Secret Garden

Hello and Assalamualaikum :)

Secret Garden? Ape tu? HAHA. Bagi penggemar cerita Korea mesti tau ape tu. Yup! Secret Garden ni adalah Korean Drama. Jarang pulak aku nak review cerita-cerita korea ni ke tak pernah? Sebenarnya aku bukan suka sangat tengok cite Korea ni. Kadang-kadang aku rasa cerita-cerita dia tak logik sebab dalam real life ada ke jadi macam tu. Tapi aku still layan jugak sikit-sikit. Lagi-lagi bila dah cuti panjang macam ni memang ini jela benda yang aku hadap. Dah bosan.Amboii alasan. :)


Waktu copy-copy cerita haritu ramai yang duk cakap Secret Garden best lah itulah, inilah so aku copy. Dan setelah aku menghabiskan masa beberapa hari(cerita korea panjang gila!) untuk tengok cerita ni, ermm memang best jugak lah. For me, cerita ni macam lain sikit dari tipikal drama yang lain. Takde lah romantik sangat cerita ni. Sweet tu ada lah jugak. Cerita Korea tak sweet bukan cerita korea lah kan? HAHA. Cerita ni jugak berkisar pasal realiti dan fantasi. 
Hyun Bin as Kim Joo Won(Boy)
Ha Ji Won as Gil Ra Im(Girl)
Gil Ra Im ni adalah seorang stuntwoman yang memang supercool. Dia berlawan tu boleh buat aku kagum sebentar. Kim Joo Won ni pulak anak orang kaya yang ada departmen store. Biasalah cerita korea selalunya mesti lelaki tu datang dari family yang kaya gila nak mampus. Perempuan tu pulak susah,pelajaran pun tak berapa nak okay. Lepas tu nanti mesti mak lelaki tu halang percintaan diorang sebab tak setaraf. Kebanyakkan cerita Korea semua macam ni kan.

Cerita ni pun sama je, tapi ada jugak different, sebab perempuan dalam cerita ni which is Gil Ra Im tu walaupun kene maki macam mana dia still tough and sabar. And dia takde lah nak tunjuk yang dia macam bodoh sangat. Satu lagi kalau perasan dalam cerita korea kalau lelaki tu nak tackle perempuan mesti dia akan jadi jerk and mean gila. Why? ``When man being mean and jerk to you it means that he likes u``. Is it true? Heh
LOL. Opss sorry gamba seksi sikit. AAHAHA
Dalam cerita ni jugak ada tragedi yang menyebabkan diorang ni akan tertukar badan bila hujan turun. Adegan yang diorang tertukar badan ni sangat lawak okay. Paling lawak bila perempuan tu tersipu-sipu malu tapi menggunakan badan lelaki(kan diorang bertukar badan). Geli pun ada jugak kadang-kadang. Diorang tertukar badan sebab waktu diorang tersesat dekat Mystery garden diorang minum sejenis alcohol ni. Alcohol tulah kunci kepada misteri-misteri yang berlaku dalam cerita ni. 

Paling sweet tapi bodoh bila Gil Ra Im(GRI) tu koma sebab accident Kim Joo Won(KJW) tu sanggup cari tempat hujan so that die boleh tukar badan dengan GRI sebab tak sanggup tengok dia terlantar kesakitan. Apa jadi bila dia dah tukar badan dengan GRI? Dapat ke KJW bangun dari koma tu. Apa pengakhiran cerita tu? Tu kene tengok sendiri lah. Hehe. And pengakhiran dia sebenarnya tak seperti yang aku expect. Sebab tu aku cakap cerita ni lain sikit dari cerita korea yang lain.

OSKA
His house

Aku suka gila tengok kawasan rumah dia and design rumah dia. Sumpah cantik! Lagi-lagi bila time kawasan rumah tu dilitupi salji. Cantiknyaa. Dalam cerita ni jugak aku suka tengok watak secretary Kim yang jadi assistant KJW tu. Kelakar gila! Oska pun kelakar. Oska ni cousin kepada KJW. Uishh, aku tak reti betul nak describe bagi nampak menarik tapi cerita ni memang best. Silalah tengok! Hehe.

Mamat ni takde ah jambu mana but i like his dimple and his smiley eye :) Hehe
Okaylah, enough with movies and drama for now on. Nak start baca novel pulak untuk mengisi masa lapang. HAHA. Okay bye :)

p/s : all picture taken from secret garden facebook :)

Comments

Ajie Mohd Tahir said…
ahhhhhh!tak nk ingat cerita ni dah.amik mse brmggu2 nk lupekn cite yg best ni.*tipu.sminggu je.
haha..tyme final exam bio trngiang2 nme scret garden dlm kple otak gara2 layan cite ni mse final.hampeh bbno.==
luvly mya said…
ajie : haha,ajie!! sapa suruh tgok tym final. ekekek. orang en tahan gila nak tgok cite ni. punya la simpan. pikir nak final tak jadi nak tengok sdgkan tym tu ramai gila dok kata best. hehe
::aMaD:: said…
So kiranya cite ni boleh tahan la?
hmm..skg ni pun tgh cari drama yg best2..btw thanx 4 da info! =D
nama.aku.lynn said…
btol la tu..mmg amik masa gila2 nak hilangkan mood secret garden..asyik teringatttt KJW+ra im!haiiilaaaa~hahaha~cter ni mmg superbb ah!ahaha~
Syukri Mohtar said…
sama la..kawasan rumah kim joo won tu sangat smart...rumah dye pun lawa.
Annezella said…
miaa nak jugak la tgk lps bce review ko ni hehe :D
luvly mya said…
amad : yupp. crita ni boleh tahan. tengok lah! haha
luvly mya said…
nama.aku.lynn : hee, best kann. sweet lah :)
luvly mya said…
skukri mokhtar : i wish i can live there, hehe :P
luvly mya said…
azy : meh ar copy, haha, bukan jauh sgt rumah :P kih3
Amirrah Zawani said…
i tak mau tgk citer korea.. sbb kebanyakkan citer korea best2.. kalo i tgk mmg tak jd kerja lain dah.. so, better jgn tgk.. hehe!! :)

Popular Posts