Dari haritu kata nak cerita pasal trip aku pergi Jakarta hari tu kan. Hee, hari ni baru ada mood nak bercerita panjang. Well, aku pergi Jakarta haritu selama 5 hari. Pergi on 15 and balik Malaysia on 19. Actually pergi ni sebab kazen aku konvo kat sana. Alang-alang join sekali family dia pergi sana. Ada lah alasan kan. Lagipun nak pergi tempat-tempat macam tu kene jugak ada orang guide kan. Anyway congratulation to my dearest cousin Dr. Maisarah. :)
First impression time aku jejakkan kaki kat bumi jakarta ni adalah Ya Allah macet nya jalan raya kat sini. Macet tu traffic jam lah. HAHA. Sedangkan aku dah sampai malam dekat airport tapi suasana dia sangat-sangat lah busy. Pemandu-pemandu dia memandu secara berbahaya dan takda tahap kesabaran yang tinggi. Diorang ni keluar simpang main pecut je lepas tu sikit-sikit hon. Bunyi hon jelah kerjanya.
Kita kalau nak pergi Jakarta ni kena tau serba serbi kalau takde orang nak guide. Kalau tak kene tipu jelah sebab dia tau kita orang Malaysia. Time dekat airport pun suka-suka hati dia letak harga teksi mahal daripada biasa. Nasib ada kazen aku yang guide kitorang. Kitorang tido dekat rumah yang kazen aku duduk je. Untung tuan rumah dia baik hati bagi sewa bilik RM10 je sekepala untuk satu malam. Sangat murah kan. Okay pun okay ada katil tilam semua.
First dinner aku dekat sana adalah Nasi Ayam Penyet. Mula-mula waktu lalu kat lorong-lorong tempat jual makanan tu terfikir gak aku bersih ke tempat ni. Tempat makan atas longkang. Tepi tempat-tempat sampah. Kalau pandang beria memang tak lalu nak makan. Tapi tu jelah yang ada. Kedai-kedai yang decent sikit susah nak cari kat bandar Jakarta ni unless hotel la and dalam mall. Nasi Ayam Penyet dia sumpah sedap tapii, pedas gila. Aku ni kalau ikut tahan jugak pedas tapi yang ni memang tak menahan pedasnya.. Mengalir gak ah air mata, air hidung segala. HAHA. Konon taubat tak nak makan dah tapi nasi ni jugak la yang diulang setiap malam sepanjang kat sana.
First day memang takde pergi mana pun. Memang betul-betul duduk dalam bilik je tanpa menjejakkan kaki ke luar. Sebabnya demam teruk haritu. Dah cerita dalam entry ni. Lagipun hari tu hari convocation cousin aku.Kami yang tinggal kat rumah ni nak keluar sendiri sumpah tak berani langsung. Suasana dia menggerunkan. HAHA. Dalam rumah rasa selamat je.Luar pagar tu keadaan dia agak membimbangkan. Mungkin sebab tak biasa lagi dengan suasana kat sana.
Hari seterusnya diteruskan dengan tujuan kita datang ke bumi jakarta ni which is shopping. Yeah! Lets shop till we drop. HAHA. Tempat shopping paling famous kat sini adalah Tanah Abang dan Mangga Dua. Tempat di mana kita boleh cari barang-barang yang murah. Sangat murah! HAHA. Tapi bukan barang-barang branded la. Nak beli barang branded kena pergi mall la. Beli barang kat sini memang worth sebab harga-harga dia jauh lebih murah.
![]() |
| Tanah Abang |
Kalau nak cari barang-barang yang nampak macam barang indonesia sikit banyak dekat Tanah Abang. Nak cari telekung yang sulam penuh ke, kain ela, blouse or baju-baju muslimah memang banyak kat Tanah Abang. Harga dia memang berbaloi-baloi. Kalau kita try tawar harga insyaAllah dapat lagi murah sebab kadang-kadang dia tengok kita ni foreigner dia up sikit harga. Kalau kita tawar tak dapat then kita blah dia mesti panggil balik tanya berapa harga yang kita nak.Tapi, jangan la nak tawar2 harga banyak-banyak tapi taknak beli. Diorang marah! Kalau rasa taknak beli takyah nak tawar menawar.
Err, panjang sangat dah ni. Will continue in the next entry. HAHA. Banyak lagi benda nak diceritakan ni. Okay byee :)






16 comments:
jakarta katanya kawasan dea tak berapa bersih ea? org kata kalo kat jakarta berhabuk. btol ke?
jakartaaa uhh. best3 ! :D
Seronok nya dpt jejak jakarta!
belum dpt sampai sana lagi..
Dkt sana u tak try Pisang Keju?
wahh jakarta, best2 hehe. fie pegi bandung baru2 nie. sumpa dkt indon brg murah kan? :D duk sane pun rase kaya, sbb pgg beribu2 haha
kak ili : yupp, sangat kotor. haha.mungkin sebab jalan dia yang sentisa macet tu buat bnerabuk kot. sebab tu kdg2 nak makan kene aware makanan dia tak berapa bersih. silap2 boleh keracunan
syashafie : hee, best sangatt ;D
Dilakochan : Alhamdulillah berkesempatan jugak nak jejak sana. Hihi. Alaa, pisang keju? takde pulak. Femes ke? Maybe next time. HAHA
fie : haha, bandung lagi best dengarnya. maybe next destination bandung kot :P haha.
memang kaya bukan takat ribu2, tapi juta2. hahaha
xde souvenir utk aku ke weh? telekung sepasang pun jadilah. ecececehhh.. ;D
ninie : ahaa, tunggu kau kawin dulu la aku bagi hadiah telekung :P
salam singgah dari S.Blogger.
kenal2 kat sini dulu n follow.
haha di Jakarta banyaklah restaurant2 bersih di luar hotel2 dan mall2, anda saja yg tidak tahu, mungkin karena anda tidak lama di Jakarta. Jakarta itu kota metropolitan, sama dengan metropolitan di mana2, ada tempat2 yg kotor ada juga yg bersih. Saya juga pernah ke KL, di KL juga ada tempat2 yg kotor bukan? Jadi sama saja, bahkan di Paris, di tempat saya tinggal sekarang juga banyak tempat kotor, juga di NY tempat saya studi dulu...:)
Salam.
http://lifeofladyell.blogspot.com/2011/04/day-6-jakarta.html
Coba baca link yg aku bagi ini, blog ini dari orang Malaysia juga, traffic di Jakarta walaupun buruk tapi teratur dan tak banyak accident, tak macam di Malaysia, kerana orang Indonesia toleran. Orang Indonesia hon bukan nak marah2 macam orang Malaysia, tapi hon untuk kasih sign kalau mau melampaui kereta lain. Budi bahasa di Indonesia pun baik...:)
Hope you enjor your stay there...:)
bang : i guess u r indonesian right? hehe, sebenarnya x habis lagi nak bercerita tentang jakarta dan pandangan saya terhadap bandar tersebut. hehe, agree with u memang sama macam kl. mungkin sebab xlama di sana dan nak save budget memang tak jumpa restorant yang decent and kazen saya jugak takde bawak ke tempat2 tu. walaupun macet kat sana memang mengagumkan sebab takde kemalangan. jarang sekali kan. btw, i really enjoy my trip there,
Yes I'm Indonesian, it's obvious from my Bahasa, it's slightly different from BM right? :)
Tapi walau teratur dan tak banyak kemalangan, saya pun fed up ngan traffic kat Jakarta. I prefer KL pon, ada MRT... harus tunggu next 5 years baru ada MRT kat Jakarta..(Bagaimana BM saya? Dah mcm Malaysian ke? :)
HAHA, I can see that because the way you type is slightly difference. Mungkin kalau ada MRT di Jakarta lebih terautur ya? Kat sana Busway lebih kurang fungsi macam MRT jugak kan? Cuma x sepantas MRT la. Hehe.
BM anda memang macam Malaysian dah sikit2 :)
Post a Comment