Durian : Raja Buah

Hello dan Assalamualaikum :)

Durian seperti yang kita semua tahu nama gelaran dia Raja Buah.Sebab apa diberi gelaran macam tu eh. Mungkin sebab dia yang berduri-duri tu so bila dia lenyek buah-buah yang lain mereka akan jadi leper ataupun sebab bau dia yang harum semerbak tu menyebabkan dia digelar Raja Buah. 
Yang kuning macam ni memang sedap.
Pic from google
Siapa yang kat sini suka makan durian sila angkat tangan macam saya. ( Buat gaya Usop Wilcha ) Hehe. Aku suka gilaa makan durian. Pada aku Durian tu sangat sedap.Rasa dia yang lemak-lemak manis. Aku tak faham kenapa sesetengah orang yang tak suka makan durian. Kadang-kadang ada antara mereka ni yang bau durian pun tak boleh. Bau tu busuk sangat sampai boleh buat diorang muntah kononnya. Yelah, selera dan cita rasa masing-masing berbeza kan. 

Sekarang ni tengah musim durian ke tiba-tiba nak cakap pasal durian. Hehe. Sebenarnya dah lama teringin nak makan durian. Tapi bila balik kampung takda pulak durian yang gugur. Semalam round-round berjaya jugak la beli durian yang jual kat tepi-tepi jalan. Macam-macam jenis durian yang ada dan yang palik baru aku dengar Durian Musang King yang harganya mahal dari yang biasa. Beza sangat ke rasa dia? Entah la. Bila dah beli durian simpan dalam bonet kereta pun sampai pagi tadi lagi bau dia meleket. Euwww. HAHA

Dalam pada kegilaan aku terhadap durian ni aku tak suka makan durian yang telah dibuat menjadi benda lain. Faham tak? Contohnya lah kan macam gula-gula durian ke, roti durian ke, bubur durian ke. Tak kena dengan tekak aku. Tempoyak pun aku tak makan. Tapi gulai tempoyak ikan patin makan pulak (Yummy) Pelik kan? Hehe. Tetiba teringat serawa durian Ustazah Suraya warden asrama aku dulu. Tu first time aku try makan serawa durian.
Gambar time Form Four kot.
Sila jangan gelak. haha
Teringat pulak time sekolah dulu setiap tahun mesti ada kenduri durian besar-besaran. Makan ramai-ramai dengan classmate and guru kelas. Banyak gila durian time tu. Time tu jugak baru aku tau yang durian ni boleh makan dengan santan dan pulut. Tapi aku memang tak makan la benda-benda tu. Aku bedal durian je puas-puas. Mana ada yang lebih tu siap bawak balik dom lagi.

Orang kata kalau makan durian ni badan jadi panas. So, untuk mengelakkan demam minum air dari pangsa dia. Kadang-kadang aku buat jugak le macam ni. Makan durian makan jugak. Jangan lepas sedap-sedap makan durian tu pergi belahak (sendawa) kat depan muka orang sudah lah. Untung-untung dapat penampar free. Hehe






Comments

area bangi mmg bnyak jual durian skrg..rndu nk blek sna :D
luvly mya said…
haha, memang banyak sekarang. balik lah sini kalau rindu. haha
angahpikah said…
sama-sama... suka makan durian je.. tak boleh makan dengan benda lain. jadi mual tekak. hahaha..

Popular Posts