Aktiviti hari-hari

Hello and Assalamualaikum :)

Dah seminggu cuti sem bermula? Ha?? Baru seminggu eh? Asal aku rasa macam dah lamaa sangatt. Wuwuwuu. Nilah dia fenomena biasa. Bila belajar nak cuti lama-lama, bila dah start cuti bising pulak macam lama sangat dah cuti, nak cepat habis +_+

Kerja aku hari-hari bangun pagi-pagi, lepas adik aku siap-siap pergi sekolah semua, abah mama pergi kerja pastu aku pun start lah punch card jadi bibik +_+. Tehiks. Pagi-pagi mengemas rumah, basuh pinggan, basuh kain yada yada kerja bibiklahhh. Haha. Pastu mandi siap-siap terus start enjin kereta. Bhahaha.

Pagi-pagi pun jadi melilau cari breakfast ke apa ke kan. Pastu kang, jalan-jalan ke, jumpa kawan ke. Haa, senang kata jarang la nak lekat rumah lama-lama sangat. Dok sensorang je kat rumah weh. Dari aku terbongkang tidur je kan baik berjalan-jalan. Bahagia sikit rasa. Tehee. Ada kawan ada lah, takde sape nak teman sorang pun jadi. *forever alone gila*

Kang kalau rajin pulak, pi la kedai beli barang nak masak untuk makan tengah hari. Sedap tak sedap belakang kira.Janji aku masak. Haha. Yelah, untung-untung masak selalu dapat tambah gaji. Kan Ma? Hehehhe :p Yeahhhh. Tu je hari-hari. Teruk-teruk aku duk rumah layan Running Man sampai habis. Pastu sambung pulak Vampire Diaries. Haihhh. Niat nak tengok wayang pun tak tercapai lagi. Minggu depan la eh. Kaki berjalan sungguhh.

Tak sabar nak pergi vacation. At least tengok pemandangan lain sikit. Tak sabar! Tak sabar! Hmmm. k la. Nak pi tido. Bosan gila apa aku update arini. Sebosan aku sekarang. Hhahahahhaa. Merepek sungguh aku type, aku pun dah malas nak check apa yang aku type. Ngantuk dah ni woii. K K, Night. Hurmmmm +_+

p/s : sebenarnya aku nak cerita how minggu pertama cuti ni best gila dengan aktiviti yang aku buat ^^,. Tapi bila aku tulis nampak macam bosan pulak? Bialah. Janji aku tau, aku memang enjoy hari-hari cuti yang aku dah lalui. Teheee :P

Comments

D-SIM said…
lol, cuti jugak ? menikmati cuti tanpa budak sekolah pun best gak,haha

Popular Posts