Kecut perut

Hello and Assalamualaikum :)

Heyya. Hows ur monday? Blues enough? HAHAHA. I had a good today so far since the day is not over yet. Pagi-pagi buta tadi dah ada Geology test. Alhamdulillah, it went well. Kan best kalau semua lecturer baik hati buat test macam lecturer ni. Ambil soalan test dari reference book je. Hahaha. Angan-angan jelah kan.

Tadi ada peristiwa yang buat jantung aku macam dah terlompat keluar pastu masuk balik. *exaggrate gilaa. Sebabnya handphone aku nyaris-nyaris sangat jatuh dari tingkat lapan. Perumpamaan dia macam telur di hujung tanduk tak pun macam embun kat hujung daun. Haaa. Sangat mendebarkan tahu.

Masa tu tengah duduk bersandar kat birai koridor tu sementara tunggu lecterur sampai. Sakan la bersembang duk gelakkan kawan aku sebab pagi tadi dia nak terjatuh kerusi. Tah macam mana handphone aku tu kat atas buku, buku tu kat atas peha. Agaknya pergerakan yang melampau sebab gelak terlebih-lebih sangat, handphone tu macam slide terus kat birai koridor tu.

Dalam pada konon gelabah nak selamatkan phone tu, lagilah tertolak phone tu ketepi. Perasaan masa tu takyah cakap ahh. Tergamam, terdiam tak terkata. Bila aku dapat amik fon tu cepat-cepat masukkan dalam beg. Kawan-kawan kat sekeliling pun cuak je. Hahaha. Aku pun cepat-cepat terus duduk atas lantai. Dia punya cuak tu sampai kawan aku tegur jugak ah kenapa menggigil. Kih3. Tergamam gak ah beberapa minit. Dari dok galak gelak terus senyap.
Tu diaa handphone yang nyaris jadi arwah. Hiks
Gila ah. Susah aku nak describe perasaan masa tu. Lebih kurang macam tengok orang nak bunuh diri eh? HAHA. Bayangkan lah kalau phone tu jatuh tadi. Tingkat lapan kott. Memang takde ah nak nampak masa depan dia kan. Alhamdulillah la tak de pape. Hishh. Lain kali kene beringat jangan cuai sangat macam tu amira. Lepas ni takkan duduk kat birai tu lagi dengan handphone kat tangan *yeke? Huuu. Pengajaran satu lagi jangan duk gelak kat kawan beria sangat kott. Hee :P

Agak-agak kalau jatuh tadi mau bingit satu fakulti dengar aku jerit. Pheww. Okaylahhh. Cukup ah tu bermanja sekejap dengan blog. Minggu ni rasa macam banyak sangat bende nak kene buat. Stress gini. Haha. Lagi satu test menanti *arghhhh. Takpee, minggu depan da mid sem break.Cepatlaaa cuti. Tak sabar.

Have a nice day to all of you :)

Comments

zuhaida said…
lain kali berhati-hati ye mia :)

Popular Posts