Pengalaman pertama berkerja

Hello dan Assalamualaikum :)

Apa khabar semua. Buat pengetahuan korang, aku baru je start kerja minggu ni. Kerja? Kerja bermakna takde dah lah segala kegiatan berfoya-foya aku. Huhu. Pehh, kira banyak jugak yang aku dah boleh nak tick untuk to-do-list aku yang aku buat untuk holiday yang panjang ni ye? Hehe. Sebenarnya aku dah nak tertido tadi. Dah elok-elok landing atas katil tiba-tiba kawan sekerja call cakap aku kerja petang esok. Terus tak nak tido lagi.Tahan mengantuklah boleh nak online kejap. Selalunya tak sempat wehh. Penat sangat sampai tidur awal. Before pukul 11 mesti aku dah out!

Well, aku kerja kat Shell. Dekat stesen mana takyah tanya. Rahsia! HAHA. Sebabnya segan kalau tiba-tiba ternampak orang yang dikenali +_+. Kih3. Tah pape kan. Hee. Kalau nak tanya aku apa rasa nya kerja for the first time ni. Tell you what it is not easy at all. Baru aku faham bagaimana perasaan orang berkerja. Nak tercabut kaki tangan aku semua. Hehe. Kalau orang tanya sebab apa aku kerja, bukanlah sebab duit sangat. Sebenarnya konon-konon nak rasa macam mana kerja tu. Best ke? Lagi-lagi bila tengok kawan-kawan bila cuti mesti kerja kan. Nak rasa lah jugak pengalaman tu.

After dah kerja beberapa hari ni, aku rasa macam perghhh lagi sedap weh kalau kau duduk umah. Kemas umah, mop 3 kali sehari pun x sepenat berkerja tau tak? keh3. Belajar pun berkali-kali ganda best lagi. Hehe. Tapi itulah pengalaman. Kalau tak try kita tak rasa kan? Lagipun kalau kita pandang on the positive side banyak benda yang boleh belajar.

Macam mana nak interact dengan orang ramai. Jadi extrovert sikit. Yelahh, aku ni payah sikit nak bercakap dengan orang yang tak kenal. Mulut berat! Bila dah kerja macam ni yang memang 100 percent interact dengan customer apa boleh buat kan. Melatih jugak la diri aku untuk jadi confident untuk berinteraksi dengan orang. Bergaul pun dengan pelbagai bangsa dan umur. Yelah, bangla pun ada, indonesia, kemboja semua ada. Semuanya pun umur range 20-30 something la.Aku je yang belasan tahun lagi. Susah jugak nak masuk sebenarnya sebab aku tak biasa kawan dengan orang yang umur jauh-jauh sangat,

Tapi sebenarnya kan, baru aku sedar yang aku ni lembik jugak. Memang rasa macam nak menangis pun ada bila penat sangat. Lagi-lagi bila mak aku giat cakap nak gi jalan-jalan ke atau pun bila aku ngadu cakap penat la apa la mesti mak aku cakap, ``ha tulah, kau yang beria-ria nak kerja`` fine! Haha. Ni pun baru kerja berapa hari dah rasa nak demam. Dasar lembik! Yeah! Berusaha aku kuatkan semangat ni :).Well, ni baru berapa hari kerja. Banyak lagi masa dan pengalaman yang harus dilalui.

Yang best jadi kerja baru, asyik dapat makan free je orang belanja. Keh3. Setakat ni baru sekali makan bayar sendiri. Untung lah kan. Kiranya nanti bila dapat gaji, first thing first kene lah aku belanja kawan-kawan kat shell ni dulu. Hehe. Paling best kan kerja situ dapat tengok gelagat orang ramai. Menarik! Pelbagai gelagat yang boleh dilihat. (apa ayat skema sangat ni) HAHAHA.

p/s : bosan je entry panjang takde gambar, takde gambar yang sesuai

Comments

khalida said…
huiyooo.gle r..selamat bekerja ye. :)
Ninie said…
aku jugak yg setia tanam anggur :/
Kipas lipas said…
penat ke?...takpe nnt cukup bln bos bg minyak free..hihi..teruskn berusaha...o_0
luvly mya said…
khalida : haha, thanks :)
luvly mya said…
ninie : biarlah tanam anggur je weh. lagi sedap. tak payah kerja. kih3
luvly mya said…
ayem : hahaha. penat :(
luvly mya said…
kipas lipas : penat sangat2. maybe sebab awal-awal lagi kan. haha, takyah cukup bulan pun memang minyak free
Chaiyokk Miaa. Jangan Lembik! Be strong :))

Popular Posts