Nur Kasih The Movie. Persepsi aku.

Hello dan Assalamualaikum :)

Well, semalam kan aku off day! Berusaha nak pi tengok Nur Kasih walaupun sorang-sorang. Disebabkan dengar dalam radio yang Nur Kasih ni full house je tiket aku plan nak buat reservation dulu. Tapi malangnya, berkali-kali aku try call GSC Alamanda tu tapi tak dapat nak get trough. Payah sangat aku malas dahlah nak try. Redah jela. Sampai alamanda pukul 12 nak beli tiket pukul 1. Malangnyaa tiket pukul 1 tu dah sold out. Next movie pukul 3 petang tu pun dah selling fast.

Memang laju betul jualan tiket haritu. Aku doa-doa jela yang tiket pukul 3 tu ada lagi. Nasib baik lah aku sorang-sorang senang la nak beli tiket sebab seat pun dah limited kan.Kalau tak memang kempunan la aku nak tengok Nur Kasih. Hehe. Walaupun sorang-sorang gasak la kan. Kakak yang jual tiket wayang tu pun macam kesian je kat aku tengok wayang sorang-sorang. Tak feel langsung. Hehe. Paling menyedihkan aku salah masuk hall sebab tersilap tengok kat tiket. Malu je :( Macam tak pernah tengok wayang. HAHA

Aku memang teramat-amat excited nak tengok cerita ni sebab memang aku suga gila dengan drama dia. At first aku memang takde niat langsung nak tengok cerita ni. Bukan apa time tu tahun aku SPM, takut la nanti membuang masa aku kan. Tapi setiap malam jumaat je budak2 kat asrama tu menjerit-jerit tengok Nur Kasih. Kawan-kawan pun duk pakat cerita maka, aku pun terjebak sama lah. Hee

First-first lagi movie ni start first impression aku adalah cantik gila movie ni. Sinematografi dia cantik sangat-sangat. Khabir bhatia punya movie memang terkenal dengan sinematografi yang cantik kan. Scene waktu dekat padi dengan dekat Jordan tersangatlah cantik! Rasa time tu macam alangkah indahnya kalau aku dapat melawat bumi Jordan. HAHA.

Cerita ni memang boleh dikategorikan sebagai movie air mata. Untuk aku memang cerita dia sedih la. 10 minit pertama cerita tayang aku dah nangis. HAHA. Sangat la tak boleh belah. Kalau awal-awal movie dah sebak scene yang lain-lain tu takyah cakap lah kan. Heee :P Mungkin kalau hati keras sikit takdelah nak sedih sangat tengok cerita ni.

Before pergi tengok,aku ada baca review cerita ni yang Mr K buat. Dia ada komen pasal teknik CGI kepala terbakar tu nampak sangat tak real. Aku pun macam nak cari-cari jugak. Betul ke? Rupa-rupanya kalau kau tak tekun sangat telek movie tu pun akan nampak sangat yang scene kepala terbakar time kereta api berlanggar tu obviously nampak tak real. HAHA.

Dalam ni jugak aku rasa Adam dengan Nur tu sweet sangat. Macam mana kesungguhan Adam tu nak jugak carik cincin untuk Nur tu memang menyentuh hati :"). Hee. Macam mana Adam tak sanggup kehilangan Nur dan sebaliknya. Aku suka quote Adam yang ada cakap ``Ambillah apa saja dari aku kecuali Nur``. Cinta diorang tetap kukuh sehingga ke akhir hayat.Perghh,tetiba rasa nak kawin. Kih3. Gataii.


Mia Sara dalam ni pun comel sangat!! Ilyas tu pun comel. Geram je tengok budak-budak ni berlakon. Aku suka jugak watak yang nama Mamat yang jadi anak murid Adam tu. Cool je dia. Walaupun cerita ni memang banyak sedih je tapi aku rasa jalan cerita dia best je. Tak membosankan langsung. And aku rasa 1 jam 30 minit tu is not enough. Banyak benda yang boleh dapat dari movie ni lagi-lagi part ustaz yang Beto Kusyairi tu berlakon.
Comel kan diorang.Adik Ilyas ni pandai berlakon :)
Ni lah mamat cool tu. Tak silap aku dia ni berlakon dalam
Epilog Syurga Cinta jadi ustaz dak?
Bolehlah nak bagi 4/5 bintang. Cerita ni memang jauh dari expectation aku. Bila tengok movie dia jauh tersasar dari tanggapan aku bila tengok trailer dia. Dalam trailer tengok ada diorang pergi melawat kubur aku ingat kubur orang lain tapi sebenarnya kubur orang lain. Ada dalam trailer Aidil berdarah-darah dekat hospital aku ingatkan sebab dia accident dengan Ayu Raudah ke apa tapi sebenarnya dalam movie lain. Hehe.

Memang tak sia-sia la aku sanggup pergi tengok sorang-sorang. Well, tengok sorang-sorang lagi best apa. Tak malu sangat nak tangkap leleh. Kih3. Kalau peminat Nur Kasih tu better pergi la tengok cepat! Hehe. Nak tau Adam mati ke tak mati ke tengok lah! Book awal-awal untuk mengelakkan kekecewaan. Sebabnya aku rasa memanjang full house je. Hee,

p/s : doakan untuk mangsa tanah runtuh dekat hulu langat tu. Moga Allah merahmati mereka semua. Amin

p/s/s : semua gambar aku curik dari fb Nur Kasih The Movie.

Comments

Ahmad Syarif said…
Wah!!! Teringin gak nak tengok!!
Cam best ..
CAm citer korea plak sedih2..
Ahaks!

-----------------------
sembang2 sampai terbang

http://sembangseposen.blogspot.com
Sharinginfoz said…
memang ramai betul tengok citer ni, adakah ianya boleh lawan kongsi yang pungut lebih 6 juta dalam masa 7 hari???
luvly mya said…
ahmad syarif : teringin nk tengok? cepat lah pergi tengok. hehe. bukan macam cerita kore. lebih best dari cite korea. hihi
luvly mya said…
shahringifoz ; Kalau nak tengok dari jalan cerita yang jauh lebih baik macam boleh lawan Kongsi. hehe
ape kes sume org update blog , cite psl movie ni ? -,-
buat alia nk tgk je , ISHHH
Ninie said…
cte die leh paham x wlupun aku xpenah lyn drama?? tingin nak tgk. tp tkt aku xphm jln cte sbb x penah follow drama die dl
yups
seronok kan
memang best dan banyak pengajaran

senang2 baca lah review saya pasal filem Nur Kasih The Movie nih

Review Nur Kasih The Movie
luvly mya said…
ayem : kenapa gelak? haha

Popular Posts