Result UPU? Alhamdulillah :)

Hello and Assalamualaikum :)

Seperti yang ditunggu-tunggu oleh semua lepasan Asasi, Matrikulasi, STPM dan setaraf akhirnya semalam 15 Julai keluar jugak keputusan UPU. Sumpah hari tu rasa cuak dari pagi. Perut pun sakit semacam je. Sakit perut adalah sindrom kalau cuak tahu! Hehe. Sedangkan before-before tu tak sempat pulak nak rasa cuak ke apa ke. Hee. Dahlah hari yang keluar result tu aku kerja. Agagaga. Lagilah menggelabah nye. Dari pagi asyik usha-usha jam kat monitor cashier tu. Time tulah nak rasa lambatnyaa masa berjalan.

Dah pukul 12 manager aku duk giat-giat suruh pergi cek. Berpeluh aku oii. Yela, for me UPU ni kira penentu masa depan aku. Apa future aku. Aku memang takde apply tempat mana-mana lagi. Bukan takat apply, takde satu pun kolej private yang aku ada usha. Memang kira berharap sepenuhnya la kat UPU ni. Dengan bismillah aku masukkan number ic ngan number matrix. Alhamdulillah. Time tu rasa bersyukur sangat sebab nampak tahniah. Sedangkan aku x perasan sangat pun kos apa yang aku dapat. Bila telek balik macam hurmm. Tak dapat yang first choice but still Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.

Alhamdulillah ditawarkan kos engineering dekat Uitm Shah Alam.Kolej pun dah dapat tau. Kolej mawar. HAHA. Please jangan musykil kenapa kos yang aku dapat tersasar sangat dengan apa yang aku belajar selama ni. I never think to be an engineer. Sedangkan aku dah pernah dapat offer nak buat engine dulu tapi tolak sebab punyalah taknak buat engineering. Haha. Tapi akhirnya end up dengan buat engine jugak. Well, Allah dah tentukan jalan kita cam mane. Mungkin inilah jalan yang terbaik buat masa depan aku InsyaAllah. Allah knows the best. Allah has the best plan for us right? :)

Aku sebenarnya macam takut nak buat engine. Fikir macam eh kos ni macam tak banyak pompuan je . HAHA +_+ Tah pape kan. Dahlah aku ni budak sains selama ni tetibe pergi engine. Dah ah tak nampak pun budak-budak yang dekat group asasi dulu dapat sama kos. Aiyaa +_+. Hee. Dahlah jadi macam tak yakin pulak :P Yang pasti abah aku macam seronok aku dapat kos ni. Sebab dia memang dari dulu beria advice aku buat engine.

For those yang tak dapat any offer jangan cepat give up. Buat rayuan cepat-cepat and pilih kos yang betul-betul masa nak buat rayuan tu. Aku pun pelik tahun ni kenapa ramai sangat yang tak dapat any offer. Kawan-kawan aku ramai yang tak dapat sedangkan pointer masing-masing taklah teruk pun. Macam pelik. Daftar 6 september. Wuwuwuwu tak bagi can langsung aku nak beraya beria sikit tahun ni. Hik3.

Apa apa pun alhamdulillah and congratulation untuk semua yang dapat tawaran tak kisah lah kos apa dan di mana. As long as kita masih diberi peluang untuk sambung belajar kan. Yang tak dapat tu tolong jangan patah semangat. InsyaAllah ada rezeki. Tak semua yang dapat offer tu accept. Mesti akan ada yang reject untuk sambung private ke apa kan. so, banyak banyakkan berdoa okay.

Sampai sini dulu. Update lagi nanti. Sekarang tengah banyak story. Sekali tak terupdate pun nanti :P hehe

Semalam 15 Julai memang hari yang bermakna :)

Comments

Adam Idris said…
erm saya pun lari, mintak accounting dapat english
tapi masih bersyukur dekat Allah sebab bagi peluang
alhamdulillah
hehe goodluck ye! :)
Amirah Rashid said…
whoaa. congrats mya!! its okay, tersasar pun, still dpt kan? bersyukur lah k?:) kte ade kwn frm asasi puncak alam, and dye x dpt. sedih kan :/ hm. lets pray the best for her and the other k :)
mujahidah said…
tahniah mira!..=)
shafariza labai said…
tahniah Ir.MIA!! haha..peluh2 blaja bi0 akhirnya pegi engeen jugak ea..papepon jumpa aku dulu b4 masuk uni nanti taw!!
Qid said…
congrate la oi !
takde salahnya jadi engineer. haha
cool !

Popular Posts