Berakhirnya orientasi bermulalah langkah baru

Hello and Assalamualaikum :)

Apa khabar semua? Apa cerita sekarang. Phew. Lama tak berupdate sebab tuan punya blog sibuk berorientasi before ni. Hihi. Well hari selasa lepas berjaya mendaftarkan diri di UiTM Shah Alam. Punya ramai orang. Sampai-sampai je terus daftar kolej. Aku dapat Kolej Mawar sebab dah dikhususkan ikut fakulti kan;. Sampai-sampai ambil kunci terus search bilik. 

My first impression dekat kolej macam OH! Takde lif. Nasib baik lah tingkat 2 dari ground floor so taklah macam tinggi sangat kan. Bila tengok bilik pulak macam mana bermacam-macam berlegar dalam kepala otak. Honestly rasa macam weh, bilik macam ni :O *tak bersyukur kan. HAHA. Mungkin sebab dah terbiasa dengan keselesaan melampau time dekat Puncak Alam dulu so, memang bagi kejutan la. Bilik aku berempat. Tell you what rata-rata budak puncak alam komplen pasal kolej. Hihi
My roommate
From left from Perak,Perak, Johor and Me! :)
Da settle daftar kolej semua makan bermulalah minggu orientasi yang hectic gila. Boleh disimpulkan sebagai minggu yang paling penat. Bangun seawal 5 pagi sebab nak kene rebut toilet dan paling awal jejak kaki kat bilik pun hampir pukul 12 malam. Tang rebut toilet tu yang paling terasa tu sebabnya kat puncak alam dulu kan kongsi 8 orang. Tak habis-habis nak bandingkan dengan puncak alam yee. Hihi. Dapat mandi 2 kali sehari pun dah cukup baik tau time minggu orientasi ni. 

Aktiviti orientasi macam biasalah, lawan-lawan cheer antara kolej. Dengar ceramah itu ceramah ini yang mana banyak dari ceramah tu aku tidur je. Keh3.Mana taknye, badan dah penat kan dapat pulak masuk tempatr aircond. Mana tak tidurnya. Itulah je masa nak rehatkan badan sikit kan. HAHA. Kadang-kadang kene tocher sikit, kene treat macam budak-budak sikit. Blurghh. Itu jelah kann.

And today dah start kelas and so on. Pergi fakulti semua untuk taklimat dan itu ini lah. Hee. Dah kene decide nak masuk ape untuk kokorikulum. Kalau  boleh macam nak elakkan je yang berkawad-kawad tu. Tapi mostly sume involve dengan kawad kann. Haihh.  Macam tak caya je dah melangkah ke alam degree. Masa berlalu dengan sangat cepat.

Alhamdulillah untung aku dapat kolej yang dekat dengan kafeteria dengan fakulti. Nak pergi fakulti jalan kaki je pun boleh. Hee. Tak kurus ah aku macam ni semua dekat-dekat *konon. Keh3. Okayylah update lagi nanti. Nak siap-siap pergi kelas petang ni pulak. Take care semua :) Have a nice day.



Comments

Popular Posts