Jatuh


Situasi aku sekarang tak ubah rasanya macam 5-6 bulan lepas. Tak sama tapi lebih kurang. Aku jatuh lagi. Jatuh dalam lubang yang sama. Beza nya sakit jatuh kali ni lain macam.

Dulu aku jatuh dalam lubang tu. Dan aku tak risau sebab ada tangan yang hulur bantuan untuk aku naik dan papah aku bangun bersama-sama. Walau saat itu, aku rasa ragu-ragu tapi aku tetap sambut tangan itu atas dasar percaya yang dia akan pimpin aku. Aku comot sangat. Tapi tangan itu kata takpa. Tangan tu buat aku yang comot ni rasa seperti puteri bidadari dari kayangan. Tangan tu jugak yang tarik bibir aku supaya sentiasa mengukir senyuman. Indah. Aku rasa dihargai.

Dan kali ni aku jatuh lagi. Buat yang keberapa kali aku tak pasti. Tapi situasi jatuh kali ni macam dulu-dulu. Bezanya aku jatuh lagi dalam. Sakit dia lebih.Kadang-kadang aku rasa takpa aku jatuh begini akan ada tangan itu yang akan tarik aku.Kadang-kadang aku gembira. Tangan tu dah hulur,aku cuba capai tangan tu, oh,hanya bayang-bayang.Aku takut, lubang yang aku jatuh ni macam ada banyak sangat benda asing. Emas permata pun ada antara aku yang comot ni. Haih. Nak ke tangan tu tolong tarik aku keluar lagi?Bila malam aku merintih ketakutan.

Heh, tangan tu sakit lah. Macam mana dia nak hulur tangan tarik kau yang berat ni. Takut tangan tu makin sakit. Takpelah, aku tunggu tangan tu sembuh dulu lah. Tapi, aku nak sambut tangan tu. Biarlah aku rawat tangan yang luka tu bila tangan tu tarik aku keluar papah aku sama-sama. Ah, gila lah kau.  Memang aku gila. Aku jadi paranoid. Sebab antara tangan itu dengan aku, macam ada penyambung. Tangan tu sakit, ah aku lagi sakit. Tangan tu luka dan berdarah, aku yang merintih kesedihan. Gila kan.

Biarlah ada tangan lain yang gagah menghulur bantuan. Aku tak mau. Aku tetap tunggu tangan yang itu. Jika tangan tu ku genggam luka dan berdarah, aku rela. Sebab aku tau tangan tu boleh rawat aku dan aku mahu rawat luka dia juga. Tangan itu takkan pernah sama dengan tangan lain. Aku jadi selesa menggenggamnya. Tangan itu mampu buat aku tenang dan melakar ria di raut wajah sayu. Tangan itu serupa perlindungan buat aku.

Tangan, kau akan tarik aku macam dulu  kan? Aku janji aku rawat luka kau tu sebab aku tahu nak tarik aku dengan keadaan yang sakit macam tu akan buat luka kau berganda. Aku tahu. Tapi, kau masih sudi hulur tangan untuk aku kan? Sebab aku tak mampu untuk keluar sendiri dari lubang ini. 

p/s : Haha. Terfikir skrip ni masa nak tidur malam tadi. Aiseh. Timing tak kene langsung. Ekekeke. Menulis jap sebab kelas cancel.Hee :P




Comments

Dr. Amirah said…
HAMBOI... macm aniq sudeyh :p
Anonymous said…
gagal bercinta ke anak mama ni...hanya yg pernah jatuh, gagal daan sakit je yang boleh buat cerita macam ni...
satu je nasihat mama, just follow the flow dan gerak hati. Cinta dan lelaki datang dan pergi, jika terlalu digenggam ia akan hancur, terlalu dikejar ia akan lari, terlalu dibiarkan ia akan terlepas...
Doakan sahaja agar Allah beri kita pasangan terbaik yang sesuai untuk diri kita, may be ia x cantik di mata org lain, tapi dihati kita dialah segalanya...insyaallah.
What ever happen to you, you must remember that we are always here to support u all the way...love u

Popular Posts