Demam semasa bercuti sangat tidak menyeronokkan.

Hello and Assalamualaikum :)

Hai, apa khabar semua? Sihat-sihat je? Hehe. Dah lama tak online. Banyak ketinggalan dah rasanya. Berita-berita terbaru pun dah tak berapa nak tau sebab dekat seminggu berada di luar negara. Amboii. Luar negara macam kat mana je kan. HAHA. Actually, aku baru je sampai rumah selasa haritu from Jakarta. Bercuti-cuti lah kita.

Banyak perkara menarik yang nak diceritakan sepanjang percutian ke Jakarta tu. Tapi, kita simpan dulu la cerita tu. Hee. Meh nak cerita dulu pasal perkara yang sangat tidak menyeronokkan berlaku kalau kita pergi bercuti ni.  Demam time bercuti ni memang tak best. Rasa tak fun langsung percutian tu. Nak jadi cerita a day before nak pergi Jakarta tu aku dah demam. Maybe sebab kene hujan kot. Puas jugak la aku tidur cukup-cukup and makan panadol nak bagi elok cepat.

Mestilah nak bagi elok kan, nak g jalan-jalan. Hehe. Alhamdulillah petang tu macam dah okay sikit. Tak rasa macam nak demam pun lagi. Semangat nak bercuti melebihi segalanya. Tapi, tiba-tiba time dalam flight rasa macam sakit kepala gila. Badan pun dah rasa macam dedar-dedar. Arghhh, tak best ah gini kan. Sampai-sampai je tempat kediaman dah rasa macam tak larat gila. Malam tu pulak tak boleh nak tido. Badan panas gila but at the same time rasa sejuk sangat.

Tuhan aje lah yang tau macam mana kan. Kalau kat Malaysia dah lama aku ajak mak aku gi klinik ke apa. Tapi, malangnya ini kat Jakarta. Bukan tempat kita. Suasana pun dah sememangnya lain dari suasana kat negeri kita kan. Bersabar jelah. Keesokan hari nya tu seharian aku tak kelaur rumah. Duduk je rumah tidur sebab demam teruk sangat. Nasib baik jugak hari tu memang takde apa-apa aktiviti. Alhamdulillah bila petang tu dah recover.

Memang tak best langsung bila sakit-sakit macam ni. Dahlah kat negara orang. Mood nak holiday pun hilang. Rasa kalau boleh nak balik umah je terus time tu. Hee. Kalau lah kan. Tapi Alhamdulillah la okay je dah. Bertambah-tambah okay bila esok tu misi shopping pun bermula. HAHA. So, lepas ni kalau nak travel mana-mana kena make sure bawak panadol ke, minyak angin ke ataupun ubat-ubatan yang secukupnya. Buat nya sakit tiba-tiba tu at least ada jugak ubat kan.

Lepas ni aku cite pulak ek pengalaman bercuti-cuti di Jakarta yee. Hehe. Banyak benda nak dicerita kan ni. Okaylah, Byeee ;D

Comments

Popular Posts