Susah bila takde internet

Hello and Assalamualaikum :)

Hai, apa khabar semua? Moga sihat-sihat je hendaknya. Hehe. Aku baru perasan yang sekarang ni update blog seminggu sekali je. Kadang-kadang yang seminggu tu pun tak sekali. Konon nya dah habis belajar ni nak manja-manja kan blog ni sikit. Tapi tak dapat lah pulak :(

Semua nya kerana kat rumah dah takde internet connection. My dad dah potong streamyx sebab streamyx buat gila haritu. Ada internet tapi tak boleh pakai buat sakit hati je, terus terminate! Grr. Lepas tu bila sekarang ni aku pulak yang kebosanan. Ada ja berukband kat rumah ni. Tapi dah nama pun beruk kan. Tau-tau je la cam mana tahap kelajuan nya. +_+
Jumpa gambar ni while browse through the internet.
LOL. HAHAHAH
Nasib baik lah beruk ni bagi kerjasama yang cukup baik malam ni. Laju je dia. Apahal tah? Dapat la jugak nak update blog. Downlaod lagu. Layan we got married yang dah berapa episod tertinggal. Layan video IniAnwarHadi. Hehe. Love you beruk for tonight ;D

Rutin harian kat rumah sejak seminggu ni sama je. Bangun pagi, kemas rumah, basuh kain, sidai kain, masak nasi, jemput adik balik sekolah.Latihan menjadi suri rumah mithali. Ehem. :P  Bosan sikit bukak tv, tengok movie. Nak online sangat pun tak boleh disebabkan beruk tulah. Last post aku cakap aku tengah layan cerita Full House kan? Within one week dah boleh habis tengok. Macam tu lah bila dah takde kerja lain mengadap benda tu je.

Nak kerja tapi taktau nak kerja apa. Biasalah, demand. Kalau boleh nak kerja macam office hour. Taknak kerja kedai fast food sebab nanti penat gila. Kalu boleh nak kerja lima hari seminggu je. Senang hujung minggu nak keluar jalan-jalan. Kalau family nak gi jalan-jalan nak ikut. Mana boleh tinggal. Gaji mesti nak mantap jugak. Ada kerja yang macam ni? Memang tak lah kan. Sedap sangat tu. Akhirnya jadi jelah bibik dulu di rumah.

But still, kalau boleh nak kerja jugak during this holiday. Paling-paling kalau kerja penat-penat nanti mesti kurus sikit kan. Duduk rumah makin gemuk jela nanti. HAHA. Itu je point aku nak kerja sebenarnya ke? Aishhh... Teruk betul. The most important things is i need moneyy. Sesak je rasa bila tengok duit dalam purse makin susut. Memangla makan tak payah bayar semua tapi still kalau boleh nak tengok dalam purse tu berisi duit. Hehe. Macam mana nak jalan-jalan kalau takde duit. Tell me!

Whoops, aku rasa dah panjang gila aku membebel ni. Dah lama tak menaip tak boleh bak berhenti pulak. Hee, okaylah. To be continued. Cepat-cepat lah ada internet balik kat rumah ! Byee :)

Comments

Ninie said…
aku bosan gle dok umah!

Popular Posts