Celaru

Beberapa hari ni aku banyak fikir. Cukup ke apa yang aku dah buat. Betul ke tindakan aku. Sampai satu saat aku rasa aku kena ubah diri aku. Jadi lebih peka dengan orang sekeliling. Belajar kenal perasaan orang lain. Bukan hanya pentingkan perasaan diri sendiri. Dan bila aku makin sedar, aku ditegur. Terima kasih untuk teguran itu.

Benda yang dah lepas memang takkan boleh ubah. Dah tak boleh nak baiki jadi baik. Aku ambil sebagai pengajaran. Kurang-kurang aku memang dah niat nak ubah diri aku. Betul. Ada orang cakap buat apa nak ubah diri sendiri semata-mata untuk puaskan hati orang lain. Pada aku kalau nak berubah ke arah yang lebih baik, untuk orang-orang yang kita sayang. Takkan pernah salah.

Entahlah, mungkin aku rasa aku cukup baik. Apa yang aku buat tu dah cukup untuk buat orang lain gembira jugak. Macam aku. Tapi aku silap. Aku ni ignorance ke?. Aku pentingkan kebahagiaan, gelak tawa sampai aku lupa sisi lain yang patut aku ambil berat. Benda yang lebih penting?

Tak, bukan aku tak pernah ambil kisah tapi aku akui kadang-kadang bila aku terlalu rasa gembira, bahagia aku jadi lupa semua benda yang buruk-buruk. Dan aku buat andaian sendiri bahawa orang lain pun sama. Bila gembira memang luar dalam gembira.Tak pernah nak tepikir yang sama ada dalam hati tu sebenarnya rasanya apa. Heh. Kene kawal diri sendiri. Kegembiraan bukan tiket untuk jadi seseorang yang pentingkan diri. Ingat tu.

Jujur, aku rasa bercelaru.Sebab sebenarnya apa yang aku buat selama ni tak betul. Aku silap langkah. I am at my lowest state. Aku rasa teruk bila buat orang hilang harapan dengan aku. Dan ini buat aku rasa rendah diri dengan kelemahan aku. Bila rendah diri menguasai, aku jadi insecure. Paranoid. Takut. Entahlah. Aku tau tak patut dan aku tak pernah nak salahkan siapapun.Teruk betul. Salah aku sendiri. Sedih.

Maaf.

Comments

Tihara said…
salam kenal,

nice blog :)..jemput join segmen di blog saya..simple je..ada hadiah juga..tamat pd hr selasa ni..jum :)

Popular Posts