Nite Run @uitm -Tribute to Palestin

Hello and Assalamualaikum :)

Hey, selamat hari sabtu semua. Apa perancangan weekend ni? Jalan-jalan cari makan? Shopping? As for me just duduk baik-baik dalam bilik. Study. Wait! Study??? HAHAHA. I have to. I have two paper for test next week and quiz calculus. Oh! I`m so dead. Mampu melihat je rakan-rakan pergi bersuka ria. Hee 

Semalam aku join program Nite Run sempena Pesta Konvo ke-75 UiTM. Program ini adalah untuk tribute for Palestin. Disebabkan kolej aku mewajibkan semua join program ini maka itulah sebabnya aku melibatkan diri. Lebih kurang macam paksa rela jugak la. On the same time, malam tu jugak ada perasmian majlis penutupan Pesta Konvo. Dato` Sahol turun padang weh. He is a very cool man. Like seriously. 

Berusaha nak tangkap gamba Dato` Sahol in the crowd.
Nampak takkk. Haha. Dia siap dok high five dengan student. Isn`t he cool enough? Haha
Eventough at first macam paksa rela kan.But, I got so much funn. Nasib baik la petang tu memang dah hujan lebat so malam tak hujan pulak.Alhamdulillah. Tapi best la lari dalam keadaan macam tu. Sejuk je. Cuaca lembap je. Nasib baik jugak la tak semput walaupun cuaca sejuk sangat macam tu. Hee

Gila tak gila jugak la larian dia sejauh 4.5 km. Mula-mula tu memang tak boleh nak lari langsung sebab too many people on the same road yang sempit tu. Maka hanya mampu berlari setempat sambil tercium bahu orang depan. Berasak-asak. Agak-agak dah 10 minit camtu baru masing-masing dapat lari sebab jalan dah luas sikit. Tapi, macam biasalah hanya mampu lari beberapa minit pertama je. Lepas tu jalan jelahh. Hihi. Tak larat hoi.
Rakan sepasukan
Mana taknya, senang cerita round satu UiTM ni. Dari tempat berkumpul pusing sampai lalu dua-dua pintu UiTM. Cuba la bayangkan. Dengan keadaan dalam UiTM ni yang berbukit bukau. Tonggek-tonggek la jugak punggung masing-masing masa nak daki bukit. Bukan sikit-sikit punya bukit. Haha. Even tak lari all the way, banyak jalan dari lari tapi peluh dia jangan cakap laa. Kejang-kejang kaki ni rasa.

Dah nak sampai tempat penamat baru kitorang start lari balik. Konon-konon semangat la nak menghabiskan larian. Hahaha. Rasa lega bila dah sampai. Time tu adalah rasa macam kurus sikit. Macam hilang seinci lemak-lemak kat kaki. Kah3. Penat tapi rasa best dapat round seluruh UiTM ni semasa malam.Dengan angin malam dia lagi. Seronok.

Yang penting nya join program ni sebab dapat kupon aktiviti dengan kupon kolej. Tu je yang penting sebenarnya. Itu yang kita mahukann.Err and tak lupa jugak misi larian ni. Hihi. Hehe. Balik bilik masing-masing terbongkang atas katil kepenatan. Pagi ni pun bangun tidur rasa sakit-sakit badan. Blerghhhh. Ni la akibat bila lama tak exercise.

Oraittt, need to find some lunch. Byee. Take care all readers :)


Comments

Popular Posts