Saturday, December 31, 2011

End of 2011 - Reminiscing the memory

Hello and Assalamualaikum :)

Yeayy after a really long time i didnt update my blog, now, im writing back. Haha. Too busy lately. Tersangat. Haritu busy dengan final project, presentation, test and ect and now busy dengan final exam pulak. Yeah. Less than one week im going to face my final paper and my study progress is still less than 50%. Zzzzzzz +_+.Nevermind, lets forget about that for a while. Hehe. Firstly, WARNING. This entry going to be super duper long post +_+


In a few hours, 2012 is approaching. Yahoo! *Why so excited ha?* Macam mana azam tahun 2011 semua tercapai ka? Hahaha. For me im not sure about that. Paling penting azam nak kurus tu dari tahun 2005 lagi pun tak tercapai-capai agaknya. Kah3. Takpa lah kan. At least ada jugak a few dari azam-azam yang aku buat tu tercapai. Okayla dari takda usaha langsung nak capai azam kan? *sedapkan hati. 

Well,a lot of things happen sepanjang tahun 2011 ni. Banyak sangat. Ada yang baik dan yang nak dikenang sampai bila-bila InsyaAllah dan ada jugak yang kalau boleh aku tak nak ingat benda-benda tu pernah jadi dalah hidup aku. Yeah. Hidup ni macam roda, kadang-kadang kat atas kadang-kadang kita berada di bawah kan. Bear with it. It is life. Alhamdulillah, benda-benda yang jadi dalam hidup sepanjang tahun ni berjaya matangkan diri aku sikit. Bukak fikiran, bukak mata yang sometimes apa yang kita nak kita tak dapat sebab Allah tu dah tetapkan sesuatu yang lebih baik untuk kita :)

Antara benda-benda yang menarik jadi tahun ni, aku berjaya habiskan pengajian dekat Asasi. Yeah! Seriously, kat sini belajar banyak benda. Mungkin sebab bila kat sini, dah masuk tahap peralihan dari budak sekolah ke pelajar universiti. Lebih matang.Meet wonderful people and friends :) Banyak sangat pengalaman yang dapat kat sini. Alhamdulillah. Asasi Puncak Alam 


Then, i had a really long holiday sempena nak tunggu masuk degree. And time ni jugak aku berkesempatan nak timba pengalaman dengan bekerja. I worked for three months. It is a super long time for me actually. And sepanjang tiga bulan tu lagi banyak aku dapat pengalaman sebenarnya. Dunia pekerjaan is really different dengan dunia study. Even aku kerja sementara tapi banyak benda yang boleh belajar. Management, how to deal with people (customer,workmates). And yang paling syok adalah dapat pegang duit gaji hasil titik peluh sendiri. Memang joli sakan lah kan. Hihi. Tak senang nak cari duit sendiri sebenarnya ;D

Holiday to Jakarta. Antara kenangan yang tak dapat dilupakan jugak lah. Berjalan negara orang. Tengok budaya dan persekitaran masyarakat lain.Yang penting shopping gila-gila kat sini. HAHAA. Itu yang best sebenarnya. Looking forward to go here again. Mama, abah,lets! :p

15 Julai 2011. Memang hari yang sangat ditunggu-tunggu. Kira boleh kata macam hari penentu kehidupan la jugak. The day keluar result UPU. Even result Asasi takdelah gempak mana sampai boleh dibanggakan .Alhamdulillah dapat jugak sambung belajar. And now im doing Engineering at UiTM. Time ni memang aku realise gila kalau jalan tu Allah dah lorongkan untuk kita. Kita tolak macam mana pun akhirnya kita akan berada kat jalan tu jugak. And now Im happy dengan apa yang aku buat. 
And not to forget this day memang hari yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Awak, thanks :) ♥



6 september-Degree life. New life begins here. Make new friends, start all over again. Mula-mula payah. Tapi lama-lama dah biasa and now happy. Sekarang pun dah habis satu sem. How fast time flies right? Lagi banyak benda baru kene belajar. Jumpa macam-macam jenis orang. Kawan ke lawan ke kan? Hehe. Alhamdulillah, boleh adapt dengan kehidupan kat sini. Looking forward for another 7 sem.Its still a long way to go tho. 

Kalau nak list semua benda yang menarik berlaku memang takkan pernah cukup lah kan. Mostly, banyak benda yang menarik berlaku. 2011 is amazing year. I met amazing people ♥. Thanks for step into my life. U know who u are. :) Thanks jugak untuk semua yang ada saat aku jatuh bangun. You guys are amazing. Love you lots :*. Apa yang penting sekarang ni, wipe all my tears, simpan kenangan buruk-buruk tu dan jadikan pedoman dalam hidup ni. Lead a happy life Amira :) 

Goodbye 2011. Welcome 2012

Last but not least, yeah im not going anywhere for New Year celebration. Not used to it pun. I rather enjoy my new year in my room in front of the book. Pathethic much ha? Hoi, aku nak final exam la. Ekekeke. Happy New Year to all readers :) May 2012 brings a better life for us. Amen :) Close book for 2011 and open a new chapter. Good Luck! 














Wednesday, December 14, 2011

Monday, December 12, 2011

Explorace Kompeni A yang Fun!!

Hello and Assalamualaikum  :)

Hey, hows ur weekend? Hehe. Semalam aku ada Explorace untuk dapat markah aktiviti untuk Kesatria. Hehe. Sebab apa yang rajin sangat nak join Explorace ni. Sebabnya, kalau join aku takyah buat ujian jasmani dah untuk Kesatria nanti. Yayyy. Bayangkan kalau kene buat ujian jasmani konpem tak lepas. Keh3. Berapa markah sangat la boleh dapat. Bila join ni yeay 10 peratus dah dalam tangan. Hee

We are the awesome red team. All of them are my classmate :)
We are given crossword puzzle to be complete so baru tau mana tempat-tempat checkpointnya. UiTM ni dahlah besar gila kot. Mengah jugak lah nak pergi dari satu tempat ke satu tempat kan. Masa yang diperuntukkan adalah 2 jam. Well, task kat semua checkpoint takdelah mencabar mana. Banyak yang macam geli-geli je. Haha. But, it was fun lah kan :P

Paling tak boleh lupa ialah, kene mandi air tepung yang dah bercampur air liur sape-sape. Yucksssssss. HAHAHA. Geli sebenarnya okehh. Then, pi busking collect duit dekat cafe, masuk kolam ikan yang berlumut gilaa and makan Maggi rebus belacan without perencah dia. Imagine lah belacan separuh jadi perencah and cili 2 batang camana rasa dia. Phew. The most `delicious` ever. Resipi baru okay.

We really had so much fun. I did enjoy myself a lot. Hehe. Even memang penat gila lah wehhh. The best part every checkpoint kene ada sorang yang akan di `make up`. Aku kene teruk kot +_+ Tebal gila komander tu bubuh `make-up` kat muka. Haihhhh. Sungguh sungguh betul komander tu calit kat muka aku.
Kitorang yang comel :P
After dah habis semua kitorang kene reward dengan air pepsi special. Special gilaaa. Air pepsi campur telur. Hua3. Kena pas-pas dari hujung ke hujung. Nasib aku orang tengah-tengah. First round menangis jugak ah aku minum sebab tersedak. Melekat rasa telur kat tekak. Disebabkan tak habis, botol tu pusing balik and rasa dia macam eh sedap la pulak. Kah3. 

Keputusan pemenang dia masih tak diketahui. But, macam tak kisah sangat pun kalah ke menang sebab we just want to have fun and nak elakkan ujian jasmani. Hehe. Yang bestnya lagi dapat merapatkan hubungan sesama classmate. Ecewahhh. Hihi. Lepas dah habis, balik bilik mandi, tunaikan apa yang patut aku pun tidur macam orang pengsan. Lewat petang baru tersedar. Penat gilaaa :/ Sampai hari ni pun terasa kepenatannya lagi. Haha. 

We are awesome, no? Hehe
Till then, bubbyee :)

Friday, December 9, 2011

Minggu yang mencabar.


Hello and Assalamualaikum :)

Macam mana hari kalian? Baik-baik sahaja. Well, for me minggu ini adalah minggu yang sangat hectic, penuh dengan streass dan celaru. Yup. Tersangat. Too many things happen in a week.  Phew. Minggu ni banyak sangat assignment yang nak kene submit, test and quizzes. Duh. It really makes me stress. Dengan final yang tak sampai sebulan lagi ni : /

Dapat pulak minggu ni asyik tak sihat. Demam lagi. Hmmm. Memang biasalah kan aku demam kalau nak test bagai ni *sigh. Dapat pulak test macam tak boleh nak susah lagi ke hoiii. Baca berapa kali pun tak faham. Dapat pulak ada je masalah nak datang melanda. Tak boleh fokus. Yada-yada. Hah. Kau dah merungut dah sekarang ni Amiraaa.

Ye, tau , sangat lah tak baik untuk mengeluh sebegini rupa. Tapi dah tahan-tahan and at one point i cant hold it anymore. There is time that even myself cant handle it. :( Ya Tuhan, kuatkan lah aku Ya Allah. Kadang-kadang benda macam ni kita tak boleh nak kawal kan. Kalau lah senang-senang boleh kawal tak da masalah nak datang melanda apa semua. Kan? Takepelah,take it as ujian dari-Nya :)

Biasalah bila dah hujung-hujung sem ni, banyak presentation nak kene buat at the same time need to study for test and final. Mana tak stress kan. Haha. Rasa macam masa tak cukupp je. InsyaAllah buat betul-betul ada je masa dan okay. Saja je nak merungut lepaskan stress dekat blog nii. Hee

I may look fine, i may look okay but deep inside only Allah knows :') Aku pohon Allah bagi kekuatan hati dan ketenangan jiwa. Tak banyak dah masa yang tinggal. Phewww, marilah berusaha ye. Esok nak release stress lah. Nak berombak rindu. Haha. Harap-harapnyaa adalah tiket. Sejak duduk sini paling jauh aku keluar pun PKNS +__+. Baik kan. Haha. Nak balik pun busy je, kalau ikut hati dah lama rasa macam nak cabut balik umah.

K lah, bila tengok list-to-do macam tak cukup masa. Tapi dok mengadap lappy lagi ni. Bye ;)


RandomTought: When we hope too much, there is risk of us to hurt too much too. 



Tuesday, December 6, 2011

Jatuh


Situasi aku sekarang tak ubah rasanya macam 5-6 bulan lepas. Tak sama tapi lebih kurang. Aku jatuh lagi. Jatuh dalam lubang yang sama. Beza nya sakit jatuh kali ni lain macam.

Dulu aku jatuh dalam lubang tu. Dan aku tak risau sebab ada tangan yang hulur bantuan untuk aku naik dan papah aku bangun bersama-sama. Walau saat itu, aku rasa ragu-ragu tapi aku tetap sambut tangan itu atas dasar percaya yang dia akan pimpin aku. Aku comot sangat. Tapi tangan itu kata takpa. Tangan tu buat aku yang comot ni rasa seperti puteri bidadari dari kayangan. Tangan tu jugak yang tarik bibir aku supaya sentiasa mengukir senyuman. Indah. Aku rasa dihargai.

Dan kali ni aku jatuh lagi. Buat yang keberapa kali aku tak pasti. Tapi situasi jatuh kali ni macam dulu-dulu. Bezanya aku jatuh lagi dalam. Sakit dia lebih.Kadang-kadang aku rasa takpa aku jatuh begini akan ada tangan itu yang akan tarik aku.Kadang-kadang aku gembira. Tangan tu dah hulur,aku cuba capai tangan tu, oh,hanya bayang-bayang.Aku takut, lubang yang aku jatuh ni macam ada banyak sangat benda asing. Emas permata pun ada antara aku yang comot ni. Haih. Nak ke tangan tu tolong tarik aku keluar lagi?Bila malam aku merintih ketakutan.

Heh, tangan tu sakit lah. Macam mana dia nak hulur tangan tarik kau yang berat ni. Takut tangan tu makin sakit. Takpelah, aku tunggu tangan tu sembuh dulu lah. Tapi, aku nak sambut tangan tu. Biarlah aku rawat tangan yang luka tu bila tangan tu tarik aku keluar papah aku sama-sama. Ah, gila lah kau.  Memang aku gila. Aku jadi paranoid. Sebab antara tangan itu dengan aku, macam ada penyambung. Tangan tu sakit, ah aku lagi sakit. Tangan tu luka dan berdarah, aku yang merintih kesedihan. Gila kan.

Biarlah ada tangan lain yang gagah menghulur bantuan. Aku tak mau. Aku tetap tunggu tangan yang itu. Jika tangan tu ku genggam luka dan berdarah, aku rela. Sebab aku tau tangan tu boleh rawat aku dan aku mahu rawat luka dia juga. Tangan itu takkan pernah sama dengan tangan lain. Aku jadi selesa menggenggamnya. Tangan itu mampu buat aku tenang dan melakar ria di raut wajah sayu. Tangan itu serupa perlindungan buat aku.

Tangan, kau akan tarik aku macam dulu  kan? Aku janji aku rawat luka kau tu sebab aku tahu nak tarik aku dengan keadaan yang sakit macam tu akan buat luka kau berganda. Aku tahu. Tapi, kau masih sudi hulur tangan untuk aku kan? Sebab aku tak mampu untuk keluar sendiri dari lubang ini. 

p/s : Haha. Terfikir skrip ni masa nak tidur malam tadi. Aiseh. Timing tak kene langsung. Ekekeke. Menulis jap sebab kelas cancel.Hee :P




Saturday, December 3, 2011

Konsert Expresi Remaja TV9 @ UiTM

Hello and Assalamualaikum :)

Hey hoo. Hows ur weekend everyone? Hehe. Hope all of you have a splendid weekend :) Weekend minggu ni hanya terperap di dalam bilik. As usual lah kannn +__+. Banyak sangat kerja yang nak kene settlekan. Dah hujung-hujung sem ni beratur presentation ngan paperwork yang menunggu *sigh.

Haaa, tapi dalam pada banyak kerja tu sempat lagi aku nak pergi ke konsert. Hiks. Mana boleh lepaskan peluang yang ada kann. So, semalam Remaja TV9 ada anjurkan program sehari dekat UiTM Shah Alam ni and kemuncak nya adalah Konsert Ekspresi Remaja. Woot. Dah semestinya aku tak pergi la program yang siang tu. Dengan hujannya and aku pun ada kelas pagi tu. Macam penat kan.

Well, ada Hujan, Bunkface and Oh Chentaku perform dekat Dewan Sri Budiman. Err, aku memang tak berapa familiar sangat la dengan Oh Chentaku tu kann, tapi memang eager la nak tengok Bunkface dengan Hujan. Haha. Dapat pulak tiket RM5 je kann. So, mari kita bergembira :P I went there with my awesome classmate.

Me with Yaya ♥
Yaya and Fairuz
Disebabkan ini konsert dalam Universiti, banyak la jugak peraturan nyaa. Haha. The good thing is brader-brader tv9 tu cakap, kita kene ikut islam, konsert-konsert jugak, tapi laki perempuan kene asing laa. Haha. Perempuan satu part lelaki satu part. Konsert dalam Universiti kann. Bak kata kawan aku kesian la sapa yang pergi couple2 tu. Kah3.

Oh Chentaku
The first group yang perform. Disebab kan group diorang ni tak ramai sangat yang kenal kot. So, macam tak berapa nak hangat sangat la dewan tu. Aku lagi la nganga. Tak tau langsung lagu diorang. Hahaha. After that Bunkface pulak yang perform. Bunkface sampai lambat sikit so sementara menunggu diorang ready tu sempat lagi bergegar dewan tu nyanyi lagu UiTM dulu. Pun bolehh la kan. Hehe.Well, Bunkface punya performance memang best la. 
Sam rock the night
And the last group to perform is Hujan. Hoyeah. Noh cool gila kot. Bila budak-budak perempuan ni dok syok terjerit-jerit tengok dia, dia dengan cool nya cakap. ``Maaf, saya laki orang.``. Kah3. Kelakar je. Overall memang best. Time Hujan perform lagu Kotak Hati paling best kot. Haha. Yang kurang menarik nya, aku ni kan tak berapa cukup tinggi. So, dok tengok dari celah-celah orang jela. Haha. Duduk pun belakang-belakang sikit nak bagi nampak kann. Nak amik gamba pun dok terjengket-jengket +___+

By the way, group Hujan sempoi gila nak luangkan masa buat sesi bergambar. Well, group Oh Chentaku pun ada tapi tak minat la pulak rasanya nak bergambar dengan diorang. Hahaha. Noh memang jenis sempoi-sempoi je orangnya.
With Hujan member.
Yang tak bestnya bila balik tu hujan pulak. Tula, dok panggil-panggil hujan lagi dah kuyup masing-masing. Nak pergi tempat tunggu bas tu memang kuyup ahh. Dah lah tu bas lambat pulak. Bas yang lalu tak lalu pulak depan kolej kitorang. Puas dok pujuk pakcik tu suruh lalu sebab macam da lewat, hujan pulak tu. Mati-mati dia taknak. Huuu. At last nasib baik bas UiTM lalu. Untungla dapat naik bas free.


So, dah puas bergembira sudah lah ye Amira. Mari kembali ke mood membuat kerja dan study. Banyak lagi benda nak kene siapkan tuu. Hahaha.Okay then. Bubyee :D