Pesta Buku KL 2011

Hello and Assalamualaikum :)

Weehoo. Rajin pulak aku nak update blog hari-hari ni. Hehe. Ada benda nak diceritakan bolehlah kan. Well, aku baru je balik dari Pesta Buku Antarabangsa 2011. Balik je terus update blog ye? Baguss. Punya lah bersungguh nak pergi hari first even takde orang nak teman sebab nak dapat free gift for early birds. Hehe

Kebetulan adik aku pun tak pergi sekolah hari ni, ( ponteng je kerjanya) aku pun dengan baik hati nya ajak adik aku teman. Nasib pergi hari kerja macam ni komuter pun x sesak. Sampai PWTC dalam pukul 12 camtu terus gi serbu booth Jemari Seni. Apa lagi, nak rembat novel Hlovate yang latest la. Banyak jugak duit aku abis kat booth ni. Tah berapa buah buku aku beli. Jemari Seni punya buku for me semuanya best-best untuk dibaca.

Contengan Jalanan by Hlovate
See the bookmark? HAHA. Itulah punca sebenar aku gi hari first. Hehe, Bookmark yang originally signed by Hlovate. Ada 1000 je kot. Tu gigih pi awal-awal. Kata fan kan. Keh3.
Sutera Bidadari - Ramlee Awang Murshid
Yang atas ni pulak latest novel from Ramlee Awang Murshid. Siapa peminat dia mesti tertunggu-tunggu keluaran novel dia ni. Ni sambungan dari Sekual Novel dia start from Bagaikan Puteri,Cinta Sang Ratu, Hijab sang Pencinta, Cinta Sufi and the latest one Sutera Bidadari. Aku suka gila novel dia sebab berbentuk thriller. Menjana minda untuk berfikir. Kadang-kadang cerita-cerita dia out of expectation. Sekual ni paling best. Laksamana Sunan adalah hero terhebat :)

Jalan-jalan terjumpa pulak novelis kanak-kanak yang famous ni. Novelis kanak-kanak? HAHA. Aku pun baca jugak kadang-kadang novel-novel dia. Saja nak buat-buat jiwa kanak-kanak sikit kan. Well, tadi tak de ramai sangat novelis yang ada untuk sesi tanda tangan. Maybe sebab hari ni hari first and ada antara diorang yang berkerja kan. Lagipun tadi hari jumaat. Time orang semayang jumaat tu. Mana lah nak ramai sangat orang kan.

So, yang lain janganlah lepaskan peluang untuk pergi ke Pesta Buku tahun ni ye. Disakun menarik sungguh. Certain booth tu ada wat discount extra untuk student. So, bawak la kad matrix sekali. Untung-untung dapat harga yang jauh lebih murah okay. Ramai-ramai jomlah! Budaya membaca amalan mulia.

 Aku ni pun rasa nak pergi lagi je sebab tak habis round. Pergi booth yang kat area bawah je. Sebab nya nak balik cepat. Takmau sesak-sesak dalam komuter bila orang balik kerja nanti kan. Okaylah, bye semua. Nak g berulit dengan novel-novel ni. Hihi

Oh ye, bila aku nak buat entry pasal holiday gi Jakarta haritu tah. Hehe



Comments

Ninie said…
weh2 nak gi jugak! aku dah lama tak sentuh buku ni. huhu
luvly mya said…
Pergilah pergi. Best wehh. Hehe
luvly mya said…
laily : jangan la sakit hati sayangg, hehe
akk best nye dpt bookmark hlovate .
sye xdpt coz da abes .
luvly mya said…
natasya : adik datang hari apa. hehe. da ada seribu je kan. terhad sangat.

Popular Posts