A trip to Jakarta - Part 2

Hello dan Assalamualaikum :)

Bersambung lagi dalam cerita pasal trip pergi Jakarta haritu. Ye-ye je eh nak ber part bagai. Keh3. Actually ada banyak sangat benda nak diceritakan. 5 hari di sana 2 entry pun macam tak cukup ye dak. Nasib pergi 5 hari je. Hehe. So, bersambung dengan last entry, another place yang memang best gila untuk shopping is Mangga dua ataupun dikenali dengan Pasar pagi. Tempat ni memang besar sangat and banyak sangat barang-barang macam jam,barang-barang hantaran,bag,aksesori, telekung dan pakaian. Kalau kat Malaysia Mangga Dua ni lebih kurang macam dekat Padang Besar la. Duduk dalam ni sehari pun xcukup.
Pasar pagi Mangga Dua
Kat sini memang senang nak cari barang-barang yang branded macam LV, Guess, Channel tapi yang imitation la. Haha. Untuk mereka-mereka yang gila brand tapi x mampu nak beli yang ori boleh la pergi cari kat sini kan. HAHA. Ada yang imitation original and ada jugak yang gred-gred lain dengan pelbagai range harga. Aku rambang mata jugak la beli beg kat sini. Sebab murah gila. Satu bag dalam Rp50,000 dalam hampir RM20 la.  Memang murah kan. Berlambak-lambak je beg dijual. Macam -macam jenis, kaler dan brand. As for me, aku tak suka sangat nak pakai beg yang brang dia tertulis besar gedabak.(walaupun bukan imitation) HAHA
Kalau salah kira lagi taktau lah kan. Besar gedabak kalkulator nya
Selama duk membeli kat sini, sambil duk tawar menawar tu aku pun dah nak terikut slang diorang ni bercakap. Kurang dikit ya pak. Takkan itu pun nggak bisa. Berapa harganya ya pak? HAHA. Konon cakap slang indon sikit boleh la dapat kurang banyak kan. :P
Telekung cantik-cantik gila
Yang tak best nya kat sini tempat shopping macam Mangga Dua dan Tanah Abang ni tutup awal sangat. Around pukul 4 atau 5 dah tutup kedai. Kurang lah sesi menghabiskan duit kan. Mungkin sebab kat sini cepat gelap kot. Lagipun kat sini awal sejam dari waktu Malaysia. Dua hari yang dihabiskan dalam tempat shopping ni rasa macam tak cukup je. Kalau bab menghabiskan duit tu memang semangat sangat ye Mia ;)

See the monumen behind?
Itulah MONAS

Memandangkan tujuan utama kitorang datang sini nak shopping je lebih, takde lah sempat nak pergi melawat tempat-tempat menarik kat Jakarta. Kitorang sempat pergi Monas je which is Monumen Nasional Jakarta ( Orang indonesia memang suka pendekkan perkataan kan?). Itupun sebab jalan balik ke rumah dari Mangga Dua tu lalu dekat Monas. Atas Monas ni ada emas tulen yang seberat 61kg kalau tak silap. Ada yang nak curi? Tinggi gila weyy. Hihi. Time kami pergi tu petang so, memang ramai yang datang jogging and beriadah kat situ. Kawasan dia tersangat lah luas.

Amek kau. Terkejut tau dia lekap muka kat cermin taksi
Satu lagi pemandangan yang biasa sangat kita dapat lihat adalah kalau tengah macet ataupun traffic light mesti ramai pengamen (pengemis) yang akan datang kat pintu kereta mintak duit. Kalau tengok memang kesian sangat.Tapi dah memang kene pesan awal-awal jangan dilayan. Kadang-kadang budak kecik sangat yang mintak. Ada yang main gitar la, jual majalah la tak ketinggalan jual patung beruk. HAHA. Terfikir jugak berani nya diorang ni duduk antara kereta-kereta yang banyak tu. Kalau lampu isyarat dah hijau tak ke menderu je kereta kan. Tapi nak buat macam mana itu je punca rezeki diorang. Betapa berisiko nye hidup diorang. Time ni memang bersyukur sangat diberi kehidupan yang agak baik.
Bajai version lama
Kat sini kalau nak bergerak mana-mana senang sangat sebab terlalu banyak pengangkutan awam. Tapi kena berhati-hati jugak lah kan sebab sebagai pelancong mesti ramai yang nak amik peluang kan. Kalau nak selamat sikit naik taksi sebab bermeter so, insyaAllah tak kena tipu harga dan selalunya taxi yang lebih selamat adalah taxi Blue Bird. Selain dari taksi ada jugak bus tapi tengok bas nya memang padat lah kan.
Bajai version baru
Other than that ada jugak Bajai Kota. Bajai ni macam kenderaan roda tiga. Tapi setakat tempat yang dekat-dekat boleh lah nak naik ni kalau tak lenguh la jugak. Satu lagi yang aku nampak kenderaan awam bagi penduduk tempatan ni adalah ojek. Ojek ni macam motor sapu la. HAHA. Ala,kalau selalu tengok dalam cite indon kan banyak diorang naik motor je kan. Mungkin lebih senang nak bergerak guna motor dalam kesesakan. Tapi memang ngeri lah tengok tahap keselamatan nya. Hihi.


Strawberry juice. Yummy!
Jus yang dijual dekat dengan rumah kazen aku. Tell you what. Jus dia sedap gila.Pekat sangat dan rasa original. Hehe. Mak aku sampai mengulang lah beli jus kat sini. Harga pun berbaloi-baloi.
At the airport. Dah nak balik :(

So far, i really enjoy my trip there. Banyak benda yang aku belajar selain daripada banyak benda yang aku dapat ( shopping :P ) Hehe. Orang-orang kat sini kadang-kadang ada yang very polite. Cara dia bercakap tu macam dia hormat la kat kita walaupun kita ni pelancong. Ada jugak timbulkan rasa insaf dan kesyukuran bila tengok kehidupan dan taraf hidup sesetengah rakyat diorang ni. 5 hari kat sana just not enough. Best sangat kan sana tapi yelah kan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik lah di negeri sendiri. Ececeh :)

Looking forward untuk melancong lagi ke sini. Bandung pulak next time ke? HAHA.Dengarnya Bandung lagi best ye dak?

Comments

zuhaida said…
best la jalan-jalan :))
Kipas lipas said…
oo objek legap tu, moto sapu ..ada byk mase lawat la sabah..sana pun awal sejam...o_0
luvly mya said…
zuhaida : best laa. haha
luvly mya said…
kipaslipas : sabah dah pernah lawat, labuan selalu sangat sebab rumah makcik kat sana. hehe. kk,tawau pun dah lawat
Kipas lipas said…
ooo yeke...br nk promote..hehe..btw,dgr cite dh keje part time,so slmt bekerja...o_0
luvly mya said…
kipas lipas : kyaaa, mana tau? hehe, thanks :)
bang said…
Bandung best Mya, I prefer Bandung dari Jkt...lebih sejuk kat sana...jom melancong kat Indonesia! :)
Kipas lipas said…
mana lg kalu bkn laman sosial...keje tu 12 jam kn..letih jgk...o_0
luvly mya said…
bang : haha, boleh la jadi tour guide bila saya gi sana ye? hehe :)
luvly mya said…
kipas lipas : twitter lah ek? hihi. 10 jam bukan 12 jam. but it still sooo tired :(

Popular Posts