Semoga selamat pergi dan pulang.

Hello and Assalamualaikum :)

Apa khabar semua :) So yeah! Today is my off day. Seronoknya tak terkata bila dapat cuti hari sabtu. Yelah, hari ni kan hari sabtu di hari pertama cuti sekolah. Tak rasa ke memang ramai gila orang. Well, hari sabtu tak cuti sekolah pun dah ramai orang kat stesen, ini kan pulak cuti sekolah. Faham-faham jelah macam mana.

Malam tadi aku pergi KLIA hantar mama ngan abah aku. Alhamdulillah diorang berpeluang menjadi tetamu Allah kali ni. There are going to perform their umrah. Diorang dapat tau nak pergi pun dah last minute sebab tiba-tiba ada tempat kosong. Kalau dah memang rezeki tu tak ke mana kan?Best je bila tengok ramai-ramai orang kat KLIA malam tadi. Rasa macam nak pergi sekali je kan. Mestilah kan, sapa je yang rasa tak seronok nak jadi tetamu Allah.

Sebagai anak pertama, memang tanggungjawab tu atas kita la kan untuk tengokkan adik-adik bila mak ngan ayah takde. Susah jugak tu. Walaupun ada makcik yang datang rumah aku untuk tolong tengok-tengok kan adik-adik tapi still kita yang nak kene uruskan semua kan. Tapi xpelah, bukan lama sangat pun. Sebelas hari je.

So, tolong doakan semoga mama ngan abah aku selamat pergi dan pulang. Aku rasa time tulis entry ni diorang pun baru je sampai sana kot. Flight diorang pagi-pagi tadi. Semoga selamat pulang juga and semoga dapat beribadah di sana.

Aishh bila mama ngan abah takde kat rumah ni hilang dahlah teman bersembang aku bila balik kerja. Hehe. Adik bongsu aku pun dah tak selera nak makan tengah hari ni. Payah lah! Haha, Ni baru hari pertama mama pergi dik oii. Hihi

Comments

Kipas lipas said…
inshaAllah selamat...o_0

Popular Posts