Sukan berkuda.

Hello and Assalamualaikum :)

Aku tak tau lah apa kene dengan aku sekarang ni. Hehe. Bukak blog pun dah jarang-jarang. Malas! Ye, penyakit Malas dah datang. Kalau aku online pun bukak blog then bukak dashboard baca entry-entry latest yang orang lain update. Nak tunggu aku update blog sendiri harapan lah. Entah kenapa takde idea. Ni pun aku klik new post and biarkan ia kosong buat beberapa jam. HAHA

Okay, let`s go with our topic today. Hehe. Yup! Sukan berkuda. Selalu orang kaitkan sukan berkuda ni dengan orang-orang kaya. Aku sendiri fikir macam tu sebab selalunya kalau nak daftar dengan kelab Equestrian ni pun memerlukan kos yang banyak. Selain tu, tau tak yang sukan berkuda ni adalah salah satu sukan kegemaran Rasulullah S.A.W selain daripada sukan memanah.

Haritu, My Dad discover one article dalam paper. Paper ape tah, tak ingat. Article ni pasal As Equestrian Centre yang mana menawarkan kelas menunggang kuda dengan harga yang pada aku berpatutan lah dan taklah semahal kebiasaannya. Tempat ni baru je lagi beroperasi rasanya sebab tempat ni memang betul-betul tepi jalan dekat laluan yang selalu nya kitorang balik kampung. Tapi sebelum-sebelum ni xpernah pulak nampak.

Ayah aku beria-beria nak bawak kitorang adik beradik pergi sini dan kononnya nak daftarkan kitorang lah untuk belajar. Belajar bukan nya nak bagi terror sampai boleh jadi atlit equestrian ke ape ke kan.  Tapi hanya untuk bagi kitorang experience and have fun belajar benda baru macam ni. Aku memang suka kalau dapat belajar benda baru macam ni. At least, tak lah sia-sia cuti panjang aku ni kan.
Be nice to me okay my dear :)
Ada banyak pakej-pakej yang ditawarkan dengan harga yang menarik. HAHA. Aku dah jadi macam promoter tak rasmi pulak. RM50 for 1 lesson, RM160 for 4 lesson and RM 320 for 8 lesson. Ni macam pakej basic yang ada lah. Harga dia macam affordable lah untuk kita-kita yang sederhana ni. Satu lesson dalam lebih kurang sejam depends on tahap mana kecekapan kita la yang baru belajar. Tuan punya tempat tu sendiri yang kata diorang antara yang menawarkan pakej termurah untuk belajar menunngang ni. Maybe sebab diorang pun baru beroperasi kan.
Kuda ni nama dia chesnut :)
Aku pun amik pakej yang 4 kali lesson je cukuplah. Kita belajar bukan nak bagi terer sangat sampai boleh pi lawan kuda kan. HAHA. Belajar bagi pandai je. Kalau kita cepat pick-up 4 kali belajar tu pun dah cukup sebenarnya.  Tak sabar nak start belajar. Hehe. Ayah aku kata kalau nak belajar tunggang kuda ni kita kena pegang dulu taik dia sebab nak bagi kita kenaal dengan kuda tu. I was like????? Entah betul entah tidak apa yang ayah aku cakap tu. Hehe

So, kalau sapa-sapa nak bawak anak-anak diorang belajar kuda ke, atau korang sendiri yang nak belajar daftar lah cepat-cepat. Hehe. Tempat ni dekat Kg. Rawa Hilir, Lenggeng, N9. Dari rumah aku 30 minit je ikut LEKAS. Jom jom jom :)

Comments

Affina Fatin said…
Nice la blog mia =)
Nway, sukan berkuda mmg interesting sgt ^^
luvly mya said…
affina : thanks dear :)
nampak pun macam interesting kan
shafariza labai said…
wahh.. nak joinnnn!!
Ninie said…
amboi3.. da lame x update blog,then tau2 cte psl kude. haha untung la dpt naik kudaa. hehe
Ajie Mohd Tahir said…
nak blaja naik kuda,nak brenang,nak memanah,semua nak buat.tapi,,,hehehe..nk brnang,parit je ada,nak naik kuda,kucing je ada,nak memanah,lastik je ada.XD
luvly mya said…
laily : balik malaysia nanti jomlah. haha
luvly mya said…
nine : haha, malas gila nak update skrg. huhu
luvly mya said…
ajie : hahahaa, lawak ah ajie nie :P
nak kenal org kena pegang taik dia la gamaknya

Popular Posts