Trip to Pulau Mabul

Hello and Assalamualaikum :)


Dari hari ke sehari nak update pasal holiday kat Tawau haritu tapi... biasalah bila duduk rumah ni bertangguh-tangguh. Biasalahh,aku kan bibik mama aku yang berjaya maka bangun pagi-pagi dah kemas-kemas umah. Pastu kang pikir pulak hari ni apa aku nak masak. Mana ada masa nak update blog kan. Kalau ada masa pun aku dok ralit melayan Running Man dengan How I Met Your Mother. Keh3
We are twin, no?
The famous sleeping island,Semporna
Okay, now mari cerita pasal trip haritu. Kitorang pergi satu family dengan sorang kawan my mom. Pergi Tawau, Sabah. Kitorang pergi 5 hari 4 malam. 2 hari 1 malam kitorang menginap dekat Pulau Mabul. Sampai Tawau, kitorang stay dekat umah kawan mama. Alhamdulillah ada tempat nak menginap semua kan. Kitorang sampai pun dah malam so takde pergi mana haritu. Berehat je kat rumah. Lagipun Sabah kan awal betul gelap. Hee
Siblings

The group ;D
Keesokan harinya, kitorang pun dah ready untuk ke Pulau Mabul. Kitorang menginap dekat Arung Hayat Resort. Bertolak dari Jeti Semporna. Naik speed boat woh. Hehe. Kitorang punya boatman nama dia Joe. Bila dia suka hati je terjun dalam laut kitorang semua wahhhh. Kah3. Dia dah biasa memang la kan. Perjalanan dalam bot nak sampai Pulau Mabul tu dalam sejam la. Lama tuu,dahlah angin bertiup kencang. Even bot tu terhentak macam mana pun aku boleh mengantuk. Keh3

First impression bila sampai sana. Subhanallah. Cantiknya pemandangan kat sini. Tak terucap dengan kata-kata. Tengok laut pun boleh terus sampai ke dasar. Nampak la segala jenis patrick *tapaksulaiman* kat bawah tu. Hahaha. Kagumnya dengan kebesaran Allah. Arung Hayat Resort ni very nice place to stay la. Bilik dia biasa je takde aircond apa semua tapi makan tip-top. Makan semua sedap-sedap. Tiga kali sehari. Not to forget workers dia semua very friendly and very helpful.
Subhanallah. Tu je mampu terucap. See the little kid. 
Petang tu dalam pukul 3 macam tu kitorang dibawa pergi Snorkeling dekat area Mabul tu je. This is my first time experience untuk Snorkeling and i`m super excited. Gila tak excited bila kau rendam je muka dalam laut tu terus nampak pelbagai jenis ikan, batu karang. Subhanallah, cantik sangat. Time ni rasa menyesal kenapa aku takde kamera yang boleh masuk dalam air. Hee.

The patrick :P
Nampak kan dasar laut tu. Cantik

 Time ni aku rasa ni lah laut paling cantik pernah aku nampak but wait, Kapalai lagi lawa. Wait for my next entry :P Bila ralit tengok keindahan ciptaan Allah ni sampai jauh berenang dibuatnya, pastu bila google dah masuk air mulalah terkapai-kapai. Hahah. First time kan. Tak berapa selesa lagi guna alat snorkeling tu. Tapi dont worry, ada je boatman and workers sorang untuk guide kitorang. Sepanjang kitorang kat Mabul, Sana yang jadi kitorang punya guide. Adik aku umur 9 tahun pun bebas snorkeling sebab dia sentiasa jaga.

Balik resort berehat apa semua, then petang tu Sana bawak kitorang jalan keliling pulau pulak. Pergi tempat jual cenderahati. Ada la jual kerang,kulit siput yang jauh lebih murah berbanding kalau kita nak beli kat bandar Tawau. Tengok perkampungan orang sini. Diorang ni bangsa Bajau dan ada jugak yang dari Filipina. Budak-budak main bola.



Rumah-rumah diorang semua nya rumah kayu dan pada pandangan mata ada yang agak daif, Tapi ni memang kehidupan diorang. Satu lagi yang perasan diorang ni budaya berjual. Kebanyakan rumah ada menjual barang walaupun sebiji labu. Kedai runcit tak payah cakap la selang 2 buah rumah ada kedai. Pulau ni kecik je sebab sepetang pun abis pusing. Hee. Sana bawak kitorang pergi round Resort lain yang jauh lebih cantik dan yang pastinya jauh lebih mahal la kan :P. Pemandangan sangat lawa lagi-lagi time Sunset tu. Fuhhh


My Family <3

A very nice view kan.
Malam tu takde aktiviti apa pun, just makan-makan. And budak-budak laki ni lepak main gitar ngan workers dia. Workers dia memang semua duduk dekat resort tu. Malam pun apa aktiviti yang boleh buat sangat kan dekat tengah-tengah pulau tu. And guess what Nabila Huda pun lepak kat situ.Dia datang Mabul for diving. Tengok dia in person lawa jugak and la,kecik je dia ni rupanya. Hahaha.
With Nabila Huda

Malam tu terbongkang tidur masing-masing. Yela, pagi kene bangun awal sebab subuh awal kan. Tambahan pulak badan memang kepenatan gila dilambung ombak. Memang tak sedar apa la. Rest for more adventure journey the next day. Tu aku sambung dalam next entry,panjang sangat dah ni. Hhaha


Comments

Ernie said…
eh water buoyancy. kekekekeke. awok ni pototet laa dgn ur mom.
anti legging said…
purpleholic, youre bullshit !!!
luvly mya said…
ehhhh. any problem?/.

Popular Posts