Life updates :)

Hello and Assalamualaikum :)

Apa khabar semua? Sihat-sihat je? Dah hampir 3 minggu aku kat UiTM Shah Alam ni menempuhi kehidupan sebagai seorang pelajar degree. Ecewahhh. Haha. So far so good. Dah boleh nak adapt dengan persekitaran. Dah boleh masuk dengan rakan-rakan kelas. Tapi sekarang ni life aku fakulti aku,tempat makan, kolej, dan sekitar-sekitar yang dekat je. Kampus aku ni besar hoii nak explore semua. Lek lu kan. Banyak masa lagi yang ada.

Kelas pun da start minggu ni. Even baru few class je yang ada. Kebanyakkan kelas yang lain lecturer tak datang dan kitorang tercongok je depan pintu kelas tu. Heh. Kalau kelas da start mesti lah da start ada kerja nak kene buat kan? Hehe. Sebenarnya sekarang ni tengah buat statics. Oh maii, otak aku dah jammed sebenarnya. Baru buat bape soalan je. Tambah pulak dengan cuaca yang mendap sebab baru lepas hujan lebat ni. Aku nampak katil kat sebelah ni sedapp je.

Kelas aku hari-hari pack. Tiap-tiap hari kene bangun pagi. Takdelah kau nak bergolek-golek atas katil time pagi-pagi tu. pergi kelas pukul 8 pagi balik pukul 6 petang. Ohh, seriously hectic. Tapi, yang bestnyee tu hari ni which is hari rabu aku takde kelas langsung. Langsung! So, memang free je harini. Hehe, by the way tengok wayang hari rabu tiket murah sikit kan? :P Hee
Ohhh, kenapa aku rasa macam muka penuh kamera sangat +__+
Duduk Shah Alam ni memang fun sikit aku rasa. Nak kuar pergi mana-mana senang. Bas pun takyah tunggu sampai berejam lamanya macam dekat puncak alam dulu. Hee, tapi aku belum la lagi rasa teringin nak menikmati kehidupan di shah alam ni lagi. Keh3. Nanti-nanti lah kann.

Okaylahh, aku rasa macam aku harus rajin-rajinkan diri balik menulis blog ni. Nak coretkan pengalaman kat shah alam ni pulak. Haha. Cukuplah setakat ini buat masa ini. Nak sambung buat statics yang pening tu. Hihi. Baru bape soalan je siap. Byee :)

Comments

HafizRahman.com said…
baru masuk uitm SA jugak ...nnt bleh la lepak sekali....24 ni ada gath bloggger UiTM

Popular Posts