Kembali menganggur

Hello and Assalamualaikum :)

Apa kabar semua? Mesti masing-masing dah mood puasa je kan. Hari ni pun mesti semua pakat melantak makan siang-siang eh. Hee. Ke aku sorang je yang macam tu :P Hihi. Sebenarnya nak cerita yang aku dah berhenti kerja dari shell tu. Dah masuk bulan puasa ni nak daftar kerja bibik jelah kat rumah sendiri. Lagi fun kot :P

Alhamdulillah, 3 bulan jugak aku berjaya berkerja. Banyak pengalaman yang sempat aku kutip dan simpan. Semuanya berguna. Kalau tak berguna sekarang suatu masa nanti mana tau berguna jugak kan. How to communicate dengan orang. Kerja layan costumer so memang banyak sangat ragam costumer yang aku jumpa. Ada yang baik je, ada yang sombong tak lupa jugak ada yang kurang ajar. Apa boleh buat sabar jelah kan. Customer always right. Heh. Yelah sangat.

Kalau nak cerita pasal kene marah dengan customer tu takyah cakap lah kan. Dah lali. Sampai kadang-kadang kalau customer complain pum pang pum pang aku boleh buat muka straight je. Hehe. Kalau dapat customer foreigner pulak especially orang cina dia bantai cakap cina dengan aku macam aku faham sangat. Aku pulak pulunlah cakap english dia balas cina balik +_+. Tapi foreigner ni best sebab diorang suka bagi tips :P Aku pernah  dapat hampir RM20 dari seorang customer sebab tolong dia. Hehe

Kalau nak cerita gelagat customer memang tak habis lah kan. Syukur jugak la dapat teman sekerja yang cambest. Feel like family :) Yelah, aku paling muda kat situ. Aku pulak mana lah ada kakak ke abang kan. Diorang kat situ pun dah jadi macam kakak-kakak dan abang-abang aku je. Hehe. Fun lah kerja situ. Yang tak best pun mesti ada. Tapi sikit-sikit jela. Biasalah kan. Mana-mana pun sama. Well, at least aku dah dapat pengalaman bekerja yang aku nak sangat selama ni.

Dah tak pakai la baju shell lepas ni kot ;p HAHA

Sebelum terlupa, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Lama dah tunggu saat-saat puasa full kat rumah. Dekat 5 6 taun jugak lah puasa kat hostel je kan. Kita tengok la gemok tak gemok puasa kat umah. Wakaka. Dah makanan berbuka dia macam mana pulak kan. Semoga ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya. InsyaAllah. Takkan nak ada kat takuk lama je. Mestilah nak kene improve kan :) Berbuatlah amalan seperti ini adalah ramadhan kita yang terakhir. Jangan lupa pergi terawikh pulak malam ni. Paling penting jangan lupa niat puasa. Hehe.

Okay bye :)







Comments

Amirah Rashid said…
I pn dah benti kerja. tak larat woo. plus i kerja fast food. :D
syashafie said…
salam ramadhan jugak ! :)
roti_tisu said…
selamat berpuasa^^
Dr. Amirah said…
Dear2 nak bagi kad raya ni and tolong promokan sekali hee tenkiu

http://klinikhatidrmira.blogspot.com/2011/08/siapa-nak-kad-raya-sila-turun-tangan.html

Popular Posts