Macam mana ramadhan kalian semua? Baik-baik sahaja? Hehe. Dah masuk Fasa ke-2 dalam bulan ramadhan kan. Aku rasa macam kejap je dah masuk hari ke-12 kita semua berpuasa. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa ni.
So far, ramadhan aku tahun ni rasa heaven sangat seba dapat makan makanan mama aku masak hari-hari. Hari-hari. Yelah, before ni time duduk asrama bila balik rumah je baru nak makan masakan mak kan. Hehe. Tapi bila dah hari-hari berbuka kat rumah je nak jugak berubah selera kan. Ternampak pulak offer buffet yang macam best dekat ice room. So, apa lagi kan.
For me, sangat-sangat berbaloi buffet dekat sini. Sebab apa berbaloi? Ha, meh aku nak cerita sikit. Hihi.
Firstly sebab harga dia yang tak berapa mahal. RM25 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak-kanak. Then, ada pulak lagi diskaun 20%. Untuk 4 dewasa dan 2 kanak-kanak harga semua sekali hanyalah RM100. Boleh jimat RM 26 lah kan. Banyak tuu. *Okey aku dah rasa macam aku promoter ice room. HAHA
Lauk-lauk dia macam biasa jelah. Takde lah macam woi sedap gilaa hari-hari aku nak datang lagi. Taklah. Hehe. Tapi bolehlah kan. Macam-macam jenis lauk jugak ada. Ayam rendang, ikan asam pedas, telur sambal *sedap ni, kentang ape tah nama dia tapi sedap woi kentang ni. Haha. See, lauk dia takdelah grand mana pun tapi just okay for me.
![]() |
| Adik aku yang dah kenyang makan nasi segar nampak chicken chop. His favourite. Hehe |
| Lamb chop- sedap gila! |
| Ha, ni chicken chop. Tak minat sangat ah. Biasa sangat makan. |
| Hak ni nama dia beef stick. Hehe. Kecik cinonet je yang ni. |
Memang berusaha gak ah aku nak habiskan. Dahlah semua orang order satu dish. Kot kot lah nak kongsi-kongsi je sebab dah makin nasi kan masing-masing. Memang tak lahh. Masing-masing dah macam kene paksa makan je nak habiskan. Hehe. Baru kau tauu. Kitorang lah orang paling lama stay dalam tu agaknye. Sampai pekerja-pekerja ice room tu asyik terteleng-teleng pandang kitorang. Bila lah kitorang nak keluar.
![]() |
| Gambar aku mestilah nak kene tempek jugak satu kan :P |
So, kalau sapa-sapa rasa nak berubah angin berbuka puasa kat luar bolehla nak try kat ice room ni kan. Jangan ingat ada jual ice-cream je pulak kat sini. Hehe. Aku sampai sekarang tengah menaip entry ni rasa kenyang gila lagi. Perut dah rasa nak meletup. Oh! Bulan puasa ni first time aku paksa perut aku menerima makanan sebanyak ini. Hihi.
Okaylah, itu saja buat kali ini. Kalau bukak entry ni time siang hari mesti macam meleleh je. Hihi. Selamat meneruskan ibadah puasa. Mari bersama-sama tingkatkan amalan :)



9 comments:
Ice Room kat mana?.Nilai ker?
haha
yup2. ni ice room kat nilai. hhe
jauh nya g makan.. JELEEEESSSSS
mana jauh yang,15 minit pun dah sampai :)
Saya pernah makan kat sana..
makan x la berapa sedap..
tp aiskrim dia mmg terbaik!!!
ala, dkt nilai ke? mcm jauh je. u dduk mne eh?
rain : aiskrim dia memang superb kan. yummy! hehe
amirah : i xsure la ice room lain ade buat promo mcm ni ke tak. kat mana ice room terdekat ngan u? i duduk bangi tapi dekat je ngan nilai :)
xtau pulak iceroom ade promo buka puasa. aku igt dorg serve ice cream je. huhuh
Post a Comment