah cinta. Tapi cinta yang sejati adalah cinta kepada Allah S.WT.

Bila dah ada forum berkenaan dengan cinta macam ni mesti akan timbul soal betul ke couple itu haram? Ustazah kamariah terangkan pasal nia. Dia kata couple itu sebenarnya harus(aku pun first time dengar). Tapi apa yang membuatkannya haram adalah perbuatan yang dilakukan.Sama jugak dengan perasaan. Perasaan tu tak salah tapi perbuatan yang lahir dari perasaan tu boleh membawa kepada perkara yang salah.

Couple tu harus bergantung kepada niat. Betulkan niat kita kenapa kita berpacaran. Jika niat kita berpacaran untuk membawa hubungan kepada perkahwinan atau Baitul Muslim itu adalah baik. Tapi jangan ingat pulak bila kita dah niat je macam tu kita boleh buat dating suka-suka hati.*Bak kata ustazah, ada ke couple-couple ni pergi dating bawak family satu van. Paling-paling pun bawak adik kecik pastu bagi duit suruh main jauh-jauh. HAHA. Gelak gila-gila kot time ni.* 


“Janganlah seorang laki-laki dan wanita berkhalwat, sebab syaithan menemaninya. Janganlah salah seorang di antara kita berkhalwat, kecuali wanita itu disertai mahramnya” (HR. Imam Bukhari dan Iman Muslim dari Abdullah Ibnu Abbas ra).

Kemudian ada yang berpegangan suka hati,bertentangan mata dengan pandangan yang bernafsu.Membuang masa bersama-sama. Benda-benda macam ni la yang boleh buat jadi haram. Ustaz siap quote lagu ni lagi.
``Apabila berdua carilah tempat yang terang,agar tidak pula mencuba aksi terlarang. Boleh pandang-pandang. Jangan pegang-pegang.`` :)
Taken from google
Ustazah itu jugak pesan kepada wanita-wanita. Jagalah maruah diri anda. Jangan biarkan diri anda sewenang-wenangnya diusung kehulu-kehilir. Jangan jadi wanita yang murah untuk dijual beli. Aku suka jugak bila Abg Zul tu bagi nasihat. Janganlah kita memilih pasangan hidup berdasarkan paras rupa. Yang lelaki jangan nak duk cari perempuan cantik je. Perempuan yang hot-hot je. Kecantikan tu akan pudar.

“Janganlah kamu menikahi wanita karena kecantikannya, mungkin saja kecantikan itu membuatmu hina. Jangan kamu menikahi wanita karena harta / tahtanya mungkin saja harta / tahtanya membuatmu melampaui batas. Akan tetapi nikahilah wanita karena agamanya. Sebab, seorang budak wanita yang shaleh, meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama” (HR. Ibnu Majah)

Abg Zul tu jugak pesan kepada perempuan-perempuan untuk memilih lelaki. Sudah pastilah selain daripada agama,janganlah kamu senang percaya kepada lelaki. Lelaki sendiri pesan macam ni. HAHA. Sekiranya dia adalah seorang yang pecah amanah dia bukanlah seorang lelaki yang sejati. Carilah yang berakhlak dan tidak menganiayai sesama manusia. :). Dah lepas tu kalau dapat yang handsome ke apa ke kira bonus la. Hihi

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)” (An-Nur 26)

Sebenarnya banyak lagi benda yang dibincangkan such as nikah khitbah, lamaran yang membawa kepada pertunangan. Tapi yang ni pun rasa macam panjang sangat. Apa yang aku tulis kat atas tu sedikit sebanyak dari forum malam tadi. Adalah jugak sikit-sikit terasa waktu dengar forum tu. HAHA. Apa yang baik mari sama-sama kita ambil.Itu la tujuan berkongsi kat blog ni. Bukan nak berlagak baik ke apa ek. Hee

Comments

khalida said…
menarik btol tjuk.hahah. :D
syashafie said…
forum tu bnyak bg input an ! :D
Laily Shafariza said…
tima kasih mia!!! like3!!.. ada gak tempias sikit2 tu =)
luvly mya said…
khalida : sangat menarik wokeyyy :P
luvly mya said…
aisyah : hee, nice one aite? :)
luvly mya said…
syashafie : hehe. betul3.kalau selalu ada yg mcm ni mesti best
luvly mya said…
laily : ahaha..no prob memang niat nak kongsi kat blog. ade kan tempias. haha. ni pun x tulis semua yg ada. +_+

Popular Posts