Konsert Expresi Remaja TV9 @ UiTM

Hello and Assalamualaikum :)

Hey hoo. Hows ur weekend everyone? Hehe. Hope all of you have a splendid weekend :) Weekend minggu ni hanya terperap di dalam bilik. As usual lah kannn +__+. Banyak sangat kerja yang nak kene settlekan. Dah hujung-hujung sem ni beratur presentation ngan paperwork yang menunggu *sigh.

Haaa, tapi dalam pada banyak kerja tu sempat lagi aku nak pergi ke konsert. Hiks. Mana boleh lepaskan peluang yang ada kann. So, semalam Remaja TV9 ada anjurkan program sehari dekat UiTM Shah Alam ni and kemuncak nya adalah Konsert Ekspresi Remaja. Woot. Dah semestinya aku tak pergi la program yang siang tu. Dengan hujannya and aku pun ada kelas pagi tu. Macam penat kan.

Well, ada Hujan, Bunkface and Oh Chentaku perform dekat Dewan Sri Budiman. Err, aku memang tak berapa familiar sangat la dengan Oh Chentaku tu kann, tapi memang eager la nak tengok Bunkface dengan Hujan. Haha. Dapat pulak tiket RM5 je kann. So, mari kita bergembira :P I went there with my awesome classmate.

Me with Yaya ♥
Yaya and Fairuz
Disebabkan ini konsert dalam Universiti, banyak la jugak peraturan nyaa. Haha. The good thing is brader-brader tv9 tu cakap, kita kene ikut islam, konsert-konsert jugak, tapi laki perempuan kene asing laa. Haha. Perempuan satu part lelaki satu part. Konsert dalam Universiti kann. Bak kata kawan aku kesian la sapa yang pergi couple2 tu. Kah3.

Oh Chentaku
The first group yang perform. Disebab kan group diorang ni tak ramai sangat yang kenal kot. So, macam tak berapa nak hangat sangat la dewan tu. Aku lagi la nganga. Tak tau langsung lagu diorang. Hahaha. After that Bunkface pulak yang perform. Bunkface sampai lambat sikit so sementara menunggu diorang ready tu sempat lagi bergegar dewan tu nyanyi lagu UiTM dulu. Pun bolehh la kan. Hehe.Well, Bunkface punya performance memang best la. 
Sam rock the night
And the last group to perform is Hujan. Hoyeah. Noh cool gila kot. Bila budak-budak perempuan ni dok syok terjerit-jerit tengok dia, dia dengan cool nya cakap. ``Maaf, saya laki orang.``. Kah3. Kelakar je. Overall memang best. Time Hujan perform lagu Kotak Hati paling best kot. Haha. Yang kurang menarik nya, aku ni kan tak berapa cukup tinggi. So, dok tengok dari celah-celah orang jela. Haha. Duduk pun belakang-belakang sikit nak bagi nampak kann. Nak amik gamba pun dok terjengket-jengket +___+

By the way, group Hujan sempoi gila nak luangkan masa buat sesi bergambar. Well, group Oh Chentaku pun ada tapi tak minat la pulak rasanya nak bergambar dengan diorang. Hahaha. Noh memang jenis sempoi-sempoi je orangnya.
With Hujan member.
Yang tak bestnya bila balik tu hujan pulak. Tula, dok panggil-panggil hujan lagi dah kuyup masing-masing. Nak pergi tempat tunggu bas tu memang kuyup ahh. Dah lah tu bas lambat pulak. Bas yang lalu tak lalu pulak depan kolej kitorang. Puas dok pujuk pakcik tu suruh lalu sebab macam da lewat, hujan pulak tu. Mati-mati dia taknak. Huuu. At last nasib baik bas UiTM lalu. Untungla dapat naik bas free.


So, dah puas bergembira sudah lah ye Amira. Mari kembali ke mood membuat kerja dan study. Banyak lagi benda nak kene siapkan tuu. Hahaha.Okay then. Bubyee :D

Comments

Popular Posts