Selamat Bercuti dan Selamat hari raya Aidiladha.

Hello and Assalamualaikum :)

Apa khabar semua? Masing-masing dah pulang ke kampung halaman ke? Hihi. Yela esok dah raya haji kan. Dah ada yang dah start memantai ke? Haha. Aku kejap lagi balik ah kampung ni. Tak sabar nak makan lauk daging banyak-banyak. Eh, tapi sebenarnya tak boleh jugak kan makan lauk daging banyak-banyak. Nanti sakit gusi :( Pengalaman bila makan daging terlalu banyak.Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang beragama islam :)

The best part is boleh enjoy cuti raya dengan sepuasnya sebab cuti lama. Wee. Aku cuti sekali dengan mid-sem break. Even seminggu pun jadilah. Rasa macam penat sangat before ni. Sebab duk busy dengan test quiz apa semua kan. Alhamdulilah la everything went well just taktau result nye well ke tidak. Haha.

Happy Eid everyone
Ramai duk kata aku edit gamba ni sebab nampak kurus. wuwuwuwu
Tapi kalau nak ikut takdelah enjoy mana pun. Cuti seminggu tu pejam celik pejam celik je dah abis seminggu. Huhuu. Naik cuti pulak dua test menanti. Grrr. Thats mean tak boleh jugak la nak lenggang kaki sangat time cuti ni. Yang penting misi time cuti nak nak pergi tengok wayang, jalan-jalan, shopping-shopping. Teheee. Duk kat kolej jarang keluar berfoya-foya la :(

Okaylahh dah nak siap-siap balik kampung beraya. Enjoy your holiday. Raya-raya jugak jaga diri dan keselamatan masing-masing ye. Take care peeps!

Comments

Nabiel said…
Slamat bercuti~hehehe

Popular Posts